29 December, 2012

Test Mention Rakan Blogger

Filled under:

Memandangkan aku ni jakun sikit pasal google plus, ni aku nak test mention beberapa blogger yang bergoogle plus. Saja la nak cuba cuba. huhu.

Bagi yang belum add aku di google plus, boleh jeling jeling di sebelah kanan blog ni. Google plus di situ.


Posted By Kemal Merah9:19:00 PM

Layan Blue

Filled under: ,

Asalamualaikum, apa awalnya aku tak minat kpop kpop ni aku layan J-ROCK macam lagu Naruto semua tu,  habis kuat pun layan Running Man je.
Bagi aku lagu pop malaysia ni dah banyak dah. Lagi best dari Pop Korea. Kita ada KRU, Feminin, X-Factor dan lain lain lagi.

TATAPI... Ego aku mula tercalar. haha. satu satu nya lagu yang aku rasa best dari korea adalah lagu ini BLUE daripada Big Bang. Abaikan gangnam setai.


Posted By Kemal Merah8:05:00 PM

28 December, 2012

My New Hair Cut

Filled under:

Assalamualikum,

Akhirnya rambut ala ala Lee Min Ho akhirnya di tebas untuk sekian waktu. Setelah dipujuk dan di rayu oleh bonda tercinta yang inginkan anak kesayangan nya memotong rambut. Nampak serabut sangat kot sebelum ni. huhu.

Amacam, comel kan. haha!
Kecewian di hadapan kamera
Joker Face
Gelombang Kuning tetiba menghampiri.
Perebutan wiliyah pun bermula!
akhirnya tewas jua..


Posted By Kemal Merah5:49:00 PM

27 December, 2012

10 Hikmah Zakat dan Bagaimana Untuk Mengira Pelbagai Jenis Zakat

Asalamulaikum, baca tajuk panjang kan. sebenarnya ini adalah giveway ilmiah daripada blog brader Izwan. Tak salah rasanya kalau kita selitkan entri ilmiah dalam blog, Tahniah untuk penganjur Giveway Izwan dalam usaha untuk membuka mata anak muda tentang zakat ini.

Sebagai untuk me'viarasi'kan Izawan Giveway : apa itu zakat, aku amik keputusan untuk menulis mengenai hikmah berzakat dan bagaimana cara mudah untuk anda mengira pelbagai jenis zakat menerusi kalkulator zakat.

Sebelum itu, untuk memantapkan lagi pengatahuan anda tentang zakat ini, contohnya maksud zakat, syarat-syarat dan jenis zakat, dan sebagainya aku galakkan anda untuk layari blog sahabat aku Nur Ikaa Bakul2011.

Hikmah Berzakat

Terdapat banyak kelebihan zakat, Rukun Islam ke-4 ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan ada tujuan nya kenapa Allah swt mensyariatkan kita berzakat. Antara tujuan dan hikmah zakat ialah :

1. Dapat membersihkan diri, jiwa si pembayar zakat.

2. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

3. Melahirkan sifat syukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di kalangan golongan yang berada.

4.Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

5. Memberi kesempatan kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

6. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

7. Meningkatkan dan mengstabilkan ekonomi umat islam.

8. Melahirkan sikap bertanggungjawab dalam diri.

9. Satu cara mendapat keberkatan dalam pengurusan harta daripada Allah swt.

10. Mewujudkan sikap bersatu padu di kalangan umat islam.

Dalam kaedah pengiraan zakat pula, pihak lembaga zakat sudah pun mencipta kalkulator zakat untuk memudahkan orang ramai mengira zakat. Daripada zakat pendapatan sehinggalah zakat emas dan perak.

Sebagai contoh anda boleh layari laman ini cara mengira zakat pendapatan dengan kalkulator zakat pendapatan.[klik]

Untuk pelbagai lagi kalkulator dari pelbagai jenis zakat, anda boleh lihat di sini : kalkulator Zakat

Semoga entri ringkas ini dapat membantu anda memahami kenapa kita di syariatkan untuk berzakat dan cara mudah mengira zakat dengan mengunakan kalkulator zakat.

apa itu zakat, hikmah berzakat

Posted By Kemal Merah9:54:00 PM

Kamen Rider Wizard Ep 16 Eng Subs

Kamen Rider Wizard Ep 16 Eng Subs " Christmas Miracle "

kamen rider wizard 16, kamen rider wizard eng sub, eng subs, subs



Ketika semua orang sibuk melakukan persiapan krismas, Haruto/Wizard bertembung dengan Phoenix Phantom setelah Phoenix mengarahkan Phantom lain menyerang gate.Menjelang Krismas,Koyomi mengenalpasti seorang baru,seorang pemuda bernama Tatsuro. Haruto mesti pergi kedalam underworld Tatsuro untuk mengelakkan Tatsuro menjadi Phantom baru. 
Sinopsis dari : http://muhafida.blogspot.com

Posted By Kemal Merah2:07:00 PM

Crazy Thursday : Bra Belakang

Filled under:

Aku tak tau apa yang gila nya. Dirinya yang gila atau fesyen yang gila. Mohon anak gadis malaysia tak terlibatkan diri dalam kancah peperangan alien vs hantu kopek.

awek, bra, tetek
Sumber : Gempak.org

Posted By Kemal Merah1:49:00 PM

26 December, 2012

Jadual Puasa 2013

Jadual Puasa 2013
jadual puasa 2013, jadual, puasa 2013
Jadual Puasa 2013

Menarik.! Jadual puasa yang di anjurkan islam untuk tahun 2013 yang di usahakan oleh walibahza ini memang ohsem. Mohon anak anak copy jadual puasa 2013 di atas dan tempek di dinding, agar satu family boleh tengok dan amalkan.




Posted By Kemal Merah2:21:00 PM

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com

Filled under: ,


Assalamulaikum, hangpa dah join belum hyper contest daripada blog mksyahir.com ? hyper contest kali ini mudah tetapi susah bagi aku. Mana taknya kena Kritik dan Saran blog orang! blog sendiri pun tungging terbalik. .huhu.

Baiklah, kita simpan dulu perasaan rendah diri di dalam recycle bin. tapi pastikan jangan di permanently delete pulak. nanti tak boleh nak restore. kepada mksyahir, are you ready?

Dear awak,

Bagi pendapat saya, blog awak memerlukan sedikit pembaharuan. secara jujurnya saya amat bosan dengan background warna hitam tu. Mungkin awak boleh mempertimbangkan untuk menukar warna background hitam tu. Contoh kaler yang mungkin sesuai Biru, biru gelap sikit, atau biru gelap banyak. dengan sidebar warna line putih dengan coverline hitam. pergghhh. (over)

Oh, terlalu skema. maafkan saya.

Awak,
Reka bentuk header tu dah ok. kalau boleh jangan la tukar reka bentuk tu. sebab identiti untuk blog apakah. Semua blogger dah kenal blog apakah ini dengan headernya. Tapi maybe awak boleh tukar background colour header tu dengan warna yang sesuai dengan layout.

Sidebar ok, cun, dan jangan kedekut letak bloglist blogger baru. hehe.

Baiklah itu saja sedikit sebanyak kritikan untuk blog Apakah. Yang lain dah ok, konsep dan content blog agak TERBAIK!!!. Kalau agak kasar dan tidak berbudi bahasa tu saya memohon ribuan kemaafan sesuci lebaran kepada pihak tuan. Sejujurnya Ikhlas dari hati ku untuk mu. Semoga awak dapat ohsem kan first impression yang terhebat untuk blog awak.

Salam sayang,
Ikhmal


p/s: mohon jangan muntah



"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com

Posted By Kemal Merah4:22:00 AM

Temubual Bersama Matlutfi

Ini ada satu temubual ringkas dan menarik untuk peminat- peminat matlutfi di luar sana, sedia maklum Matlutfi sekarang dah habis degree dan kini dia telah pun berada di Malaysia. Baiklah, megi sudah kembang, jom kita layan temubual Aidil Seventeen11 bersama Matlutfi.

matlutfi, temubual youtube, youtube aidil seven, super junioor


Dibawakan khas untuk anda oleh :
Seventeen Eleven Entertainment Media Social
Website : http://www.1711entertainment.com
Facebook : http://www.facebook.com/1711E
Twitter : http://www.twitter.com/Official1711
Youtube : http://www.youtube.com/TheSeventeenEleven

Posted By Kemal Merah3:08:00 AM

25 December, 2012

Benarkah Jesus Christ ( Nabi Isa a.s ) TIDAK Disalib Atau Dibunuh ?

Filled under:

Assalamualikum, sebenarnya ini adalah satu perkongsian menarik dari sahabat sunnah rasul youtube channel. Apa yang dihuraikan oleh Dr. Zakir Naik dalam video yang di sediakan oleh sunnah rasul youtube channel ini ialah mengenai benarkah Nabi Isa a.s yang juga dikenali Jesus Christ dalam kristian tidak disalib atau dibunuh.? Oleh itu mari kita dengarkan huraian Dr. Zakir Naik dalam video ini.

Untuk sambungan, sila subscribe youtube channel sunnah rasul di sini


Posted By Kemal Merah9:35:00 PM

Contest: Top Referer Get RM100 Topup!

Filled under:


Contest: Top Referer Get RM100 Topup ini adalah contest daripada blog yang bernama bloggeria. Sebenarnya aku tak kenal lagi siapa admin Bloggeria ni, jadi aku siapkan entry dulu baru nak pergi berkenalan dengan admin blog tu. haha.

Aku sebenarnya tak berapa nak pandai nak promot blog orang ni, tapi saja lah nak cuba nasib. Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam. kan.

Jadi untuk rakan rakan yang nak join contest top referer Bloggeria, boleh klik banner di atas atau link yang disediakan di bawah.


Selamat berkenalan untuk admin Bloggeria. Selamat maju jaya dalam blogging.. ^^

Posted By Kemal Merah9:01:00 PM

19 December, 2012

Semak Keputusan PMR 2012

Hari ini 19.12.12 ialah tarikh keputusan peperiksaan PMR. Jadi buat adik adik yang mengambil keputusan PMR hari ini aku ucap all the best.!

semak keputusan PMR 2012, PMR 2012, Online, SMS,

Keputusan Penilaian Menengah Rendah PMR 2012 boleh disemak melalui mySMS 15888 bermula jam 10 pagi, 19 desember sehingga 11.59 malam, 25 desember 2012.

Taip :
PMR <NO.KP> <ANGKA GILIRAN> dan sms ke 15888

Posted By Kemal Merah8:07:00 AM

Blogger Plagiarism - Masalah SEO

Filled under:

Blogger Plagiarism ini adalah satu masalah. Menciplak hasil tulisan orang lain tanpa credit atau sekurang kurangnya kebenaran adalah salah.

Aku sebenarnya tak kisah pun kalau korang nak amik atau copy paste bulat bulat hasil penat jejari jemari aku menaip, tapi sekurang kurangnya berilah credit dari mana sumber yang kau copy tu. Ini tak, ayat 5 baris je aku tulis, semua 5 baris tu kau sapu bulat bulat. haha.

Bukan apa, ini masalah bro, masalah, kalau makcik google dapat kesan alamat berkubur le blog yang kau bina cantik cantik tu silap silap aku pun kena sekali. Konsep jatuh hukuman dia sama macam undang undang rasuah. huhu. Aku tak nak la blog aku kena ban ngan google.

keratan rentas dari blog yang mengciplak ayat 5-6 baris aku.
Untuk artikel sebenar (original) ayat 5 - 6 baris aku boleh lihat di sini  

Untuk saudara/ saudari dari blog tu, aku tak marah aih.. takkan la isu ciplak 5 -6 baris ni aku nak marah-marah kat ang. bukan niat aku nak kecoh kecoh. huhu. tapi sedarlah, aktiviti macam ni akan rugikan kau suatu hari nanti.

nak ciplak boleh, tapi tolong la edit sikit. jangan bagi sama 100% tukar sikit ayat. tambah tambah untuk ayat bahasa pasar, tukarkan kepada bahasa baku contohnya.

kalau malas sangat nak edit letak je link sumber dari mana kita copy. ok, muahh. !

Posted By Kemal Merah4:06:00 AM

Segment Pencarian Bloglist 2013

Filled under:

Sila Klik

Sahabat blogger, Nur Ikaa daripada BAKUL NETWORK (cewah, haha) telah menganjurkan segmen pencarian bloglist untuk tahun 2013 untuk blog beliau.

Jadi untuk blogger blogger di luar sana jangan lepaskan peluang untuk terlibat sama dalam pencarian bloglist 2013 untuk blog Nur Ikaa.

Tarikh luput untuk segmen ini adalah 31.12.2012.  dan untuk syarat syarat dan HADIAH boleh la layari blog beliau.

Posted By Kemal Merah3:01:00 AM

Rusuhan Kaum di Sungai Petani ?

Beberapa jam yang lepas yakni sebelum 19 desember membuka tirainya, news feed facebook aku di banjiri dengan status dan blog post yang mengatakan ada rusuhan kaum di sungai petani, kedah.

Berderau darah muda ku. apa tidaknya my home sweet home adalah di sungai petani dan tidak jauh daripada tempat kejadian rusuhan tersebut. Alhamdulilah, sebab semua family aku masih lagi dalam mood bercuti dan sekarang tengah menikmati dinginnya gunung baling di baling, kedah. :p

Dengan berita yang keluar dari news feed facebook aku tu, aku dapati semua nya bercerita mengenai RUSUHAN di antara kaum melayu dan india. sampai melibatkan ayahda ayahda bagai. Sampai ada yang nak bakar masjid dan menyerang orang yang nak berjemaah. Ini amat merisaukan aku. terjamin selamatkah rakan rakan ku yang berada di sana?

Setelah beberapa jam, akhirnya pihak Facebook IPD Kuala Muda telah memperjelaskan isu Rusuhan Kaum di Sungai Petani yang di gembur gembarkan tu. Berikut adalah kenyataan nya,


Aku yang tak tau kepala ekoq ini hanya terus berharap agar pihak polis tetap teguh dalam menjaga keselamatan penduduk. Jadi apa cerita sebenaq nya ni? ce habaq sat?

Posted By Kemal Merah2:24:00 AM

18 December, 2012

Perkara Sebenar Yang Berlaku Di Syria

Filled under: ,

Kedatangan Ulama Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria di UKM, menerangkan keadaan saudara kita di sana.



Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:


1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dengan Palestine,
walau bertahun-tahun telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar-warkan.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar-warkan segala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakan kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH...

Posted By Kemal Merah2:36:00 PM

Cara Hack Blog ( +18 )

Filled under: ,

Assalamulaikum, tajuk yang paling sesuai untuk entri ini ialah bagaimana anda boleh kena hack. Jadi abaikan tajuk entri cara nak hack blog.

Disini aku ada sediakan link tips cara nak elak dari kena hack. nanti free free baca la ye..

kita straight to the point bagaimana anda boleh kena hack.
sebenar ada macam macam cara atau teknik yang membolehkan blog, facebook, mahupun twitter anda di godam ataupun hack.

1.Maklumat Facebook

Hati hati dengan mengisi maklumat peribadi anda di facebook. Segala galanya, tempat lahir, warna kegemaran, suka melancong kat mana, dan macam macam lagi.

Untuk maklumat anda, teknik asas seorang hacker adalah mendapatkan data. Melalui data data yang anda jelmakan di facebook mahupun blog ini membolehkan hacker yang lamers mengodam sesuka hati.
Maklumat yang di perolehi dari facebook mahupun blog akan diguna pakai oleh pengodam untuk 'menembak' atau 'tekaan' Sebagai contoh lihat gambar di bawah

cara hack facebook
Gambar 1
Dalam Gambar 1, hacker akan mencari maklumat yang boleh diguna pakai untuk mengodam. ini termasuk lah tempat mana dia lahir, contact info dia, asal kat mana dan macam macam lagi.

Lepas tu si hacker akan pergi ke account yahoo.com dan memulakan operasi.

cara hack blog
Gambar 2
Si hacker ini akan buat buat kononnya dia terlupa password yahoo dia. seperti dalam gambar 2.

Cara Hack blog
Gambar 3
Dalam proses nak reset kata laluan yahoo akan muncul soalan keselamatan yang pernah anda isikan suatu ketika dahulu. sebagai contoh dalam gambar 3. ayat nya berbunyi ' What town your father born in '

Jadi agak agak anda la, berdasarkan maklumat yang si hacker dapat melalui information data facebook anda tu, boleh tak dia jawab soalan tu.? huhu.

Paham? sebelum tu aku nak bagitahu, aku ni bukan lah pandai sangat. cuma aku rasa kesian kat kawan kawan, makcik, pakcik, nenek, datuk, di luar sana yang tak tahu apa apa tentang sisi gelap dunia cyber. dan suka aku katakan di sini, tak semua hacker jahat. yang duk godam tak tentu pasal tu adalah LAMERS.

Untuk Teknik Cara Hack Blog yang seterusnya, akan ditulis jika entri ini dapat 7 angka G+  hehe.. so sila G+ hohoho..


Posted By Kemal Merah10:30:00 AM

6 Jenis Perempuan Yang Buat Lelaki Pening Kepala


1. Al-Anaanah : 

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah :

 Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah :

 Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.


4. Al-Hudaaqah : 

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : 

Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah :

Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Sumber Ai Rahim..

Posted By Kemal Merah8:00:00 AM

Farizal Marlias Meninggal Dunia ??

Penjaga gawang skuad Harimau Malaya, Farizal Marlias yang dikhabarkan meninggal dunia adalah berita PALSU. astaga.. siapakah yang sanggup membuat fitnah sebegini sesedap rasa. tak patut.. tak patut.

Berikut adalah kenyataan Page Harimau Malaya berkenaan kematian farizal marlias.

Posted By Kemal Merah1:48:00 AM

17 December, 2012

Teknik Menipu Tutti Frutti

Macam macam ragam dunia serba akhir zaman ini. Ada yang ke kanan, ada juga yang ke kiri. Kita pula arah mana ye?


Ini ada satu teknik penipuan yang boleh dikatakan di anggap serius. Gambar di bawah ini akan cerita kan segala galanya. sila baca kat bawah ini mengenai teknik penipu duit terkini.


Untuk makluman, aku tak kenal pun Puan / Cik Asiah Awang ini. gambar tersebut aku perolehi daripada facebook. entah sapa punya dan aku kongsikan kepada anda sebagai peringatan. ^^


Posted By Kemal Merah11:42:00 PM