31 October, 2012

Harimau Muda vs Tampines Rovers Jumaat Ini

Filled under:

Harimau Muda akan bertemu Tampines Rovers Jumaat ini untuk melengkapi saingan di Liga Singapura dan mengsasarkan tiga mata untuk menamatkannya pada tempat ketiga. Bagi aku walaupun hanya tempat ke tiga, ok la tu. Top 3 dalam Liga Singapura. 

Perlawanan di antara harimau muda vs tampines rovers ini akan berlangsung pada hari jumaat ni pukul 8. Aku harap ada siaran langsung dan live streaming untuk perlawanan ni di astro.

Untuk yang bertanya ada ke tidak live streaming tampines rovers vs harimau muda ni, aku rasa ada sebab perlawanan ini akan di adakan di venue utama iaitu stadium jalan besar. 

So, gudluck buat skuad harimau muda. kita langgar itu temasik.!!

Berikut adalah standing table terkini yang aku rembat di laman web s.league.com







Posted By Kemal Merah8:00:00 PM

Daniel Guiza Bintang Euro 2008 Bakal Beraksi dalam Skuad Johor

Filled under:

Skuad bola sepak johor pada musim depan dijangka hebat dan bertambah tambah hebat jika Daniel Guiza betul betul akan menandatangani kontrak bersama johor walaupun secara pinjaman. wah.. terbaiklah.

Kenal tak siapa Daniel Guiza? Daniel Guiza yang beraksi untuk pasukan Getafe FC merupakan sebahagian dari pasukan Sepanyol yang pernah menjuarai kejohanan Euro pada tahun 2008.

Berikut adalah petikan dari espnstar.my
Johor bakal menandatangani bekas pemain kebangsaan skuad Sepanyol, Daniel Guiza minggu ini.
Johor FC yang musim depan dikenali sebagai Johor telah mengadakan rundingan dengan Guiza untuk mendapatkannya secara pinjaman selama satu musim.
Daniel Guiza yang beraksi untuk pasukan Getafe FC merupakan sebahagian dari pasukan Sepanyol yang pernah menjuarai kejohanan Euro pada tahun 2008.
Beliau akan berada di Johor pada hari Khamis ini untuk mengesahkan terma dan syarat peminjaman di Johor FC.
Menurut setiausaha Johor, Suhairi Hashim, beliau mungkin pemain import termahal di Malaysia kerana nilai marketnya lebih dari 2 juta Euro.
Selain itu, penyertaan Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Muslim Ahmad dan Azmi Muslim dalam pasukan Liga Super itu juga bakal diumumkan minggu ini.
Sumber-sumber juga mengatakan Norshahrul Idlan Talaha 90 peratus hampir pasti akan beraksi untuk Johor musim depan walaupun baru-baru ini Kelantan FA telah menolak rayuan penyerang itu untuk berpindah.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menghantar surat kedua kepada Kelantan FA menawarkan pampasan untuk menebus kontrak Norshahrul.
Goodluck johor. untuk KFA please..please....buat sesuatu..

Posted By Kemal Merah3:59:00 AM

30 October, 2012

Ubuntu 12.10 Superemix | Download

Filled under:

Ubuntu 12.10 Superemix | Download



Ubuntu 12.10 Superemix features some of the basic applications that suits your needs for everyday uses. Featuring Gnome Shell & Unity desktop environment and also some of the apps like Firefox browser, Evolution Email Client & Organizer, Gimp and so on..



Features


  • Including Gnome3.6 Shell & Unity Desktop Environment (Default DE: Gnome3.6 Shell)
  • Unity Shopping Lens removed
  • Evolution Email Client replaces Mozilla Thunderbird as default email client
  • Audio & video codecs were added
  • Wine (windows app emulator) included
  • Gimp included
  • Fast & Stable, most of the bugs were fixed by previous updates.

Posted By Kemal Merah4:41:00 PM

Keputusan Penuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM 2012

Filled under:

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM 2012:



Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan Terbaik - Aidil Zafuan

Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim

Penyerang Terbaik -Norshahrul Idlan

Jurulatih Terbaik : B.Sathianathan

Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James

Pemain Harapan Terbaik - Rozaimi Abd Rahman

Penyokong Bolasepak Terbaik - Angkatan Tentera Malaysia

Kelab Terbaik - Sime Darby FC

Persatuan bola sepak terbaik - Kelantan FA

Pengadil Terbaik - Nafeez Abdul Wahab.

Pemain Paling Bernilai - Norshahrul Idlan

Posted By Kemal Merah1:46:00 PM

Dato' Lee Chong Wei Lawan Badminton Dengan 100+ Orang Serentak

Filled under:

Lee chong wei bermain badminton dengan 100+ orang serentak? Pergh.. pemain badminton No1 negara dan dunia ni memang hebat.

Lin Dan kalau tengok mesti Lee chong wei main dengan 100 orang serentak ni memang gigit bulu tangkis la jawabnya.. huhu.

Angka sebenar yang bermain badminton bersama dato lee chong wei masa tu berapa nak pasti, aku tibai je 100+ sebab dalam video tu nampak ramai. Macam mana la eh dia dapat stamina untuk beat 100+ tu eh. Aku rasa inilah rahsianya 100+

Jom saksikan Lee Chong wei main badminton dengan 100+ orang serentak








Haha, iklan je tu.. tapi betul la kan dia main dengan 100 serentak. :p


Posted By Kemal Merah2:04:00 AM

29 October, 2012

Halloween dan Umat Islam | Hukum

Filled under:

Sebelum anda baca lebih lanjut hukum halloween dalam islam ini, lebih baik anda baca dahulu maksud sebenar apa itu halloween.

Pengaruh Kristian

Apabila Kristian datang ke Kepulauan British, pihak gereja cuba untuk mencuri perhatian dari ritual kaum pagan itu dengan menjadikan percutian Kristian (Christian holiday) pada hari yang sama.

Seperti dalam Perayaan All Saints (Feast of All Saints) (perayaan kristian), Pederi kristian melihat ritual orang orang samhain iaitu cara mereka membayar penghormatan kepada tuhan-tuhan pagan adalah sama dengan cara mereka. Dan akhirnya samhain berkait rapat dengan hari cuti Kristian. Tradisi-tradisi ini telah dibawa ke Amerika Syarikat oleh pendatang dari Ireland dan Scotland.

Hukum

Untuk lebih memahami tentang hukum sambut halloween ini, aku amat mensyorkan anda untuk menonton klip ringkas dari UAI ini dulu.




  
PrintS UAI tentang halloween

Sudah jelas yang halloween ini berasal dari pagan dan di 'trend' kan oleh agama kristian. Jadi buat apa nak ikut. Tepuk dahi tanya diri sendiri.

Untuk entri yang aka datang, kita lihat pula maksud disebalik 'buah labu' 'bagi bagi coklat' 'gambar kelawar' dan sebagai nya dalam part 3.

Part 3 (Upcoming )


Posted By Kemal Merah8:00:00 PM

Halloween dan Umat Islam

Filled under:

Adakah umat Islam meraikan Halloween? Bagaimana Halloween dianggap dalam Islam? Untuk membuat keputusan yang termaklum, kita perlu untuk memahami sejarah dan tradisi perayaan ini.

Sejarah Halloween

Halloween berasal sebagai Hawa Samhain (Eve of Samhain) , sambutan yang menandakan permulaan musim sejuk dan hari pertama Tahun Baru di kalangan pagan purba Kepulauan British. Pada waktu itu, mereka telah percaya bahawa kuasa-kuasa ghaib akan berkumpul, dan halangan diantara dunia ghaib dan manusia telah dipecahkan.

Mereka juga percaya bahawa roh dari dunia lain (seperti roh-roh orang mati) datang untuk melawat bumi pada masa tu. Pada masa tu mereka juga menyambut perayaan untuk dewa matahari dan raja (δΈ») (Tuhan) yang mati.

Meraka mendakwa dewa matahari akan membantu mereka apabila tiba musim sejuk. Oleh itu pada zaman purba, orang pagan akan membuat korban binatang dan tanaman untuk menggembirakan dewa.

Mereka juga percaya bahawa pada 31 Oktober raja raja atau dewa yang telah mati akan berkumpul juga semua roh-roh orang-orang yang telah meninggal dunia pada tahun itu.

Jadi benarkah Hollowen Haram dalam Islam?  Nantikan ulasan dalam Part 2. Aku nak g makan jap ^^

Part 3 (Upcoming )


Posted By Kemal Merah2:00:00 PM

28 October, 2012

Chelsea vs Manchester United Live Streaming 28.10.2012

chelsea vs manchester united Live Streaming 28.10.2012

Perlawanan EPL tumpuan malam ini, chelsea vs manchester united. Untuk rakan rakan yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini di kaca tv, boleh la menonton cecara live streaming chelsea vs manchester united dengan link yang disediakan di bawah.

Chelsea vs Manchester United
Stamford Bridge - 12.00 tengah malam

 

Posted By Kemal Merah10:08:00 PM

27 October, 2012

Lemang Angan ku Musnah

Filled under:

Amacam dengan hari raya korban hangpa, aku biasa biasa je. Alhamdulilah seronok sebab boleh jumpa adik beradik yang lain. Seperti biasa rumah tok aku ni akan meriah dengan sepupu sepapat, adik beradik. walaupun tak semua yang balik raya, memang gamat.!

Ini ada gambar terbaik untuk hari raya haji tahun ini. Lemang Angan ku Musnah. sebenarnya tak la musnah secara total. terbakar buluh tu ja, tu pun nasib baik tak rentung semua. haha.


Tahun ni macam biasalah, ada buat lemang tapi tak buat ketupat. Tok aku tak de mood nak buat, cukuplah dengan lemang katanya. Esok pulak ada event sembelih lembu kat masjid. hehe. harap aku sempat tiba di sana dan tak terbabas tido.


Posted By Kemal Merah12:05:00 AM

26 October, 2012

Lagu Jubah Putih Kain Kapan | Telemovie Aidiladha

Lagu Jubah Putih Kain Kapan



Lagu ost cerita jubah putih kain kapan, syahdu.. beb.


Penyanyi : Firman
Tajuk : Kehilangan 

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Back to *, Reff:

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

lagu jubah putih kain kapan

Posted By Kemal Merah4:10:00 PM

Selamat Hari Raya Aidiladha, kawan kawan!

Filled under:

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan rakan blogger, dan seluruh umat islam yang ada di dunia ini. Semoga hari raya korban kali ini membuatkan kita insaf dan bersyukur dengan apa yang telah di kecapi oleh kita.


Posted By Kemal Merah10:30:00 AM

Mat Lutfi - Drama Drama Sebelum Kawin

Mat Lutfi kembali dengan Drama Drama Sebelum Kawin

 

Vlogger popular malaysia , mat lutfi kini kembali dengan video  terbaru beliau yang bertajuk drama drama sebelum kawin. aik? kawin?

Amboih mat lutfi, mentang mentang dah graduate, cepat benar dah nak bincang pasal kawin ye.. dah ada pilihan hati ke mat?

Jom saksikan vlog ohsem daripada beliau.


Posted By Kemal Merah12:17:00 AM

25 October, 2012

Hip Hoppin' Asia with Joe Flizzow Episode 1 - 3

Popular hip-hop singer, composer and producer Johan Ishak, better known as Joe Flizzow, has his very own travel show on 8TV.

Titled Hip-Hoppin' Asia, it comes on air at 9.30pm every Thursday. The show touted as Malaysia's first 'hip-hop travel show' covering Asia has Joe of Too Phat take viewers on a journey to various travel destinations.

 While Joe explores interesting cultural spots in Asian cities, he mainly introduces viewers to musicians, especially hip-hoppers who live and work in these cities.

 Joe learns how others define the hip-hop experience and share their love of this musical genre.

 Joe says: “Covering Thailand, Taiwan, the Philippines, Japan, Hong Kong and India among others, I find the best places to see, best people to meet, best things to do and best hip-hop experiences Asia has to offer.” “It is my first travelog and it's close to my heart because I love visiting new places. “It introduces creative people from each city and show viewers a different side of these cities.”

Read more: Hip Hoppin' Asia with Joe Flizzow - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/hip-hoppin-asia-with-joe-flizzow-1.155995#ixzz2AKEViraW



Posted By Kemal Merah11:38:00 PM

5 Telemovie Menarik Di Hari Raya Aidiladha

Filled under:

Jubah Putih Kain Kapan – Khamis, 25 Oktober 2012, jam 10.00 malam

Amir tidak pernah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat malah dia bukannya seorang pemuda yang terlalu leka bersosial. Namun, dia tidak pernah bersembahyang walau hakikatnya dia mendapat pendidikan agama yang cukup sempurna. Setelah Amir disahkan menghidap penyakit kronik, Amir mahu meninggalkan kesibukan kota dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang dia tertarik dengan kanak-kanak melintas memakai jubah putih dan tergerak mahu mengikut mereka. Amir menghabiskan masa di sekolah pondok tempat kanak-kanak tersebut bernaung namun cahaya keinsafan masih terpancar di hatinya. Apakah yang terjadi seterusnya?
Pelakon: Fezrul Khan, Sariyanti, Anzalna, Adik Rykal, Hisham Ahmad Tajuddin


Korban Haji – Jumaat, 26 Oktober 2012, jam 10.00 pagi

Zaimi dan ibu bapanya telah mendapat panggilan untuk menunaikan haji. Zaimi begitu teruja lantaran dia merupakan pemuda termuda di kampung itu yang bakal bergelar haji. Zaimi dan ibunya mahu mengerjakan haji dengan lebih selesa lalu membuat keputusan untuk mengambil pakej VIP. Namun dalam masa yang sama nenek Zaimi mengalami masalah kewangan dan menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji. Semua wang simpanannya habis dikeluarkan untuk menjamin anak lelaki bongsunya yang merupakan penagih dadah. Orang kampung mula menasihati Zaimi dan ibunya untuk membantu Wan Piah yang semakin uzur. Namun mereka tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling demi merealisasikan impian mereka. Adakah Wan Piah berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci?
Pelakon: Ryzal Jaafar, Rozita Che Wan, Norlia Ghani, Zuhairi Ibrahim, Tilla Malvin, Hairi Safwan

Panggilan Baitullah – Jumaat, 26 Oktober 2012, jam 1.30 petang

Sebuah drama yang sarat dengan masej pedoman ini menceritakan tentang Abdullah, seorang hartawan yang suka menunjukkan kemewahan miliknya kepada orang ramai. Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk dia berangkat ke Mekah, Abdullah berasa semakin gelisah. Dia sering bermimpi mengenai seorang tukang sepatu dari Pekan Alor Gajah bernama Haq yang tidak dapat menunaikan haji tetapi diterima hajinya. Abdullah menjadi semakin bingung kerana hampir setiap malam dia didatangi mimpi yang sama. Semenjak itu, Abdullah mula berusaha mencari Haq. Berjayakah Abdullah menemui Haq? Adakah benar lelaki bernama Haq itu wujud dan siapakah Haq sebenarnya?
Pelakon: Dato’ Eizlan Yusoff, Fahrin Ahmad, Mak Engku, Elly Mazlein

Tersalah Cinta – Jumaat, 26 Oktober 2012, jam 10.00 malam

Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umrah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Mekah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantik seperti Cinta?
Pelakon: Aqasha, Johan As’ari, Neelofa, Rita Rudaini, Nazim Othman


Satu Pengorbanan – Sabtu, 27 Oktober 2012, jam 10.00 malam

Mengisahkan tentang dua adik beradik, Zura dan Zana. Zura merupakan tulang belakang keluarga yang membantu keluarganya mengusahakan kebun. Manakala Zana berkerja sebagai kerani. Mereka berkawan baik dengan Murad sejak dari kecil lagi. Namun Zana terkejut apabila keluarga Murad masuk meminang Zura. Murad yang sememangnya tidak kisah untuk dijodohkan antara dua beradik ini mengambil kesempatan dengan menjalinkan hubungan sulit bersama Zana walaupun ketika itu dia sudah bertunang dengan Zana. Zura dapat menghidu perhubungan mereka. Fikirannya yang kusut membuatkan dia hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan. Separuh wajahnya mengalami kecacatan kekal. Apakah yang berlaku seterusnya?
Pelakon: Noorkhiriah Shapie, Watie Sadali, Zul Ariffin, Faridah Mansur, Roslan Salleh


Sumber : www.ohbulan.com

Posted By Kemal Merah3:34:00 PM

3 Blog Popular Pilihan

3 Blog Popular Pilihan Kertas Warna Merah

Mempunyai blog popular atau dikenali ramai mungkin menjadi impian untuk semua blogger. Dengan tahap ke' popular 'an sebuah blog itu sudah semestinya menjanjikan habuan lumayan buat pemilik blog tersebut. sebagai contoh blog popular pakcik comel yang mendapat BE nuffnang tiap tiap minggu. Jika di tanya pada beliau apa rahsia kejayaan yang ohsem itu, beliau dengan macho nya menjawab,

blog, popular

Pilihan blog popular yang seterusnya ialah blog Syaifuddin Alias. Apa yang menakjubkan mengenai pemilik www.spudinpunya.com ini?
blog, popular
Mungkin sesetengah orang masih lagi tidak mengenali beliau. Tetapi, blogger ini telah menjadi bualan di papan kekunci blog blogger popular seperti, boni kacak, cik tom and jerry, dan ramai lagi cikgu cikgi blogger. Sampaikan pakcik denaihati ingin menjadi penaja contest seo beliau yang akan datang. Sikap ingin belajar telah membuahan hasil, blog yang dulunya cikedis kini telah memperoleh pangkat PR2 dari google. hehe

 Blog Popular pilihan ku seterusnya ialah Blog Bakul. Bakul ini adalah Bakul yang sangat mengujakan! Blog ini menjadi popular dalam kalangan blogger blogger baru dan lama. banyak tutorial dan infomasi yang menjadi rujukan oleh blogger blogger baru. Nur Ikaa sentiasa tampil dengan tutorial dan informasi yang segar untuk tatapan pembaca blog nya. Aku juga merekomen kan kepada blogger blogger baru di luar sana jika ingin mencari idea atau tutorial untuk blog boleh la pergi godek godek blog beliau.

blog, popular

Amacam? anda terinpirasi dengan blog blog popular pilihan kertas warna merah di atas? Blog popular ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sebab itulah mereka sentiasa memenangi hati pembaca pembaca. aku bukan nak mengampu okkkkkk. Ini adalah pandangan aku tentang blog popular pilihan ku.

Citarasa kta mungkin berbeza, jadi apakah blog popular pilihan anda?


Posted By Kemal Merah4:47:00 AM

24 October, 2012

Keputusan Harimau Muda vs Geylang United 24.10.2012

Filled under:

Harimau Muda vs Geylang United 24.10.2012 S League 



Harimau Muda melengkapkan kemenangan bergaya untuk hari ini dalam kempen S League (singapura) apabila menewaskan Geylang United 3 gol berbalas 1.

Tahniah diucapkan untuk skuad harimau muda!

Score : 
Irfan Fazail hasil hantaran oleh Wan Zack  -16"
Tandukan dari Gary Robbat hasil sepakan percuma Wan Zack. - 57"
Mahali Jasuli hasil hantaran Wan Zack Haikal  - 82"




Posted By Kemal Merah9:54:00 PM

23 October, 2012

Chromebook : Inovasi Terbaru dari Google

Filled under:

 Chromebook : Inovasi Terbaru dari Google


Zaman dah berubah, laptop dan komputer pun mengalami evolusi, kalau dulu komputer sebesar bilik, tapi zaman sekarang kecenet (kecik) je, siap boleh sorok-sorok bawah sarung bantal.


Chromebook 

Baru baru ini google ada memperkenalkan laptop yang mempunyai ciri ciri istimewa yang diberi nama Chromebook. Chromebook? seakan akan Google Chrome pulak kan.

Chromebook adalah tiang komputer peribadi (laptop) yang menjalankan pengoperasian Chrome OS. Makna kata, sama sahaja seperti laptop yang sedang anda gunakan itu cuma dia tak pakai windows 7 or Ubuntu, tapi pakai Chrome. Klik untuk tahu apa itu Ubuntu

Keistimewaan Chromebook

Apa yang menariknya mengenai chromebook ini, ianya tidak mempunyai hard disk. Jadi kat mana nak simpan movie movie korea, mp3 nasyid dan tesis mahupun asigment ???
Chromebook ini sebenarnya beroperasi dengan Cloud (Awan) Awan yang aku maksudkan disini ialah Storan Awan bukan Awan Dania.

Makna nya, chromebook ini tidak mempunyai perisian tetapi aplikasi dari google contohnya google doc dan etc, so semua kerja kerja anda data data semua tu diuruskan oleh storan awan.

Dengan tiadanya sofware-sofware dalam tu, ini menjadikan chromebook boleh boot dalam beberapa saat sahaja.Pejam celik dah boleh guna.



Tapi yang pastinya, anda haruslah mempunyai line internet. wifi atau berukbang ke. so kalau tidak kita tengok chromebook ini macam ketul batu je ..

untuk memahami lebih lanjut mengenai chromebook, kakak kakak abang2 adik2 sekalian boleh la tonton privew chromebook di bawah.


Sumber :
http://www.google.com/intl/en/chrome/devices/landing.html

Sumber gambar :
Pakcik Google.com

Posted By Kemal Merah11:38:00 PM

Press Any Key To Start | Ww

Filled under:



Tak sabar tunggu hari jumaat ^^




Posted By Kemal Merah10:32:00 PM

Traffic SEO Tanduk Lembu Korban

Filled under:

Minggu ini aku bermain main dengan keyword seo bermusim, alhamdulilah, trafik bagaikan Tanduk Lembu Korban berjaya di hasilkan.
seo bermusim
Tanduk Lembu Korban
Lagipun aku pula dah lama tak ping entry di Apesal. Merajuk kah aku dengan apesal?sebabnya dan punca tidak dapat aku nyatakan di sini. Selalunya apesal lah yang menjadi top traffic source untuk blog ini.

Baru baru ini admin apesal ada email aku (nak pujuk aku le tu) untuk submit entry di apesal sebab dah lama tak submit. Tetapi ego mengalahkan segalanya, aku biarkan dia. biasalah lelaki. aku delete je email tu. Merajuk aku tak abis lagi. so admin apesal.com, talk to the hand ok (demand).

Berbalik pada seo bermusim di atas, teknik ini amat berkesan untuk memperoleh traffic free dari google, walaupun entry itu ada sebaris ayat dan sekeping gambar. Keyword yang akan digunakan mestilah suatu yang pasti orang cari pada minggu itu atau waktu itu.

Contohnya Keyword: Malaysia vs Hongkong , Harimau Muda vs Vietnam news paper cup, live streaming dan macam macam lagi.

Blog aku ini tak la sehebat macam blog korang, tahun 2012 ini aku kembali mengalami zaman kejatuhan traffic akibat banyak sangat expirement yang aku buat dengan blog ini. huhu. tukar template dah lapan ratus kali. kena banned, malware, dan macam macam lagi. huhu. tapi alhamdulilah, orang cakap pengalaman tu penting. Belajar dari pengalaman kan.









Posted By Kemal Merah3:12:00 AM

Running Man 117 | Preview

Filled under:

Running Man 117 kali ini menampilkan Suzy [Miss A], Yubin [Wonder Girls], Ji Jin Hee, Ji Sung, Song Chang Ui.

Green Team  -Suzy [Miss A], Ji Jin Hee, HaHa, Lee Kwang Soo
Yellow Team - Yubin [Wonder Girls], Ji Sung, Yoo Jae Suk, Kang Gary
Red Team -    Song Chang Ui, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin

 

 ON AIR : 28 October 2012

 

Posted By Kemal Merah1:41:00 AM

21 October, 2012

Cara Memikat hati Wanita | RM Version

Filled under:

Anda sukakan seseorang? tetapi takut untuk memberitahu beliau. jangan risau, di sini ada caranya.! hati wanita ibarat bunga. Siramilah ia dengan warna keikhlasan. Semoga anda berjaya memikat wanita yang anda idam idamkan dengan mengunakan teknik jurus ini.

Antara responden yang telah berjaya menggunakan teknik ini.
Gary dan Mong ji (kecundang di tengah jalan)   


Sparta & Eun Hye (juga kecundang)


kwang soo and yuri (still awkward relationship)  

haha dan byul (pasangan yang berjaya)




 Jadi anda berminat? tetapi awas, segala kemungkinan tindakan yang tidak dapat di kawal oleh wanita itu adalah tanggungjawab anda sendiri.Sekian terima kasih.




Begini caranya
Teknik Jurus Memikat Tahap 500Juta


Posted By Kemal Merah11:43:00 PM

Malaysia u21 Juara News Paper Cup 2012

Filled under:

Gambar dari facebook.com/espnstarsportsmy


 Skuad Harimau Muda telah berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1 - 0. Jaringan yang di sempurnakan oleh Hazwan Bakri.  Tahniah Harimau Muda!




Posted By Kemal Merah10:19:00 PM

Malaysia U21 vs Vietnam U21 Final Vietnam Newspaper Cup 2012

Filled under:

Malaysia U21 vs Vietnam U21 Final Vietnam Newspaper Cup 2012

 Tahniah kepada pasukan bola sepak kelantan atas kemenangan malam tadi. Kita masih lagi dalam mood bola. Malam ini pada pukul 7 malam, Harimau Muda akan beraksi di pentas final news paper cup 2012 vietnam. 

Live Streaming Malaysia U21 vs Vietnam U21 Final Vietnam Newspaper Cup 2012

Keputusan : Malaysia 1 - 0 Vietnam
 

Posted By Kemal Merah10:47:00 AM

Contest : Dhuha: Ada kelebihannya !

Filled under: ,

Kelebihan Dhuha

Setiap amalan ibadah walaupun sunat tetap ada ganjarannya di sisi Allah swt. Cuma kunci untuk memperolehi kelebihan dan ganjaran dalam setiap ibadah ialah ikhlas. Jadi sebelum di terangkan bagaimanakah caranya untuk melakukan solat dhuha ini, mari kita sama sama lihat kelebihan dhuha

contest kelebihan dhuha
gambar dari gugel

  • Kelebihan Dhuha sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :  “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan. 
  • Di ampuni dosanya walaupun seperti buih di lautan  “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
  • Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
  • Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Contest : Dhuha: Ada kelebihannya !


Mudahnya Solat Dhuha

Cara Ringkas Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah

 cara mudah hafal doa dhuha

Walaupun entry ini adalah untuk contest : dhuha : ada kelebihannya, ianya bagaikan aku menerima satu tepukan deras di dahi aku yang seakan akan melupai solat sunat dhuha ini. terima kasih kepada penganjur contest Pena ISLAM untuk menganjurkan contest seumpama ini, sekurang kurangnya boleh di jadikan panduan dan rujukan untuk aku dan keluarga aku di masa akan datang untuk memahami fadhilat dan kelebihan dhuha.



Posted By Kemal Merah1:21:00 AM

20 October, 2012

Atm vs Kelantan Live Streaming 20.10.2012

Filled under:

atm vs kelantan live streaming

Bagi rakan rakan yang tidak dapat menonton siaran langsung perlawanan atm vs kelantan dalam final piala malaysia akibat astro jem sebab hujan etc, anda boleh la menonton secara live streaming atm vs kelantan di link yang disediakan.

Kelantan vs Atm
Final Piala Malaysia


*Please Bookmark Now*


Posted By Kemal Merah11:56:00 AM

17 October, 2012

First Impression Blog dari Eyriqazz

Filled under:

Semalam pakcik brader Eyriqazz GTO  telah sudi untuk membuat First Impression untuk beberapa blog di laman Facebook beliau.


Dan seperti biasa aku la yang first komen, nampak tak cucuq jawa tok aku kat atas tu. hehe

dan ini adalah komen pandang pertama  Eyriqazz terhadap blog aku.


Terima kasih kepada beliau. aku akan cuba praktikkan nasihat yang diberi.

Apa pendapat anda pula tentang First Impression terhadap blog aku ini?

Posted By Kemal Merah8:16:00 PM

Cara Mengunakan Nuffnang X

Filled under: ,

Baru baru ini nuffnang telah melancar satu aplikasi web pintar yang diberi nama NuffnangX. NuffnangX ini lebih mirip kepada  aplikasi web sosial seperti Facebok. Ini memberi peluang kepada seluruh penguna blog di malaysia dan nusantara untuk sama sama berkomunikasi dengan mengunakan aplikasi ini. untuk memahami apa itu nuffnangX, anda boleh la menonton video di bawah ini.

Lepas tengok video ni, baru aku tahu cara sebut nuffnang dengan betul. hehe
 

Cara mudah mengunakan nuffnangX

Sebenarnya Nuffnang sendiri telah menjelaskan bagaimana untuk mengunakan NuffnangX di blog mereka. Jadi anda boleh la membacanya di sini Panduan Mudah Mengunakan NuffnangX

Posted By Kemal Merah2:37:00 PM

Eca Year End Giveaway #1

Filled under:

Blogger Underground Popular , Siti Ashah telah menganjurkan Year end GIVEWAY.! aku ingatkan year end sales rupanya giveway. hm. amat menarik!

Jadi tunggu apa lagi jangan lepas kan peluang untuk mendapatkan hadiah hadiah menarik daripada beliau.


Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh

Posted By Kemal Merah1:38:00 PM

16 October, 2012

Malaysia VS Hong Kong Live Streaming 16.10.2012

Filled under:


Malam ini akan berlangsungya perlawanan persahabatan bolasepak di antara Malaysia VS Hong Kong. Untuk rakan rakan yang tidak dapat menyaksikan perlawanan Malaysia vs Hong kong di kaca TV, anda boleh la menonton nya di Live Steraming yang di sediakan.

Malaysia vs Hong Kong
16.10.2012

Posted By Kemal Merah3:13:00 PM

Fungsi Arahan DOS dalam Sistem Jaringan Komputer

Filled under:

Berikut adalah nama serta fungsi perintah atau arahan DOS dalam sistem jaringan komputer. untuk melaksanakan perintah tersebut anda haruslah mengunakan MS DOS Prompt dahulu.

Trick CMD


ipconfig /all
Menampilkan informasi dalam sambungan rangkaian, misalnya Host Name, Primary DNS Type, Ethernet Adapter LAN.

ipconfig /displaydns
Menampilkan DNS Cache.

ipconfig /flushdns
Menghapus DNS Cache

ipconfig /release
"Menghapus" semua connection IP Address.

ipconfig /renew
Membuat IP Address baru untuk adapter tertentu.

ipconfig /registerdns
Melakukan refresh DNS dan meregister kembali sambungan kepada DNS.

ipconfig /showclassid
Menampilkan maklumat mengenai DHCP Class.

ipconfig /setclassid
Mengubah DHCP Class ID

control netconnections
Menampilkan Network Connection.

tracert
Menampilkan maklumat IP Address route.

netstat
Menampilkan maklumat sambungan TCP/IP yang sedang aktif.

route
Menampilkan local route.

hostname
Menampilkan nama komputer.

Posted By Kemal Merah12:09:00 AM

15 October, 2012

Kertas Warna Merah Bloglist 2.0 | SEGMEN

Filled under:

 Entry Melekat

Kertas Warna Merah Bloglist 2.0

dah lama aku tak buat segmen, baiklah segmen kali ini adalah untuk mencari senarai Bloglist untuk Blog Kertas Warna Merah ini.


Aku nak buat simple simple je segmen ni, so harap anda semua sudi sudikan lah diri untuk join.

Syarat- syaratnya :
Buat satu entry ringkas tetapi terbaik oleh anda mengenai segmen "Kertas Warna Merah Bloglist 2.0" ada hadiah untuk entry ringkas terbaik.
- anda bebas untuk menulis mengenai cadangan, dan kritikan untuk blog ini.

Terpulang untuk anda untuk letak banner atau tidak. tiada paksaan, kalau anda rajin nak letak, cuma copy je header blog kat atas tu dan paste di entry anda.

Follow blog ini

Letakkan Url penyertaan anda di bahagian komen

Promote kaw kaw bagi orang ramai join supaya jadi Top Referrer. Strategi terpulang kepada anda.

Semua peserta yang terlibat akan di senaraikan di dalam Bloglist KWM

Saguhati untuk Top Referrer dan Entry Ringkas Terbaik
Top Referrer = RM5 - 1 Pemenang
Entry Ringkas Terbaik = RM10 - 1 Pemenang

Tarikh tamat : 15.10.2012 ISNIN


semoga segmen kali ini ramai la yang join. (aku pernah buat segmen 4 orang ja yang join. haha ^^)

Posted By Kemal Merah1:08:00 AM

13 October, 2012

Blog Anda Mesra SEO atau Tidak?

Filled under:

Blog anda mesra seo atau tidak?
Ya, SEO bukan hanya sekadar keyword. tetapi juga blog. Blog yang dikatakan mesra SEO juga memainkan peranan yang penting untuk SEO.

Uji SEO Blog anda dengan SEO ANALYSER

SEOANALYZER adalah laman web untuk menguji sejauh manakah blog anda mesra SEO. Blog anda akan dinilai dengan jumlah score yang akan di perolehi, sebagai contoh gambar di bawah. Score SEO untuk blog aku yang tak brapa nak hensem ini hanya 60%. dan jika blog anda melebihi tahap warna hijau, itu menunjukkan blog anda mesra SEO.!


Dengan result dan score yang ditunjukkan, anda boleh la memperbaiki mutu SEO blog anda dengan berpandukan warning! dan  note! 

Aku pun masih lagi customize blog aku untuk mencapai tahap warna hijau. Masih jauh lagi . . . ..

Posted By Kemal Merah10:16:00 PM