24 June, 2013

5 Panduan Memilih Makanan Sempena Bulan Puasa

Filled under: ,

 5 Panduan Memilih Makanan Sempena Bulan Puasa


Makan di Bulan Puasa Ramadhan | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan penuh rahmat, bulan ramadhan al-mubarak. Di sini saya Dr. Ikhmal akan memberikan sedikit info mengenai panduan memilih makanan sempena bulan puasa yang akan tiba. Semoga kita sama sama meningkatkan kualiti ibadah puasa kita dengan menjaga pemakanan yang betul lagi sihat. Perut Kenyang, Ibadah Tenang, Hati Senang.

1. Kurangkan Makanan Berlemak

Kurangkan pengambilan makanan berlemak terutamanya lemak tepu seperti sumber sumber lemak daripada binatang, contohnya mentega dan keju. Lemak seperti ini mengandungi kolestrol yang sangat tinggi. Minimakan kuantiti minyak setika ketika hendak mengoreng atau menumis semasa menyediakan hidangan berbuka puasa.



2. Lebihkan Buah Buahan

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah buahan tempatan seperti belimbing, pisang, betik, tembikai mempunyai khasiat yang sangat tinggi berbanding buah buahan import seperti epal dan pear.


3. Lebihkan Air

Lebihkan pengambilan air putih atau anda boleh mencuba mengamalkan berbuka dengan minuman yang berasaskan buah buahan tanpa gula, dan elakkan anda meminum minuman manis seperti minuman kordial, berkafien, dan berperisa.


4. Kurangkan Masin

Kurangkan sedikit pengambilan makanan masin ketika bersahur. Ia akan menyebabkan diri anda akan berasa haus di siang hari di bulan puasa ramadan.


5.Berjimat

Sentiasalah ingat di hati dan minda bahawa anda perlu berjimat cermat apabila berada di bazar ramadan. Beli ikut kemampuan dan tahap pengambilan makanan yang mengcukupi, bukan mengikut nafsu.


Itu sahaja sedikit perkongsian untuk sama sama kita amalkan dalam bulan puasa 2013 ini. Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada seluruh umat islam.

Posted By Kemal Merah12:53:00 AM

Acey Juara Bintang Mencari Bintang

Filled under:

Bintang Mencari Bintang | Program mencari bakat penghibur cetusan idea TV3 telah menemui juara sulung, Acey yang telah dinobatkan sebagai juara.




Sebagai juara bintang mencari bintang ini acey memperolehi hadiah RM200000.

Posted By Kemal Merah12:15:00 AM

23 June, 2013

Melayu Boleh

Filled under:

Melayu Boleh

Melayu Boleh | Asal usul perkataan 'Melayu' sebenarnya masih lagi belum dapat di sahkan oleh sejarawan. Namun ada terdapat beberapa bukti sejarah yang boleh di ambil rujuk mengenai asal usul frasa 'Melayu',  antaranya,

  • Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

  • Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

  • Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

  • Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

  • Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Rujukan :  Tutor STPM

melayu boleh

Begitulah serba sedikit info bagaimana terma 'Melayu' boleh di ambil. Sebagai bangsa melayu, sejauh manakah kita memahami asal usul salasilah bangsa melayu itu sendiri? Bolehkah anda menjawabnya?
Orang melayu amat menghargai dan menjunjung budi pekerti yang tinggi. Dengan sikap sopan santun dan adab yang sopan. Kenapa kita tidak boleh mengekalkannya?

Melayu Boleh Dengan Islam

Agama merupakan panduan hidup. Tanpa agama seseorang itu akan pincang. Dengan agama islam ini akan membolehkan sesuatu bangsa akan berjaya di dunia dan akhirat. Amalan baik yang dituntut syarak sebagai contoh menghormati ibu bapa, bersopan santun, berbudi bahasa, dan lain lain lagi semuanya sudah lama di amalkan oleh bangsa melayu. Sebab itulah bangsa melayu boleh menjadi indah di mata dunia kerana iannya berlandaskan syariat. Oleh itu, kita semestinya kena kuatkan iman di dada.


Melayu Boleh Dengan Melayu

Untuk menjadi melayu yang serba boleh dan berjaya, kita mestilah bersatu padu dan bekerjasama. Buangkan perasaan hasrat dengki dan iri didalam hari. Sentiasalah saling hormat menghormati dan bersatupadu di antara satu dengan yang lain.


Contoh Melayu Boleh

Terdapat beberapa figura usahawan orang melayu yang boleh dikatakan berjaya dalam bidang masing masing. Antaranya
  • Syed Mokhtar Al-Bukhari
  • Sharil & Shariman Samsudin
  • Mokhzani Mahathir
  • Azman Hashim
  • Kamarudin Meranun
  • Ahmadyuddin Ahmad
  • Eleena Azlan Shah
  • Abdul Hamed Sapawi
  • Nazir Razak
  • Hamdan Mohamad
Sumber : Majalah Niaga


Melayu Boleh di Internet

Jika kita lihat di media carian google, kata kunci 'melayu boleh' memaparkan senarai medium lucah melayu yang boleh menjatuhkan mertabat orang melayu itu sendiri. Suatu ketika dahulu kita di kejutkan dengan lambakan video 3gp melayu di internet dan penyebaran nya secara berleluasa dia kalangan anak muda remaja waktu itu. Aku tau lah zaman tu aku jadi pengawas sekolah, rajin jugak buat operasi rampas telefon. Yang menariknya budak perempuan pun jadi tokan 3gp lucah.!!

Akibat kegersangan seekor dua 'melayu' yang mempopularkan 'melayu boleh' dengan medium lucah sehingga memaparkan persepsi negetif orang luar terhadap 'melayu boleh' amatlah di kesali. sepatut nya perkataan 'Melayu Boleh' seharusnya mengambarkan melayu yang boleh menghadapi cabaran, dan melayu yang berjaya dalam perbagai bidang.

Jadi marilah kita bersama sama join contest seo ini untuk membersihkan kata kunci 'melayu boleh' daripada sisi buruk kelucahan yang merosakkan minda anak muda. Lagi ramai, lagi bagus. barulah misi dan visi contest seo ini berjaya.

Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh Eca, JomStadi, Akma Omar, AkuPenghibur, CikLalili, AsyrofStudio, Boni Kacak, MenulisMenconteng, Fuh [dot] My, Media Siber, Gempak [dot] org, GilerKentang, NurMujahidah, & Pelik [dot] My, BlogFyna, Pondok Kecil

Posted By Kemal Merah11:56:00 PM

22 June, 2013

Video Teknik Penulisan Blog

Filled under:

Teknik Penulisan Blog | Menulis blog merupakan medium yang masih lagi diterima walaupun ada persaingan dengan lambakan media sosial yang ada pada masa kini. Namun, untuk menjadikan sebuah blog yang berjaya mestilah mempunyai guide atau panduan yang boleh kita ikuti.

Ini ada sedikit teknik penulisan blog yang boleh anda belajar. Apa yang istimewanya, tips ini di sampaikan oleh ustaz popular, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Dalam video ini ada pelbagai macam teknik, trik dan tips untuk anda menguasai penulisan blog.


Selamat menonton teknik penulisan blog daripada UZAR ini... 

Posted By Kemal Merah2:30:00 AM

17 June, 2013

Mencari Ramli 2 - Voting Contest

Filled under:

Mencari Ramli Musim ke 2

Mencari Ramli 2 | Program yang memcari seorang anak muda Malaysia yang berbakat besar dalam sukan bola sepak diteruskan dengan minggu minggu yang mencabar para perserta. Semua itu anda boleh lihat di kaca tv setiap hari Jumaat 7.30PM.


Undi Ramli Peserta Pilihan Anda


Hadiah menarik menanti para pemenang bagi mereka yang menghantar undian terbanyak dan tertinggi. Antara hadiah-hadiah menarik yang menanti para pemenang :

Pemenang Hadiah Utama
Pengundi dengan menjadi pengundi dengan undian tertinggi akan memenangi hadiah TRIP untuk 'Dua Orang' dan akan ditanggung sepenuhnya ke Sydney, Australia.

Pemenang Hadiah Saguhati
Pengundi Kedua Tertinggi akan memenangi hadiah buku berautograf The Official Illustrated of History Manchester United.

Pengundi Ketiga Tertinggi akan memenangi sehelai Jersey Manchester United yang ditandatangani oleh Ryan Giggs

Pengundi Keempat Tertinggi akan memenangi Bola Nike yang ditandatangani oler Peter Schmeichel.

Pengundi Kelima Tertinggi akan memenangi sehelai Jersey manchester United yang ditandatangai oleh Rafeal Pereira Da Silva


Maklumat tentang undian Mencari Ramli 2 :


Undian akan dibuka pada Jun, 14 Jun 2013 dan sehingga episod ke 13.

Cara Mengundi :

SMS VOTE (Jumlah Undi samada 5/10) (SPACE) RAMLI (NOMBOR DUA DIGIT : 01-30) kepada 26268.
Contoh :
Sekiranya anda mahu mengundi 10 markah kepada pemain yang menggunakan kod 08
VOTE10 RAMLI08 to 26268

atau

Sekiranya anda mahu mengundi 5 markah kepada pemain yang menggunakan kod 20
VOTE5 RAMLI20 to 26268

Info Tambahan
- Undian akan berakhir pada 28 Jun 2013.
- Undian Pertama adalah PERCUMA,
- Kos Undian
1 Vote = RM0.50
5 Vote = RM2.00
10 Vote = RM3.50

Cepat buat penilaian anda sekarang untuk memilih siapakah penyerang, pertahanan, penjaga gol, pemain tengah yang terbaik untuk di undi. 
Jika anda terlepas episode Mencari Ramli musim ke 2 di kaca TV, jangan risau anda boleh menontonnya di sini : My Team Malaysia


Senarai Peserta Mencari Ramli 2 untuk di Undi :

M.Zulkarnain - SMS VOTE RAMLI01 ke 26268

Mohd Yusri - SMS VOTE RAMLI03 ke 26268

M.Khairuzzaman - SMS VOTE RAMLI04 ke 26268

Mohd. SH Rizan - SMS VOTE RAMLI05 ke 26268

Azmeer Khairy - SMS VOTE RAMLI06 ke 26268

Zazmie - SMS VOTE RAMLI07 ke 26268

Thanuk - SMS VOTE RAMLI08 ke 26268

Mazwan - SMS VOTE RAMLI09 ke 26268

M.Yazid - SMS VOTE RAMLI11 ke 26268

A.Nur Rahman - SMS VOTE RAMLI12 ke 26268

M.Nizarruddin - SMS VOTE RAMLI13 ke 26268

Anwarul Iqmal - SMS VOTE RAMLI14 ke 26268

Amin Faizal - SMS VOTE RAMLI15 ke 26268

M.Nur Hafissah - SMS VOTE RAMLI19 ke 26268

Georgi Kinkladze - SMS VOTE RAMLI21 ke 26268

Adam Fahmi - SMS VOTE RAMLI22 ke 26268

M.Nabilifwat - SMS VOTE RAMLI23 ke 26268

M.Izzat - SMS VOTE RAMLI24 ke 26268

M.Bakthiar - SMS VOTE RAMLI25 ke 26268

M.Amirul Asyraf - SMS VOTE RAMLI27 ke 26268

Mohd Fekry - SMS VOTE RAMLI29 ke 26268

Ahmad Muzakkik - SMS VOTE RAMLI30 ke 26268

Amirul Faizatul - SMS VOTE RAMLI31 ke 26268

Kishan Kumar - SMS VOTE RAMLI32 ke 26268

M.Ameer Asyraf - SMS VOTE RAMLI33 ke 26268

M.Khaizuran - SMS VOTE RAMLI34 ke 26268

Mohd Syazwan - SMS VOTE RAMLI35 ke 26268

M.Amirul Azhar - SMS VOTE RAMLI36 ke 26268

Ameer Syariffudin - SMS VOTE RAMLI37 ke 26268

Muhd Khairul - SMS VOTE RAMLI38 ke 26268

Posted By Kemal Merah11:30:00 PM

Gambar | Mencari Sesuap Nasi Di Pencakar Langit

Filled under: , ,



sesuap nasi
gambar hiasan

Setiap pekerjaan ada risiko nya. Apa yang penting ialah keprihatinan antara majikan dan pekerja mengenai aspek aspek keselamatan. Bayangkan majikan tidak menyediakan kemudahan keselamatan untuk para pekerja nya tetapi kerjanya amat berisiko tinggi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa melakukannya demi sesuap nasi.  Jom lihat gambar mereka yang mencari sesuap nasi di pencakar langit.

Mencari sesuap nasi:



















Posted By Kemal Merah9:49:00 PM

08 June, 2013

SEO Contest 2013

Filled under:

SEO Contest 2013 Blog BeritaKaki


SEO Contest 2013 | Akhirnya, contest seo untuk tahun 2013 daripada Berita Kaki akan di adakan pada 12 Jun ini. Jadi blogger Malaysia jangan lepas kan perluang untuk bersama sama menyertainya. Berbeza dengan seo contest pada tahun 2012 lepas, kata kunci cabaran kali ini amat menarik perhatian

Kata kunci  'Melayu Boleh' akan dijadikan taruhan pada seo contest 2013 blog berita kaki pada kali ini. Apa yang menariknya, kata kunci ini dipilih kerana bertujuan untuk membelakangkan laman web lucah melayu yang berada di carian google.

Syabas kepada pihak penganjur atas penganjuran seo contest pada tahun 2013 ini. Diharap niat murni ini akan berjaya pada misi dan visinya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seo contest 2013 'Melayu Boleh' boleh rujuk pada halaman Berita Kaki ini.

seo contest 2013


Posted By Kemal Merah2:30:00 AM

06 June, 2013

Lirik Lagu Ost Drama Teduhan Kasih TV3

Lirik Lagu Ost Drama Teduhan Kasih



Hyper Act - Hanya Aku



 Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku


Angkasa - Setia Itu Menyakitkan



Jangan terlalu mendalami tentang cinta
Bila tak bisa menerima kegagalan
Cinta bisa bahagia dan bisa terluka
Disakiti menyakiti hati

Jangan pernah setia
Bila harus berujung menyakitkan
Sia-sia setia
Bila harus slalu terluka

Mungkin karena setia
Cinta takkan pernah akan bahagia
Tapi karena mendua
Cinta ‘kan berakhir bahagia
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka

Jangan pernah setia
Jangan pernah setia
Bila harus bila harus
Menyakitkan
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka

Posted By Kemal Merah8:15:00 PM

DiGi WWWOW Internet For All Awards Punya Cerita

 DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013


DiGi WWWOW Internet For All Awards | Umum sudah mengetahui yang DiGi WWWOW Internet For All Awards kembali lagi. Kali ini dengan slogan yang baru. Internet For All Awards

Aku dengan rasminya turut sama mengedikkan diri menyertai DiGi WWWOW Internet For All Awards pada kali ini. Pada penyertaan aku pada kali ini hanyalah sekadar nak mencuba walaupun aku tahu tak akan menang. hehe. mana la tahu kan grade blog kertasmerah.my ini naik sikit lepas join anugerah ini semua. Experimentasi la katakan.

Reaksi apabila mereka tahu aku join DiGi WWWOW

Punya lah bersepah katogeri dalam tu, sampai aku pun tak tahu nak pilih. Dan tanpa segan dan malu malu aku pilih katogeri Blogger of The Year. ahak ahak.  (tangan di dada, mata tengok atas)
Blogger of The Year la sangat.

Ada satu benda je aku tak paham, untuk melibatkan diri dalam DiGi WWWOW Internet For All Awards tu kita kena submit entri. Masalahnya aku tak berapa nak paham nak submit entri macam mana, so aku main bedal je la. cuba korang chek tengok betul ke tidak aku submit entri? Sila klik badge di bawah.

Mana lah tahu kot kot tersilap, tak pasal pasal aku memalukan diri sendiri di sana. huhu. Ok lah, aku nak undi Zizan dalam Anugerah Blokbuster 2 pulak , lepas tu nak kira duit AssignJobs.com (tak habis habis pasal benda ni). Lupa pulak, alang alang dah klik badge kat atas tu, undi la sekali . huhu. Untuk anda, semoga berjaya dalam DiGi WWWOW Internet For All Awards juga. 


Posted By Kemal Merah4:16:00 AM

05 June, 2013

Bagaimana AssignJobs.com Bekerja?

Filled under: ,

Bagaimana AssignJobs.com Berfungsi?


Tak pasal pasal terpopular pulak assign jobs ni. Ramai rupanya yang tercari cari money online. Satu je aku nak ingatkan, walaupun kerja secara online ni sana sini orang kata mudah dan senang, tapi benda ni tak kan berjaya kalau tak ada kesabaran. Klau skim cepat kaya boleh la duduk saja duit masuk tanpa usaha entah duit tu datang darimana. Nak macam tu ke?

Sekurang kurangnya benda macam Assignjobs ni la kita tahu duit yang kita dapat tu dari mana. WALAUPUN LAMBAT.

chewah.. backup assignjobs nampak. ahak. tak lah, tu la ayat nak menyakinkan hampa. ayat kena manis, amacam ayat aku? rasa macam nak sign up terus tak? haha


baru dapat ciput


Maafkan saya.

Baiklah, bagaimana assignjobs ni bekerja,


Selepas anda daftar assignjobs, anda akan dibawa ke menu utama, di situ ada tertulis Feature Jobs. kalau ada jobs pada waktu itu, akan adalah senarai list jobs yang boleh korang buat. Tak pun korang lihat di bahagian worker menu, pilih available job.

tak ada pun!

tu maknanya semua jobs dah di sapu bersih oleh orang orang sebelumnya. tu la sapa suruh lambat daftar.

contoh, ini tandanya job job sudah disapu oleh taiko cendol banting

So kena tunggu la lagi ada orang post kerja untuk kita buat...

Alasan kenapa tak banyak job untuk kita buat.


Buat masa ni rakyat kat malaysia baru saja didedahkan dengan program berkerja dirumah dengan USAHA secara online. Makanya employer yang nak mengaji anda mungkin tak ramai yang join lagi, yelakan benda baru. So sabarlah sedikit masa assignjobs ni betul betul meriah macam dengan Microworkers. So tahniah la anda menjadi warga pertama join benda ni, Masa ni la nak kutip referer banyak banyak2. hehe.



p/s
Kepada Manager, Setiausaha, Bendahari, Ajk AssignJobs.com, sila creditkan aku USD1000000 kedalam account, aku dah tolong hampa kot untuk jelaskan semua ni...

Posted By Kemal Merah3:31:00 PM

04 June, 2013

Heboh sana sini pasal assignjobs.com

Filled under:

Buat Duit Online dengan Assignjobs.com


Sana sini dalam facebook orang duk heboh pasal asignjobs.com. sampaikan cikgu blog OhBlogger Hassrul Hassan pun duk promot assignjobs ni. Dan lagi best taiko cendol banting mr.Titan pun melibatkan diri dalam situasi ini.

Apa Sebenarnya Assignjobs ini?


menurut mr. Titan,
Assignjobs ni adalah satu program yang akan membayar anda jika anda siapkan tugasan yang diberikan. anda kena siapkan tugasan itu dalam tempoh yang diberikan. Dan kebanyakkan tugasan yang diberikan tersangatlah mudah belaka. Ada kerja cuma perlu copy dan paste aje, ada kerja kena LIKE kat facebook, ada kerja tulis review dan sebagainya.

Aku bertambah lebih percaya selepas nama taiko cendol banting pun turut tersenarai dalam TOP Workers di Assignjobs.

assignjob.com
Ini hasil setakat yang aku buat. amacam?



Apa lagi jom pakat pakat daftar Assignjobs.com. kali pertama daftar anda akan mendapat $2.00 free!

Posted By Kemal Merah4:07:00 PM

Al-Fatihah S. Samsudin Meninggal Dunia

Filled under: , ,

 Al-Fatihah S Samsudin Meninggal Dunia


s samsudin meninggal dunia

S Samsudin Meninggal Dunia | Pelakon komedi terkenal era 1950-an, S.Shamsuddin atau nama sebenar, Dali Kechik, meninggal dunia di rumahnya, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, kata anaknya, Noredah Shamsuddin kepada Bernama.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem antaranya termasuklah Seniman Bujang Lapok dan Tiga Abdul.

Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh. - Bernama

s samsudin meninggal dunia

Posted By Kemal Merah1:44:00 PM

Tutorial Buat Kedai Online / Blogshop Terbaik dengan Open Cart

OpenCart Memudahkan Anda Membuka Kedai Online

OpenCart Memudahkan Anda Membuka Kedai Online | Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan dan kedai online yang baik dan berjaya, anda memerlukan sebuah sistem yang baik. Bermula daripada interface muka hadapan kedai online anda  sehinggalah kepada penghataran produk kepada pelanggan.

Kita lihat sahaja contoh yang sudah tersedia oleh kedai kedai online yang sudah menempa nama, contohnya Mudah.My dan lain lain. Bukan setakat first impression tetapi sistem yang hebat dan mudah digunakan oleh pelangan.

Kita terus saja ke subjek utama mengenai open cart?

Apa itu OpenCart ?

Opencart adalah penyelesaian untuk anda yang kurang mahir mengenai Coding  jika anda inginkan sebuah laman web kedai online yang lengkap dengan sistem.

Opencart merupakan CMS shooping chart Open Source yg berbasic PHP yg menggunakan logik MVC framework. Opencart di cipta oleh orang putih yang bernama Daniel Kerr.  

Opencart juga mempunyai kelebihan di antaranya Search engine Friendly ( SEF ) URL, review produk dapat di lakukan oleh pelanggan dan editor, gambar tambahan product dari berbagai product, dan sitem admin yang berstruktur rapi dan sangat mudah di gunakan.



Kenapa Anda Perlukan OpenCart

Untuk peniaga yang memerlukan sebuah kedai online yang baik tetapi mempunyai modal yang terhad. Kos Untuk membina sebuah laman web cms mungkin harganya hampir RM1000. Jadi starting point untuk memulakan perniagaan ini mungkin agak mahal. Jadi OpenCart lah penyelesaian nya.


Bagimana Rupanya Kedai Online anda dengan OpenCart?

Dengan OpenCart, anda bebas untuk mengubah dan menukar tempalte atau hiasan kedai online anda. Naihat saya, utamakan first impression kedai blog anda, buat satu tarikan yang menarik minat pelanggan untuk terus membeli. Berikut disediakan contoh kedai online.


Bagaimana nak bermula?

Baiklah, untuk membuat satu kedai online yang mantap dan mesra pengguna anda tidak boleh terus melulu membuatnya tanpa guide yang betul, jangan sia siakan masa anda menghasilkan kedai online yang tiada pengunjung. Nasihat saya, anda perlu download panduan sistem opencart yang di kelola oleh otai opencart, Maizul Hisyam. klik sini untuk mendapatkan nya.



Dalam tu pelbagai tutorial mudah untuk anda setup opencart, daripada dengan membina database sampailah kepada pengurusan sistem jualan. lengkap. padat. Semoga berjaya menghasilkan kedai online opencart anda!

Posted By Kemal Merah1:07:00 AM

03 June, 2013

Cara Aktifkan Search Description di Blogspot

Filled under: ,

Cara Aktifkan Search Description di Blog Blogspot


Memandangkan aku ni jenis blogger nombor lima dalam 7 jenis ragam dalam blogger MALAYSIA aku akan cuba jawab sebaik mungkin pertanyaan yang singgah. Buat soalan yang belum terjawab tu, aku mohon bersabar sebab aku mencari timing yang sesuai untuk menjawab soalan. Sebab aku tak la pandai sangat. Shutdown laptop pun cari butang tak jumpa.

Cara aktifkan search description di blog blogspot | Dalam entri yang lepas lepas aku ada cerita mengenai kepentingan search description dalam menguatkan lagi entri daripada segi SEO. Rujuk entri ini Kepentingan Search Description.

Untuk pengetahuan anda, blog aku yang buruk ini tak adalah hebat dalam struktur optimasi SEO. H1 H2 semua tungging terbalik. Aku malas nak edit. sebab aku hingat bila dah pakai thesis ni tak payah nak edit edit dah. hehe. Jadi Search Description ini boleh membantu.


Untuk cara mengaktifkan search description di blog blogspot anda perlu.


Lihat di bahagian SETTINGS, 
dan pilih Search Preferences.
Cara aktifkan search description di blog blogspot














Scroll atas sket, anda akan lihat paparan Meta tags seperti gambar dibawah, Tekan Edit
Cara aktifkan search description di blog blogspot








Lepas tu tekan yes, dan masukan description mengenai blog anda. letak lah apa pun. Janji sesuai dengan blog anda. Yang aku tulis kat bawah tu hanyalah contoh Lepas tu save. Siap!

Cara aktifkan search description di blog blogspot











Lepas tu, lihat dibahagian post setting, dan fungsi search description sudah ada. kalau dah ada tu setiap kali buat entri jangan lupa masukan sedikit ayat mengenai entri yang anda tulis.
Cara aktifkan search description di blog blogspot



Begitulah ceritanya cara nak aktifkan Search Description di Blog Blogspot. Maaf la ye, aku tak pandai buat tutorial. selalu si ikaang ni yang buat tutorial, tapi sekarang dia dah busy study. So caca merba la skit.

Cara aktifkan search description di blog blogspot
Contoh Antara Entri yang Di umpan keyword di bahagian Search Description



Posted By Kemal Merah7:11:00 PM

7 Ragam Blogger Malaysia

Filled under: ,

 Ragam Blogger Malaysia Yang Selalu Kita Lihat


Ragam Blogger Malaysia | Entri kali ini hanyalah sekadar entri santai bacaan ringan. Tiada kaitan samada yang masih hidup, mahupun yang akan mati. Tak ada niat nak perli perli. sesaja je nak bagi panas hati. hehe.


Blogger Sombong

Ragam paling popular sekali dalam arena blog MALAYSIA, Blogger Sombong. Tak kisah la blogger baru atau lama, ada juga seketul dua blogger yang memang ekk!. Tapi sombong macam mana pun tetap digemari peminat peminatnya.












 

Blogger Lelaki Pecinta Wanita

Ragam seterusnya adalah blogger yang boleh dikatakan agak pecinta wanita. Blogger ini selalu ada untuk blogger wanita, awek, atau pun janda yang singgah di blog mereka. Bersikap rasis kepada kaum lelaki yakni sama jenis dengan nya. Seringkali sedia menjawab atau membalas komen atau entri daripada blogger wanita, kalau blogger laki dia buat derk je.











 

Blogger Syok Sendiri

Blogger syok sendiri ini adalah ragam tanpa sedar. Sentiasa bermegah megah dengan pencapaian. semua dia nak heboh. Kesan daripada syok sendiri adalah beliau berjaya memperoleh pendapatan yang agak mengagumkan. Sapa kata syok sendiri ni tak bagus?

















 

Blogger Malas Update

Bukan malas sebenarnya, tapi tak ada idea nak update blog. hehe.Kadang kadang sampai berbulan bulan blog tak update. Mungkin kerana busy kerja sampai tak terupdate blog.Sentiasa berada di list terbawah bloglist di blog.


















 

Blogger Jiwang

Sentiasa update mengenai hubungan dengan teman lelaki atau teman wanita. Sentiasa memuja awek atau pakwe di blog, sampaikan banner pun letak gambar bermesraan makan tuti frutti denga pasangan. Selalunya blog macam ni dihalimunankan daripada pengetahuan ahli keluarga yang lain.














 

Blogger Sedih

Ragam blogger sedih ini amat sedih sekali, selalu menulis hal hal yang menyedihkan didalam blog. Awek minta putus terus dimakinya awek tu dalam blog, mungkin itu sebagai salah satu cara terapi meluahkan perasaan sedih.













 

Blogger Gila Gila

Ragam blogger ini mungkin yang menarik sekali. blogger gila gila ni sangat menghiburkan hati pambaca nya. ada saja entri gila dan tak masuk akal untuk di kongsikan kepada pembaca. Walaupun bukan 100% benar, cukuplah sekadar untuk menghiburkan hati. Tapi awas, jangan jadi gila babing.










Posted By Kemal Merah1:45:00 PM