29 January, 2013

Lagu Setia Hujung Najwa

Lagu OST Setia Hujung Nyawa


 Ada tengok cerita ni.? Budak tu tak habis habis cerita pasal benda ni. Aku pun kekadang je tengok cerita ni. Keji betul TV3, tayang waktu mahrib, macam mana aku nak tengok. Ah, lupakan, duniawi semua tu. huhu.


Tajuk entri di atas memang sengaja aku 'typo' kan. Sebab rasa 'style' pulak. haha.

Setia Hujung Nyawa ost
Najwa Latif

Disini aku kongsikan lagu lagu ost yang terdapat dalam drama ini.enjoy! ^^






Part Video Najwa tu aku bagi besar sikit. hehe

Posted By Kemal Merah9:57:00 PM

27 January, 2013

Semakan Online Syarat Kelayakan Ke Universiti

Semakan Online Syarat Kelayakan Program Ke Universiti

Untuk adik adik yang tercari cari apakah bidang atau jurusan serta syarat syarat kelayakan yang ditawarkan oleh pihak universiti kepada bakal lepasan stpm boleh la menyemak dan membuat penilaian di laman khas yang disediakan oleh mohe.

Untuk memudahkan anda, Akak Nur Ikaa telah membuat panduan ringkas bagaimana untuk membuat semakan online syarat kelayakan ke universiti di link yang di sediakan di bawah.

Semakan Syarat Kelayakan Program ke Universiti

semakan online syarat kelayakan ke universiti
Selamat ke menara gading!

 

 nota : Thanks Nur Ikaa, and Happy Birthday!


Posted By Kemal Merah10:04:00 PM

26 January, 2013

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 boleh dikatakan sebagai pembuka tirai contest SEO untuk tahun 2013 ini. Walaupun blog aku ini masih lemah dalam seo terutamanya dengan dari segi aspek coding tamplate dan sebagainya tidak menjadi salahnya untuk aku mencuba melibatkan diri dalam cabaran SEO blog 3 dalam 1 Happy New Year 2013. 

Blog 3 Dalam 1 adalah penganjur cabaran SEO kali ini. Secara jujurnya aku baru saja mengenali blog 3 Dalam 1 ini, jadi selamat berkenalan buat pemilik blog 3 Dalam 1 & Happy New Year also.. huhu

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013, cabaran seo, happy new year 2013
Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 - Banner

 Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Cabaran SEO blog 3 dalam 1 happy new year 2013 ini sebenarnya adalah satu peluang yang baik untuk para blogger khusus nya blogger baru nak mempelajari teknik teknik yang berkaitan dengan SEO.

Cuma yang menjadi masalahnya bila saja membaca perkataan 'cabaran seo', blogger blogger baru terus surrender dan mengalah dan memutuskan untuk tidak mahu melibatkan diri dalam cabaran cabaran SEO  seperti ini. Alasan nya ialah TIDAK YAKIN atas kemampuan blog.

Kuasai Teknik Mudah Penulisan Cabaran SEO 2013

Baca tajuk di atas macam aku ni profesional sangat kan aku ni pasal SEO, haha. Sebenarnya tajuk itu sahaja yang nampak seperti profesional, tapi aku tak pun. huhu.

Teknik penulisan yang berasaskan SEO ini sebenarnya sudah ada di nyatakan oleh blogger blogger hebat dalam bidang SEO. Cuma kita sedar atau tidak sahaja. Yang tidak lain tidak bukan ialah kata kunci atau bahasa tamil nya திறவு சொல். haha google translate.

Sebagai contoh kata kunci ' Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 ' ini adalah kata kunci yang diberi. Susun atur kata kunci yang boleh anda praktik kan ialah letakkan kata kunci di

Permulaan Entri, Pertengahan Entri, dan Pengakhiran Entri

Itu je pun.. tajuk macam hampeh punya profesional kan. huhu. maafkan saya. 

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 ini aku harap dapat melatih  diri aku dan anda dari segi teknik cara penulisan di blog. Aku pun masih lagi belajar. Ratu Bedak Tepung sis eca cakap kena banyakkan keyword dalam entri. Jadi aku sedang berusaha memperbanyakkan keyword Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 walaupun aku ini lemah dalam penyusunan ayat. huhu. jadi kalau anda rasa annoying ketika baca entri ini aku hanya boleh cakap, padan muka hang! haha. 

maafkan saya.

Sebenarnya banyak lagi teknik teknik yang boleh diguna pakai khususnya untuk blogger baru untuk teknik teknik selanjutnya boleh rujuk entri berikut :


Terima kasih meluangkan masa untuk baca entri serabut perut ini. Harap sedikit sebanyak dapat memberi point kepada blogger baru untuk ber SEO. jangan takut kalah dalam cabaran. yang penting kita mesti cuba. Sebenarnya aku cuba untuk menulis secara ayat serius, tapi akhirnya lain pulak yang jadi. haha.

maafkan saya.

Jadi cepat siapkan entri Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 !



Posted By Kemal Merah12:14:00 PM

Senarai Perlawanan Pusingan ke-2 Piala FA

Filled under:

Senarai Perlawanan Pusingan ke-2 Piala FA 26.2.2013

Berikut adalah senarai perlawanan pusingan ke -2  bolasepak Piala FA yang akan berlangsung pada 26.2.2013

Kelantan vs PKNS/Lions XII

Sarawak vs Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang

Pos vs UiTM/Negeri Sembilan

Pulau Pinang vs Terengganu

Kedah vs Johor Darul Takzim

Sabah vs Selangor

Pahang vs Tentera Darat

T-Team vs Sime Darby

piala FA 26.2.2013

Posted By Kemal Merah10:00:00 AM

Oh, Aku Tak Seromantis Anuar Zain

Filled under:

Nampak nya cik Farah dah marah, ingatkan dia dah tak kenal dengan mamat berbadan 8pack ni dah. Almaklumlah orang tengah hangat bercintun. Kita ini siapa la kan..

Rindu? oh hanya tuhan yang tahu sayang. eh. eh. terlepas. haha.. Bila la lagi ek kita boleh skype ramai ramai eh..

Aku pun ... :(

Posted By Kemal Merah1:34:00 AM

Makhluk Yang Berbahaya Di Sungai Amazon

Filled under: ,

Selalunya apabila kita menonton filem filem daripada barat yang memaparkan latar belakang hutan amazon dan sungainnya semestinya kita akan disajikan dengan scene seram, ngeri, geli dan terkejut.

Sebagai contoh filem anakonda. Benarkah Ular sebesar dan sepanjang treler wujud di bumi amazon?

Ini ada sedikit info yang aku kopi untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Sungai Amazon (bahasa Spanyol: Río Amazonas, bahasa Portugis: Rio Amazonas) adalah sungai di Amerika Selatan yang merupakan sungai terpanjang kedua di dunia – Sungai Nil di Afrika merupakan yang terpanjang. Sungai Amazon memiliki total aliran terbesar dari sungai manapun, membawa lebih dari Sungai Mississippi, Nil, dan Yangtze digabungkan. Amazon juga memiliki sistem peraliran terbesar dari seluruh sistem sungai. Meskipun Nil sungai terpanjang, namun Amazon bisa dianggap "terkuat" (dilihat dari jumlah air yang mengalir per *****).Jumlah air tawar yang dilepas ke Samudra Atlantik sangat besar: 184.000 m³ per ***** (6,5 juta kaki³) di musim hujan.
 Aliran Amazon merupakan seperlima dari jumlah seluruh air tawar yang masuk ke laut di seluruh dunia. Air di laut dekat sungai ini memiliki kadar garam yang rendah sampai beratus mil jauhnya.Sungai utamanya (biasanya memiliki lebar satu sampai enam mil) dapat dilalui untuk kapal uap samudra besar sampai Manaus, hampir 800 mil ke hulu sungai dari mulutnya. Kapal laut yang lebih kecil dengan berat 3.000 ton[1] dan 5,5 m (18 kaki) draft[2] dapat mencapai sejauh Iquitos, 3.700 km (2.300 mil) dari laut. Kapal sungai kecil dapat mencapai 780 km (486 mil) lebih jauh sampai Achual Point. Lewat dari sana, hanya perahu kecil yang dapat naik sampai Pongo de Manseriche, di atas Achual Point.Sungai ini mengambil air dari koordinat 5° LU sampai 20° LS. Sumber paling jauh ditemukan di dataran tinggi inter-Andes, jarak yang cukup dekat dengan Samudra Pasifik; dan setelah menempuh jarak 7.200 km (4.800 mil) melalui pedalaman Peru dan melewati Brasil, ia masuk Samudra Atlantik di katulistiwa.

Pemangsa di Sungai Amazon

1. Piranha
Piranha adalah ikan air tawar omnivora[1] yang hidup di sungai-sungai di Amerika Selatan. Di sungai-sungai Venezuela, mereka disebut caribes. Mereka terkenal dengan gigi tajam dan pemakan daging. Namun, meskipun Hollywood sering menampilkan piranha dengan imej negatif, piranha sebenarnya tidak seberbahaya itu.

2. Arapaima
Arapaima, pirarucu, atau paiche (Arapaima gigas) adalah jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang berasal dari perairan daerah tropis Amerika Selatan. Ikan Arapaima dapat membesar  sepanjang 3 meter dan berat 200 kilogram. Saat ini sudah sangat jarang terdapat arapaima yang berukuran lebih dari 2 meter karena ikan ini sering ditangkapi oleh penduduk atau dieksport ke negara lain.


3. Anakonda


4. Candiru
Ini adalah makhluk yang paling berbahaya sekali di amazon, malah lebih berbahaya daripada piranha. Candiru adalah sejenis ikan air tawar. Spesies ini berukuran hanya sekitar satu inci panjangnya, berbentuk seperti belut dan tembus pandang sehingga sulit dilihat di air.

Candiru adalah sejenis parasit. Ia masuk ke celah-celah insang ikan lain, mengeluarkan tulang belakangnya agar dapat berpegang di tempat, dan meminum darah di insang, sehingga dijuluki "ikan vampir dari Brazil".
Mengapa ikan ini berbahaya karena ia tertarik pada air seni atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah anus atau vagina, atau bahkan bila ikannya kecil ke lubang penis – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan candirú sangat sulit diambil kembali kecuali dengan pembedahan.


Posted By Kemal Merah12:54:00 AM

25 January, 2013

Live Streaming Johor Darul Takzim vs Perak 25.1.2013

Live Streaming Johor Darul Takzim vs Perak 25.1.2013


Untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak diantara Johor Darul Takzim vs Perak secara live streaming, boleh menyaksikannya di link streaming yang di sediakan.

Live Streaming Johor Darul Takzim vs Perak 25.1.2013

Johor Darul Takzim vs Perak
8.45 PM
25/01/2013 (Jumaat)


Posted By Kemal Merah3:29:00 AM

Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013

Filled under:


Selepas daripada segmen Syaifuddin Alias mencari Blog untuk diisikan di ke dalam Bloglist, mari kita terjah pula Bloglist Akak Berbedak Tepung daripada Blog EcaDwinkyAsha.


Hadiah Saguhati :
1. Peserta Pertama yang JOIN segmen ini akan menerima Topup RM5.
2. Peserta dengan entry yang memikat hati eca akan menerima Pin Blogger.
3. Top Referrer akan menerima Topup RM5 + Pin Blogger.

Posted By Kemal Merah2:52:00 AM

Dimana Blog Aku dalam Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 ?


Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Nampaknya cabaran seo untuk tahun 2013 ini semakin sengit. Banyak blogger blogger dengan blog yang bermutu dari segi aspek penulisan dan sebagainya telah mengungguli carta. 

Tapi dimanakah blog aku.? Dapat kah blog aku yang buruk ni menyelit di celah celah ketiak blogger blogger hebat di luar sana?


Alhamdulilah, semasa try cek mengunakan Incognito Window, blog buruk ini berjaya menduduki carta page 1 walaupun agak jauh kebelakang. 

Nampak nya tahun ini kena studi lebih sikit. Kena berguru dan bertapa di blog cikgu http://www.hasrulhassan.com 


Posted By Kemal Merah2:15:00 AM

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung

Filled under:

Alhamdulilah , semalam 24.1.2013 bersamaan 12.3.1434H satu sambutan Maulidur Rasul telah di adakan di kampung aku.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Khariyah Masjid Sultanah Bahayiah di jayakan dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan maulidur rasul, ceramah, nasyid, dan pertandingan selawat kanak kanak. memang meriah wa cakap lu!!

Dan ini ada sedikit gambar yang aku nak kongsikanuntuk menunjukkan betapa sepakatnya kami sekampung. hehe.. .


Ini adalah cuma sebahagian gambar yang diupload, ada lebih 400 keping gambar saja aku malas nak upload banyak banyak. huhu.

Sambutan Maulidur Rasul di tempat anda macam mana pula?

Posted By Kemal Merah1:51:00 AM

21 January, 2013

Segment Bloglist Syaifuddin Alias

Filled under:

Mari ramai ramai kita float kan bloglist Syaifuddin Alias. Untuk Syarat dan Penyertaan boleh rujuk di blog beliau.


Sedikit Komen dan Kritikan Untuk Blog Syaifuddin Alias.
- No Komen

Cadangan Untuk Blog Syaifuddin Alias.
- Cadangan Ditolak

Kata- Kata
- Harap tahun 2013 ini Syaifuddin Alias dapat buat lagi contest atau segmen yang unik lagi style seperti tahun lepas.Good Luck Bro..!

Syaifuddin Alias

Posted By Kemal Merah2:22:00 PM

Review Blog : www.cikbolat.com

Filled under:

Assalamualikum, ini adalah review pertama untuk tahun 2013 ini. Dan dengan segala hormat nya blog cikbolat dipilih dengan secara paksa rela. haha. ~

Blog hebat untuk tahun 2013 ini adalah blog .iamCekbolat daripada www.cikbolat.com.


Apa yang menariknya tentang blog www.cikbolat.com adalah cara / style menulis yang begitu santai dan LAWAK!. 

Walaupun santai dan diselitkan dengan sedikit jenaka bodoh pintar tapi masih lagi boleh di fahami dan kadang kala bagaikan kita juga merasai situasi yang ditulis oleh cikbolat. 


Lagi satu kenapa aku amat mengemari (cewah, haha) blogger dari alor staq kedah ini sebab cikbolat ni tak la  control ayu di blog  macam sesetengah blogger wanita yakni perempuan yang lain. kira sempoi....

Antara Entri Terbaik Pilihan

Saya OKAY :)


Dah Start dah .


#2 Surat Berantai



Untuk mengenali lebih lanjut cikbolat sila maju ke blog beliau ^^



p/s: ni aku review blog ka review blogger? haha

Posted By Kemal Merah1:49:00 AM

20 January, 2013

Layan Drama Korea

Filled under:

Assalam, Layan drama korea? haha.. sebenarnya aku tak la layan sangat drama korea ni. aku lebih layan drama jepun contoh nya Gokusen, GTO, C.zero, dan lain lain.

Kali pertama aku terjebak dengan drama korea ini masa tengah studi di penang. Atas dasar pengaruh rakan sebaya yang minat menonton drama korea, aku pun terjangkit sama. Sepatutnya kami studi gila gila waktu tu, tapi sempat lagi layan drama drama ni.huahaha..

Benda ni tak mungkin terjangkit kalau salah seorang member korang yang menjadi tokan drama korea ni kan. Pantang tunjuk external hardisk je mesti nak sedut movie atau drama yang best best.

Antara drama yang aku terlayan dan tetiba terjangkit antaranya adalah, youre beautiful, my girl, my gelprend is gumiho, tu je la kot dalam external si tokan tu.. huhu

walaupun cerita korea ni sikit-sikit nangis, tapi layan jugak cerita dia. berbeza dengan gambaq melayu. tapi aku tak la kondem drama melayu sepenuhnya.

Baru baru ini ada tengok gezek (iklan) di 8tv drama korea city hunter. macam best ja kan. aku pun mengambil keputusan untuk mendownload drama city hunter. aku ingat kan city hunter ni anime semata mata tapi ada juga real life action jugak.

city hunter download

Jadi kerja download drama ni. 13GB dalam masa 3 hari baru siap download.

Posted By Kemal Merah1:00:00 PM

Running Man Malaysia

running man, malaysia, runningman malaysia
Nora Danish Bukan Song Ji Hyo

Apa, running man malaysia? Ada ke running man Malaysia? ada.. siapa cakap tak ada. Ada sekumpulan anak muda yang meminati rancangan popular Running Man telah memparodikannya. Hebat, dan membuatkan aku pun rasa macam nak main juga.

Jom tonton Running Man versi Malaysia.
Running Man Setiawangsa 1

Running Man Setiawangsa 2

Usaha yang baik aku rasa. Aktiviti riadah yang mensihatkan. huhu
cuma satu je, korang tak juga shaker remover ke? pening kepala aku dibuatnya. huhu

Posted By Kemal Merah3:42:00 AM

KertasWarnaMerah 2013 EDITION

Filled under:

Alhamdulilah, berjaya jugak naik taraf blog kertas warna merah ini. Walaupun masih lagi tak sempurna 100%.

Agak terkial kial juga pada mulanya nak edit template baru ini dan terpaksa minta pertolongan Akak Eca so trimas untuk beliau.

Template thesis ini sebenarnya ehsan daripada shah forblogger. Jadi kalau anda berkenan boleh la download thesis template ini dengan klik link di menu bar tu.


Jadi apa pendapat anda tentang blog baru aku ni? huhu

Posted By Kemal Merah1:43:00 AM

09 January, 2013

Mael Lambung vs Ah Chai The Movie

Filled under:

Posted By Kemal Merah2:54:00 PM

Riaksi Ustaz Azhar Idrus Mengenai Zizan Maharaja Lawak Mega

Pendakwah hebat Ustaz Azhar Idrus baru baru ini ada memberikan pendapat beliau mengenai Zizan dalam penampilannya di Maharaja Lawak Mega Jumaat lepas.

Sesekali baca apa yang di perkatakan oleh Ustaz Azhar dalam facebook rasminya itu lucu juga ya. 'wakaka' haha..

Ustaz Azhar Idrus Zizan Maharaja Lawak

zizan maharaja lawak, ustaz azhar, lawak

ustaz azhar idrus, zizan maharajalaawak, 2013


ustaz Azhar Idrus

Rata rata ramai yang geli hati melihat aksi Zizan jumaat lepas.

Gambar Oleh : hfzkhazali.blogspot.com


Posted By Kemal Merah12:19:00 AM

05 January, 2013

Tambah Traffic Tambah Follower 2013


Alhamdulilah segmen menarik daripada cikgu hasrul. Jadi blogger blogger baru atau yang baru berblog boleh ambil peluang ini.

Kertas Warna Merah blog ini merupakan blog 'Peribadi Berinformasi'. Segala informasi yang ditulis didalam blog saya ini ada sedikit sebanyak kaitannya dengan peribadi.

sebagai contoh situasi : saya pening kepala fikir nak buat entri kuat dengan seo, jadi saya tulis la pengalaman, cara dan bagaimana untuk menjadikan entri kuat seo tu di blog walaupun tak berhasil. tak ke itu peribadi berinformasi. hehe..

maafkan saya.

alhamdulilah, blog pendidikan buat blogger seperti blog cikgu hasrul ini banyak membantu saya. terutamanya dari segi cara penulisan dan teknik menulis.
Baiklah, untuk rakan rakan yang belum join segmen yang akan tamat 9.1.2013 ini, boleh la join ramai ramai. dan untuk rakan rakan baru dari segmen ini, selamat berkenalan dari saya. sila tunjuk ajar kepada saya.
sekian terima kasih dan sampai jumpa  :)

Posted By Kemal Merah8:11:00 PM

Live Streaming Kelantan VS ATM Piala Sumbangsih 5.1.2013

Kelantan dan atm akan bertemu dalam perebutan piala sumbangsih malam nanti, oleh itu untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak di antara kelantan vs atm piala sumbangsih secara live streaming boleh la memilih link streaming yang disediakan.

live streaming kelantan vs atm, piala sumbangsih, 5.1.2013

Live Kelantan vs ATM
Piala Sumbangsih 
5.1.2013

Posted By Kemal Merah6:53:00 PM

04 January, 2013

Perang Dingin dengan Sahabat Baik

Filled under:

Aiishhhh... Perang dingin ni dah berlanjutan selama setahun. Aku tak sangka aku akan gaduh  dengan sahabat baik aku sendiri. Memang tak sangka. Gaduh macam gaduh dengan awek. Tapi aku terima hakikat yang kawan baik aku tu LELAKI. haha. tak mungkin aku nak pujuk dia macam pujuk awek.

Memang dasarnya LELAKI EGO. Aku tak mahu mengalah, dia pun sama. masing masing ada tembok egois setinggi tembok israel - palestin. mungkin itu puncanya perang dingin ini berlanjutan sekian lama.

Bila di scan dan tilik mencari punca permasalahan, memang nya aku rasa bersalah pulak. Terlalu jujur kah aku.? huhu.

Arghh.. aku tepis ke sisi dinding perasaan bersalah itu. Aku rasa aku buat benda betul. Siapa suruh kau tak terima hakikat.

p/s: aku rindu kat hang bodoh



Posted By Kemal Merah3:00:00 AM

Isi Kandungan Amanat Haji Hadi

Filled under:

Pada mulanya sebagai seorang belia aka remaja rebina di bumi malaysia ini aku tertanya tanya tentang topik hangat yang di mainkan di media massa la ni - isu Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Isu apakah ini? Serius sangatkah sampai sana sini orang duk bercerita tentang amanat guru haji hadi ini? sampaikan aku naik muak nak tengok berita di tv, ada sahaja berita mengenai amanat haji hadi ini. Tapi aku masih tak paham apa pemberita tu nak sampaikan. Mungkin pemikiran aku masih lagi ditahap belia rebina.

Aku tunggu jugalah kot-kot nanti pembaca berita tu nak tayang 'Amanat Haji Hadi' tu. Tak pun, ini membuatkan aku menjadi penasaran nak tahu bagaimana rupanya 'Amanat Haji Hadi' tu. Bulat kah, Bujurkah, Petak Segi kah?

 Memandangkan aku ni tak ada sumber untuk bertanya tentang penasaran mengenai Amanat Haji Hadi ini, aku menyiasat sikit-sikit mengunakan internet.

 Hasilnya aku dapati yang Amanat Haji Hadi ini adalah ungkapan, sedutan ceramah tuan guru haji abdul hadi pada tahun 1981. What the GiGi!! Patut la aku tak tau apa apa, aku lahir pun pada tahun 1990.

Sedutan ucapan beliau telah di cetak dan dijadikan poster.


hmm. Apa pandangan hangpa wahai rakan rakan belia ku tentang amanat haji hadi di atas?

Sebelum itu aku nak bagitau kat hangpa yang aku ni mungkin berfikiran tak seluas ahli politik mahupun negarawan, aku cuma belia pasca remaja je. Ini hanya sebagai pandangan aku sahaja. bagi aku tak ada masalah tentang amanat di atas. ok je aku tengok. tak ada masalah apa pun.

Jadi kenapa cerita tahun 1981 ini baru nak heboh pada 2013.???? kenapa sepanjang aku hidup start 1990 sampai 2013 baru aku tahu tentang amanat ni.? huhu..

p/s: Aku menjadi keliru nak undi sapa dalam PRU13 ni. almaklum lah First TIME! huhu

Posted By Kemal Merah2:14:00 AM