31 July, 2013

JAHIT | Iklan Raya Petronas Penuh Mesej

Jahit : PETRONAS Raya 2013


Jahit : PETRONAS Raya 2013 | Sudah menjadi kelaziman menjelang hari raya, perkara yang ternanti - nanti sejak dari dulu adalah iklan raya daripada Petronas. Banyak mesej nilai murni yang disampaikan oleh Petronas kepada penonton menerusi iklan raya 2013 : Jahit. Iklan raya 2013 Jahit ini telah memberi kesan yang mendalam kepada penonton.


Kasih Sayang Seorang Ibu

Kita boleh lihat betapa cekal nya peranan orang tua kita dalam mencari nafkah dalam membesarkan anak-anak. Watak 'mak' dalam Jahit ini memaparkan betapa kasihnya seorang ibu kepada anak nya 'awin' yang yang akan memasuki kolej. 'Mak' sanggup menerima tempahan menjahit dengan banyak dan beliau yakin yang bulan penuh rahmah, iaitu bulan ramadhan, akan memberikan limpahan rezeki yang kepada dua beranak itu.


Anak yang Baik dan Cun

watak 'Awin' pula mengambarkan seorang anak gadis yang sentiasa risau akan keadaan 'mak', yang bekerja terlalu kuat bekerja di bulan ramadhan. Walaupun mak dia tak bagi awin menjahit, awin tetap membantu mak dia. Awin tahu kesungguhan 'Mak' yang mencari rezeki untuk beliau di kolej menjadikan dia kuat berusaha dalam pelajaran.

jahit-petronas-raya-2013


Jahit Memaparkan Sikap Muhibah

Istimewanya iklan petronas 2013 jahit ini dengan adanya selitan adengan yang memaparkan muhibah sesama rakyat malaysia. Mesej muhibbah di gambarkan dengan kemunculan 'apek' yang membantu 'mak' nak tutup kedai.
Apek juga risau akan kawannya walaupun berbeza bangsa dan agama yang bekerja terlalu kuat untuk mencari rezeki. Takut takut jatuh sakit masa raya nanti katanya.

jahit-iklan-raya-2013

Klimaks iklan yang berdurasi 8 minit lebih ini terjadi apabila mak baru perasan yang beliau tersilap jahit kain. tertukar la pulak. Air muka mak terus berubah. Tak senang duduk orang tua tu. berbuka puasa pun tak senang kerana memikirkannya. Banyak pasang pulak tu. Tanpa pengetahuan anaknya beliau beliau terpaksa buat semula menjahit tengah tengah malam.

jahit-iklan

Ah sudah la review ala komsas ni. Kalau korang yang belum menonton iklan menyentuh perasaan ini boleh tonton di youtube. tonton Iklan Raya Petronas 2013 JAHIT di sini. Tahniah buat produksi yang membuat iklan raya sarat dengan mesej terbaik ni. Sama samalah kita mengambil pengajaran yang kita dapat melalui Iklan Petronas Raya 2013 JAHIT ini.

Posted By Kemal Merah7:40:00 AM

30 July, 2013

Kisah Yuyu Zulaikha dan Nora Danish

Filled under: ,

Nampaknya setelah dirinya yang menjadi pujaan untuk sekian lama telah pun di sunting orang. Aduhai, apa yang hanya boleh ku katakan. Haruskah aku menyanyi lagu irwan shah 'ku tunggu jandamu'. Oh tidak mungkin. kerana aku tidak meminati irwan shah.

Bak kata pepatah, bunga bukan sekumtum, lalat bukan seekor. Jadi haruskah aku menambah kembali senarai 'wishlist' gadis pujaan.?

Niat dihati bukanlah nak yang sempurna, tetapi cukuplah sekadar sedap mata memandang seperti Nora Danish.


Cewah, Puihh! hidung tak mancung teliga capang.

Bazar Seindah Ramadan Sungai Petani Aman Jaya Mall
Baru baru ni sabtu lepas golongan retis popular telah mengunjungi Aman Jaya Mall Sungai Petani. Patutlah ramai bebenor rakyat. Boleh di katakan trafiic jem teruk. Nasib baiklah aku ni kamen rider. menyelit, menyelinap di celah celah kenderaan tayar empat. Tapi tujuan aku masa tu nak ronda ronda ja petang petang sementara menunggu waktu berbuka puasa. Terlupa pula yang Nora Danish nak datang.

Aku ingatkan ada upacara kematian mafia di situ, ye la kan, kereta berasak asak. Penuh gila. Nasib baik tak terperangkap di sana. kalau tidak aku buka puasa makan bubur lambuk dengan Nora Danish la. Mesti sweet. haha.


Posted By Kemal Merah2:19:00 AM

26 July, 2013

Cara Bijak Mendapatkan Trafik Blog & Website

Filled under: ,


Cara Bijak Mendapatkan Trafik Blog & Website | Trafik merupakan satu salah satu aspek yang sangat penting dalam blog mahupun website. Dengan terdapatnya aliran trafik yang menuju ke blog anda, ianya sedikit sebanyak membantu 'menghidupkan' blog anda. Malah trafik juga penting terutama untuk blogger yang cari makan dengan blog.

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan trafik dengan bijak dan paling penting berterusan. Di sini aku nak kongsikan sedikit, sedikit je ok...

cara-dapatkan-trafik-blog



Dapatkan Trafik Bijak dengan SEO

Aku hairan dan pelik kenapa ada sesetengah blogger baru atau lama yang menyampah dengan frasa 'SEO' ni. Sikit sikit SEO, sikit sikit SEO.
Bagi aku, SEO ni menolong kita mendapatkan trafik, sebab MEMANG TUGAS SEO UNTUK DAPATKAN TRAFIK. SEO ni kita boleh aplikasinya walaupun kita hanya ada blog peribadi. Jadi belum terlambat untuk kita pelajari SEO ni. Macam macam teknik ada sampaikan ada teknik SEO Merah Jambu !


Dlvr.it Bantu anda Dapatkan Trafik.

Salah satu cabang untuk mendapatkan trafik adalah dengan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Google Plus. Jadi apa salahnya anda jimatkan tenaga anda dengan mengunakan perkhidmatan dlvr.it. dlvr.it ini akan membantu anda untuk 'ping' atau auto post setiap entri baru yang di keluarkan. Kalau anda nak repost pun boleh, lagi pun dlvr.it ini menyediakan fungsi scheduled post. [Dlvr.it]

Dibawah ni menunjukan gambar yang aku gunakan dlvr.it untuk auto post ke facebook fanpage dan twitter.

capatkan-trafik-blog-cara-bijak

Ini hanyalah sebahagian cara nak dapatkan trafik. kadang kadang aku ping di group ping blog di facebook. Ada lebih 30+ group ping blog di facebook yang aku join. Tak larat aku nak ping semua. Lagipun menyemak notification korang kan.berderet deret. Ok lah, kalau anda ada cara bijak mendapatkan trafik yang lain, kongsi kongsikan di komen bawah ni. Terima Kasih kerana membaca. ^^


Posted By Kemal Merah1:04:00 AM

24 July, 2013

Cara Tingkatkan Like Fan Page Facebook Dengan Blog

Cara Tingkatkan Like Fan Page Facebook | Teknik tingkatkan like fan page facebook ni ada macam macam versi. Dan versi yang paling aku meluat sekali adalah cara samseng. mana tak nya pop up like dia punya timing lebih berjuta saat. Bagi aku teknik tu ok, ia akan buat orang tu terpaksa like, tapi bounce rate dijamin meningkatlah. Sebab bukan semua orang suka like yang ada timing berjuta juta.

cara-tingkatkan-like-facebook

'Like' penting untuk usahawan usahawan facebook. Dengan cara mendapatkan banyak like, audiens penerimaan  mengenai produk yang kita jual akan lebih luas. Jadi bagaimana nak dapatan like yang banyak tanpa menyusahkan pengguna?

Sebenarnya ada satu teknik ini yang aku rasakan agak ohsem dan tak pernah aku terpikir nak buat. Cara nya ialah dengan membuatkan icon like fan page facebook anda mengikuti cursor mouse. ha. ace tu. kalau ta paham tengok video bawah ni.


Nampak tak? rare kan. haha. Maknanya button like akan mengendeng ikut cursor mouse dalam blog anda. Lepas ni tak payah la nak letak belon warna warni berputar putar ikut cursor mouse. Letak je button like fan page anda. ada juga faedahnya,

Untuk mengekalkan keselesaan pengunjung blog anda, dalam video tu juga ada menunjukan yang kita boleh mengubah tahap opacity button like anda. Anda boleh bagi kabur sikit mengikut kesesuaian blog.

Bayangkan kalau sehari blog anda ada lebih 1000 visitor sehari. tak ke gila namanya tu dapat Like 1000 sehari? Berminat untuk tingkatan like fan page facebook dengan teknik ini? boleh rujuk sini [cara tingkatkan like fanpage facebook ]

Posted By Kemal Merah2:01:00 PM

Balada Seorang Blogger

Filled under:


Assalamualikum 
Balada Seorang Blogger | Aku ni hanyalah blogger picisan. Ibarat hanya sebatang tiang. Keseorangan di temani lalang. Nasib baik ramai yang sayang. chewah.

Dah berapa tahun aku berblog secara underground. Alhamdulilah, blog segan segan merah celup ni ada juga yang sudi nak baca. Terima kasih. mai sini aku nak kiss pipi.

kertas-merah

Aku pun dah lupa blog Kertas Warna Merah ni dah version yang ke berapa. Macam macam stail aku tukar. Mungkin agaknya masa tu versi BETA kot. Almaklum lah main blog ikut teradap ja. main belasah ja. edit edit lepas tu tak jadi. lepas tu tukar baru.

 Tahniah buat rakan blog yang sezaman debut dengan aku. tahun 2009 rasanya. Ramai yang dah berjaya dengan blog masing masing, siap dapat anugerah bagai. Tapi aku masih lagi di takuk yang sama. Dalam lubang yang sama.

Nak berblog mesti kena ada MINAT dan TUJUAN. Sama la macam kita kumpul setem. kita kumpul setem sebab kita MINATkan, dengan berTUJUAN setem tu kita harap pada satu hari nanti akan bernilai.. Sama la dengan Blog.

Jika anda yang baca entri jiwang ni blogger baru, aku nak ucapkan teruskan semangat menulis. Tak payah terfiikir nak glemer dengan blog. Mantapkan penulisan blog dulu. Belambak tips tips untuk menulis blog dengan baik. Cuma perlu rajin explore.

Lagi satu teruskan belajar sesuatu yang baru. Contohnya Belajar SEO, mahupun CODING blog. baru la tak bosan dalam berblog. Lepas tu kongsikan apa yang anda sudah belajar. Baru lah ilmu yang korang dapat tu berkembang. banyak manfaat kalau kita rajin berkongsi ilmu. Aku pun masih lagi dalam proses pembelajaran walaupun dah tua bangka. hampa yang muda muda beruntung. energi lebih. :p (puihh)


Ok lah, aku nak pi baca buku Kitab SEO Merah Jambu jap. Tak habis habis lagi ni. Tua tua ni lambat sikit na hadam.

Posted By Kemal Merah2:11:00 AM

23 July, 2013

Running Man 156 2NE1 | Spoiler Pic

Running Man 156 2NE1 | Selepas episode Destiny Pair Ahad lepas, Running Man dalam episode 156 akan kembali dengan artis jemputan iaitu kumpulan 2NE1. Kalau anda peminat running man nak tahu, 2NE1 adalah kumpulan yang boleh dikataan agak sukar untuk muncul dalam program verity.

2NE1 yang menjadi senarai favorite Wishlist untuk ahli running man yang lain akhirnya muncul selepas 3 tahun program itu di tayangkan.

Ini ada sedikit perkongsian gambar yang menunjukan semua ahli 2NE1 sedang menjalani pengembaraan Running Man Ep 156 yang akan di tayangkan pada 28.7.2013.










Running Man 156 2NE1

Posted By Kemal Merah11:47:00 PM

Zakat Fitrah | Maksud, Syarat, Kadar, Hikmah

Zakat Fitrah | Maklumat tentang zakat fitrah ini hanyalah sekadar perkongsian untuk bacaan bersama dan sebagai ingatan untuk kita. Sedia maklum, zakat ialah zakat yang di wajibkan ke atas semua orang islam tanpa mengira umur dan dimana saja anda berada.

zakat-fitrah-2013-2012
Sumber: Google Image

Maksud Zakat Fitrah


Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba. [Sumber : Maksud Zakat]

Syarat Wajib Zakat Fitrah


Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka .

Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya .

Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. 

Ianya tidak wajib keatas :
1- orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
2- kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
3- orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .

Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan.


Waktu Membayar Zakat


Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya .

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .


Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2013 Seluruh Malaysia


           Negeri                         Tahun 2013 (RM)
Perlis                                    6.00
Kedah                                  7.00
Pulau Pinang                         7.00
Perak                                   7.00
Selangor                               7.00
Negeri Sembilan                   6.50
Melaka                                 6.50
          Johor                                    5.00/8.00*
Pahang                                 7.00
                   Terengganu                           4.50/7.00/7.60*
Kelantan                               7.00
 Sarawak                               6.50
  Sabah                                  7.00
W.Perseketuan                      7.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

Hikmah Mengeluarkan Zakat Fitrah


i. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya .

ii.Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya .

iii Mengembangkan harta dan mensucikannya .

iii.Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya .

[Sumber: Zakat Fitrah]

Begitulah serba sedikit maklumat mengenai zakat fitrah yang wajib kita tunaikan pada bulan ramadan ini.  Apa apa pun aku ucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan ramadan dan selamat membayar zakat fitrah.

Posted By Kemal Merah3:06:00 PM

22 July, 2013

Ainan Tasneem Kemalangan

Ainan Tasneem Kemalangan | Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Kat Hang, Ainan Tasneem dikatakan telah mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.
Menurut Ainan Tasneem, sewaktu kemalangan berlaku, dia dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.

Gambar keadaan kereta ainan tesneem selepas kemalangan di muat naik oleh beliau di halaman faceboo nya. lihat di bawah.

ainan-tasnem-kemalangan

Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 Julai around 2.30 pm. Alhamdulillah…. Nothing happen to me and my bestfriend. Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yang terlalu kuat.We were on our way to Bandar Tasik Selatan. Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kita orang nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je.Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas… To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap :( Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live.
ainan-tasneem-kemalangan
Sumber dari pesbuk ainan tasneem

Menjelang musim perayaan ini berhati hatilah di jalan raya. Malang tak berbau. Pandu cermat jiwa selamat, Pandu tak cermat jiwa lumat.Takziah  buat ainan tasneem dan rakan beliau.

Posted By Kemal Merah5:01:00 PM

Komisen Jobdirumah

Komisen Jobdirumah | Dalam kedukaan Chelsea menang 4 - 1 keatas Rajagopal All Star, email Outlook (apa kelas gmail) aku di gegarkan dengan email komisen RM25.00 dari Jobdirumah. huhu.sembang macam ribu ribu. puihh.


Jadi le tu 1 sale dapat 25.00, kalau 5 sale? apatah lagi 44 sale seperti saudara ahmad faizal aka titan tu. Sementara tunggu cashout nuffnang yang berbulan bulan tu apa salahnya anda try jobdirumah ni. InsyaAllah ada rezeki.

Untuk info lebih lanjut mengenai Jobdirumah.com boleh pergi ke link ini [Link: Info Jobdirumah.com]

jobdirumah-info

Posted By Kemal Merah2:36:00 PM

21 July, 2013

Live Streaming Malaysia vs Chelsea 21.7.2013

Tonton Live Streaming Malaysia vs Chelsea 21.7.2013 | Malam ini akan berlangsung perlawanan bolasepak siri jelajah pra musim EPL, Chelsea yang akan menentang Harimau Malaya.

malaysia-vs-chelsea-2172013


Perlawanan bolasepak Chelsea yang menentang pasukan malaysia yang lepas menyaksikan skuad bola sepak Malaysia tumpas tipis 1-0. Jadi apakah keputusan perlawanan Malaysia vs Chelsea pada malam ini.

Sepak mula perlawanan pada malam ini pada pukul 9.45.

Untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan di antara Malaysia vs Chelsea secara LIVE STREAMING boleh menonton di link live streaming yang di sediakan.

Live Streaming Video Football :  
International Friendly Matches Sunday (21 July) 21:45 (GMT +8)

MALAYSIA VS CHELSEA
21.7.2013
21:45



Panduan : 
 

Posted By Kemal Merah2:04:00 PM

Baju Raya Online - SALE 5% - 10% !

Filled under:

 Baju Raya Online - SALE 5% - 10% !


Sale Baju Raya 2013 | Sale! sale! sale! mari beli mari beli.! Baju kurung moden, cantik dan sweet untuk dipakai semasa menyambut hari lebaran nanti. Amacam? ada gaya tak. dah macam orang nak jual ikan pulak. Jangan salah sangka. Sebenarnya aku tak jual pun baju raya.

Tapi aku cuma tolong promosikan baju raya daripada member sekolah aku dulu, cik wanie. Mana la tahu berkenan ke. Yang isteri tengah merajuk sebab tak jadi pergi sogo tu, ace try pujuk dengan belikan baju raya kurung moden daripada cik wanie ni.

Preview Baju Kurung Moden

Ini adalah sebahagian baju kurung moden yang di jual oleh Waniez Collection










Harga boleh dikatakan sangat berpatutan. Daripada beli spotrim 20' baik beli baju ni bagi bini pakai. Untuk lebih lagi pilihan baju atau maklumat cara tempahan, harga, dan saiz. sila kunjungi link ini [Waniez Collection]

Oh ya. lupa nak habaq kat hampa. Ada LESS!! 5% sampai 10% bagi setiap pembelian dan hanya sah sehingga 27.7.2013 ini sahaja.! cepat cepat. 


Posted By Kemal Merah1:14:00 AM

20 July, 2013

Live Streaming Indonesia vs Liverpool Fc 20.7.2013

Live Streaming Indonesia vs Liverpool Fc


Indonesia vs Liverpool Fc | Untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak di antara Indonesia vs Liverpook Fc secara live streaming, bolehlah menonton perlawanan itu di link live streaming di bawah.




Live Streaming Indonesia vs Liverpool Fc 
Saturday (20 July) 21:30 (GMT+8)


Posted By Kemal Merah9:03:00 PM

04 July, 2013

Senandung Semalam 3 Julai 2013

Filled under:

Senandung Semalam 3 Julai 2013


Semalam 3 Julai 2013
Kali pertama aku naik kereta api. sepanjang umur hidup tak pernah naik kereta api, tapi pada 3 Julai 2013, aku berjaya merasai menaiki kereta api walaupun hanya dari Sungai Petani ke KL Sentral. Itu pun atas alasan teman Uncle ada urusan dengan client di sana. kami decide nak naik pengangkutan awam. senang dan mudah.

Semalam 3 Julai 2013
Alhamdulilah Bestday aku yang ke 23 Tahun. Muda lagi kacak lagi kot. haha, Apa yang menariknya, aku menyambut bestday dalam kereta api yang pertama kali aku nak naik.Kiranya Hari Ini Dalam Sejarah la.

Semalam 3 Julai 2013
Aku ingat kan tak ada orang nak wish happy bestday kat aku dalam gerabak kereta apai ni. Almaklumlah tak aku ni tak berdunia dengan orang. hehe. Lucky, ada juga member ingat kat aku ini. Thanks Liniey, Adik Musang, dan Taukey Beras Jasmine. Anda sentiasa jadi yang pertama!

Semalam 3 Julai 2013
Aku tersedar dari lamunan kereta api tanah melayu yang berhenti di stesyen terakhir KL Sentral. Destinasi pertama kami tuju mestilah ke tandas. Selesaikan hajat yang tersangkut dalam kereta api. haha. Dalam kereta api ada tandas, tapi tak senyaman mentari. Depan tandas tu ada sekumpulan mamat kelantan patani duk melepak. Dah la hinggap. Hisap rokok. Sembang deraih pulak tu. Sedikit sebanyak membantutkan hajat kami.


Semalam 3 Julai 2013
Nak dijadikan cerita, My Uncle di uji Allah ketabahannya. Sejumlah wang tunai sepekej dengan dompet dan telefon bimbit lesap dalam sekelip mata. Rupanya ada penyeluk saku 'bilik termenung' KL Sentral. Kurang ajaq.
Modus Operandi sindiket penyeluk saku 'bilik termenung' ialah dengan sengaja merosakan penyangkut di balik pintu tandas. Dan melatak kan penyangkut baju di bahagian tangki simbah. Dengan itu si penyagak mengambil kesempatan kekalutan ketika hendak membuang hajat. Ciss...

Semalam 3 Julai 2013
Semasa hendak membuat laporan polis, di pondok balai polis KL Sentral, Polis BANTUAN yang bertugas pada pagi itu memaklumkan yang pegawai polis yang incharge dalam membuat laporan belum lagi sampai. Pukul 8.30 baru polis sebenar yang nak incharge tu datang. Polis bantuan tu mencadangkan kami pergi buat laporan polis di brickfield. Aku ingat kan dekat. cara dia habaq jalan nak pergi balai polis tu macam dekat. Tapi jadah betul makcik P.Bantuan tu, cakap dekat je..dekat je.. jalan kaki pun sampai. cis. tunjuk arah pun lintang pukang. Dah la tinggal sehelai sepinggang ikutkan hati nak naik teksi, tapi apakan daya terpaksa berjimat sebab ada berapa hinggit ja di tangan. Buat pertama kalinya aku dan uncle aku tawaf hotel hilton sebab nak cari jalan ke balai polis brickfield. Setiap kali aku jumpa polis di tepi jalan untuk bertanyakan arah, semua bagi laluan berbeza, naik pening aku. Almaklumlah Orang Kampung.Mana pandai nak jengah kota. Nak buli aku ka apa?

Semalam 3 Julai 2013
Last last, kami decide patah balik ke pondok polis KL sentral. Kesian my Uncle. Terpaksa berjalan jauh. Alhamdulilah pegawai yang bertugas dah ada. Pertama kali pihak polis panggil aku 'Encik' aku rasa tua. Uncle membuat laporan polis mengenai kehilangan baragan berharga. Terima kasih kepada Cop Samsudin yang melayan aduan kami. Macam macam cerita rupanya aku dengar di pondok polis KL Sentral.

Semalam 3 Julai 2013
Cerita 1 :Sementara menunggu giliran untuk membuat laporan polis, kami di sajikan dengan adengan gari mengari. Pihak polis telah menangkap seorang rakyat dari tanah besar cina yang memeras ugut seorang kakak yang comel lagi cun. Kesian kakak tu.

Semalam 3 Julai 2013
Cerita 2: Di sebalik cerita kakak yang di peras ugut, lain pula cerita dengan seorang makcik bersama anak OKU nya. Alkisahnya dia daripada johor bahru di jemput anak tirinya ke Kuala Lumpur. Tapi apabila tiba di Kuala Lumpur, anak tirinya gagal dihubungi. GHAIB. Sedih betul. apabila orang yang dia harap tidak muncul muncul tiba untuk menjemputnya. Tinggal lah si makcik itu bersama Anak OKU nya. Mungkin taktahu selok belok dan kehabisan wang, makcik tu terpaksa meminta bantuan di balai polis yang kami nak buat laporan tu. Di sebalik kekejaman tikus tikus besi yang memamah konkrit, ada juga yang prihatin dengan makcik tu. Brader brader polis bantuan hingga lah ke makcik cleaner, pakat pakat menderma wang ringgit dan membelikan tiket untuk makcik tu pulang ke johor.

Semalam 3 Julai 2013
Cerita 3: Jenayah Berkolar Putih rupa rupa nya wujud. aku ingatkan dalam drama swasta saja ada penjenayah berkolar putih. Lain ceritanya daripada makcik itu tadi. Ada sekumpulan anak muda daripada jabatan kebudayan. Salah seorang daripada mereka kehilangan BAGASI. dan suspek utama ialah Mat Saleh mana tah. Mak Aih, Mat saleh pun ambil kesempatan menyamun di Malaysia?

Semalam 3 Julai 2013
Selepas selesai membuat laporan polis, kami memikirkan bagaimana untuk pulang ke kedah. Dengan wang tambang yang tak mencukupi. Alhamdulilah, terima kasih untuk family di kampung. Mujurlah dalam dompet biru rabak aku ni ada kad bank hidup segan nak mati. Pindahan dari sepupu sebanyak RM 3 juta lemon berjaya di pindahkan. Kami selamat tiba di sungai petani dengan menaiki bas dari pudu ke SP. Bertolak pukul 2 sampai pukul 8 malam. Tahniah buat pakcik driver tu, mematuhi had laju.

Semalam 3 Julai 2013
Kepada banyak sangat aku ulang ulang tarikh 3 Julai 2013 ni?

Semalam 3 Julai 2013
Saja la aku nak bagi hampa ingat 3 Julai tu besday aku. hahaha. Gamak la depa. lupa besday . Asyik ingat besday budak serawak tu ja...kita ni mana la nak ingat kan.. (tiba tiba,)

Semalam 3 Julai 2013
Duk tunggu cupcake durian.

Buat my Uncle, sabaq banyak banyak ok. orang yang makan duit haram ni tak boleh nak p mana. Tak dapat basalan di dunia, dia dapat balasan akhirat. harap si pencopet tu cepat cepat bertaubat.
Harap pengalaman ala koboi yang aku kongsikan ini  sama sama membuatkan kita berjaga jaga. Sentiasa Beringat ingat sebelum keringat membuahkan ketuat. Sekian.

Posted By Kemal Merah1:38:00 AM