29 August, 2013

Senarai 49 Pertubuhan Kongsi Gelap

Senarai 49 Pertubuhan Kongsi Gelap

Senarai-49-Pertubuhan-Kongsi-Gelap


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak. 


Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.


Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:


1. Geng 04
2. Geng 08 
3. Double 7
4. Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10.Geng 21
11.Ang Soon Thong
12.Wah Kee
13.Sio Sam Ong 
14.PNEH
15.Hong Hong San
16.Hai San
17.Siang Ang Bin
18.New Cell 20
19.Jit It Hai
20.Sio Koon Tong
21.Gee Lam Kor
22.Gee Leng Hor
23.Koh Kuan
24.Tiang Yee Tong
25.Geng Heng Lor
26.Geng 35
27.Geng 303
28.Geng Satu Hati
29.ATAP
30.Hung Ann
31.Sui Yuk
32.Otai
33.Borneo Red EMP
34.Ah Ngau
35.Batu Tiga
37.Batu 10
38.Sibu Ti
39.Ah Seng
40.Ah Chin
41.Lee Lung
42.Ki Gab 
43.Sg Merah 
44:Sg Badut
45:Ting Ching Lee
46.Tua Cak Lee
47.Teksi Station
48.Pintu
49.Krokop

Sumber : Senarai Pertubuhan Kongsi Gelap

Posted By Kemal Merah1:39:00 PM

KL Gangster 2 Sudah Boleh di Download? Apa sudah jadi?

KL Gangster 2 2013 | Pada sebelum ini aku ada menulis mengenai trailer kl gangster yang gempak macam filem bertaraf antarabangsa dan filem garapan pengarah muda syamsul yusof itu di janjikan akan ditayangkan pada 3 Oktober ini. Tetapi awal pagi tadi heboh satu malaya bahawa KL Gangster 2 ini sudah pun boleh di download!.

download-KL-Gangster-2


Ternyata ini bukanlah satu teknik stretegi pemasaran filem (berdasarkan artikel dari rotikaya) yang sengaja membuat 'leak' sebelum ditayangkan kepada umum. Ini jelas dalam facebook syamsul yusof yang akan mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.


download-KL-Gangster-2


Apa yang membuatkan kita kadang kala kagum dengan kecanggihan dunia it ini ialah kepantasannya. Apa tidaknya lihat sahaja di laman download popular indonesia G***l pun sudah mula menyajikan  filem KL Gangster 2 untuk di muat turun / download. Semoga Syamsul Yusoff dapat mencari penyelesaian dalam kejadian ini.

Posted By Kemal Merah4:00:00 AM

28 August, 2013

MyKad Smart Shopper Wujudkan Nilai Tambah Dalam Perbelanjaan

Filled under:

MyKad Smart Shopper | Program yang di usahakan oleh Affiliate Junction dalam ini dapat memberikan Nilai Baru dalam corak perbelanjaan rakyat malaysia. Tidakah anda terfikir yang Kad Pengenalan Diri, MyKad di dalam saku anda itu mempunyai nilai tambah dalam perbelanjaan seharian?

Apa itu MyKad Smart Shopper dan Fungsinya

Affiliate Junction yang berindukan syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd telah menjalankan program yang di beri nama MyKad Smart Shopper yang memberikan peluang kepada rakyat Malaysia berjimat dan mendapatkan mata ganjaran dengan hanya mengunakan kad pengenalan diri, Mykad sahaja.

Fungsi MyKad Smart Shopper ini sama dengan fungsi membership kad yang lain sebagai contoh kad bonuslink, kad membership pasaraya aneka atau KFC. Tetapi MyKad Smart Shopper ini mempunyai sedikit perbezaan dengan kad membership yang lain. antara nya ialah.

MyKad Smart Shopper

Membership kad yang lain
Free sepanjang hidup
Ada yang free dan ada yang berbayar
Memberikan diskaun dan mata ganjaranpada setiap pembelian
Memberikan mata ganjaran pada setiap pembelian sahaja
Boleh digunakan di mana-mana kedai yang mempunyai logo Affiliate Junction
Hanya boleh digunakan di tempat-tempat tertentu contohya membership kad Tesco hanya boleh digunakan di Tesco sahaja
Tiada tarikh luput
Bagi pengguna yang tidak aktif kad mereka akan di terminate kan


Kelebihan Program MSS ini

Program MyKad Smart Shopper ini akan memberikan kelebihan kepada rakyat malaysia dimana setiap orang yang berbelanja dimana-mana kedai yang terpilih dan berdaftar akan menikmati diskaun yang terbaik bergantung kepada berapa jumlah diskaun yang ditetapkan oleh kedai tersebut dengan hanya menunjukkan Mykad. Pengguna hanya perlu mendaftar dan mengaktif MyKad melalui Affiliate Agensi MyKad yang terpilih untuk menikmati diskaun tersebut.

mykad-smart-shopper


Program Yang Boleh Di Percayai

Program hebat ini dipunyai oleh Syarikat I Synergy Universal Holding Sdn. Bhd (868377-U) yang berstatus MSC dan telah diiktiraf oleh JPN. Lihat di laman web JPN di sini

Malaysia boleh berbangga apabila program Mykad Smart Shopper ini adalah yang pertama nya di kalangan negara ASEAN. Berikutan kejayaan program  ini, telah menjadikan syarikat I Synergy Universal Holding Sdn Bhd tersenarai sebagai penerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2013.

mykad-smart-shopper

Kelebihan 3 Serangkai MyKad Smart Shopper

Untuk setiap RM1 yang dibelanjakan melalui Program MyKad Smart Shopper di kedai yang mengambil bahagian, anda akan mendapat 1 AJ Point.

Kelebihan Untuk Ahli

  1. Daftar secara percuma Mykad anda.
  2. Tiada tarikh luput keahlian.
  3. Nikmati diskaun runcit & keistimewaan.
  4. Mendapat mata ganjaran dari perbelanjaan.
  5. Tiada kad tambahan.


Kelebihan Untuk Peniaga

  1. Pemasaran secara percuma dan berkesan untuk produk jenama syarikat anda.
  2. Tiada kos tambahan untuk percetakan.
  3. Prestasi berasaskan saluran jualan.
  4. Memanfaatkan asas pelanggan yang berpotensi besar dimana purata 28 juta rakyat Malaysia yang menggunakan MyKad.
  5. Tiada paksaan – Anda hanya perlu fokus kepada jualan runcit anda, segala-gala hal diuruskan oleh AJ program.


Untuk Affiliate

  1. Diberi ganjaran untuk merujuk pelanggan kepada merchants.
  2. Diberi ganjaran untuk merujuk merchants kepada program.
  3. Diberi ganjaran untuk menggalakkan dan mencadangkan program yang baik, produk dan perkhidmatan kepada orang lain.

Kesimpulannya mengenai program MyKad Smart Shopper yang di perkenalkan oleh AJ ini memang usaha yang baik untuk memberi nilai tambah kepada rakyat malaysia dalam aktiviti perbelanjaan mereka. Dengan usaha yang berterusan dari pihak AJ khususnya diharap dapat lagi meluaskan pengunaan dan kedai yang terlibat dalam program ini dari Utara malaysia hinggalah ke Sabah Sarawak. Untuk maklumat lanjut mengenai Mykad Smart Shopper ini bolehlah rujuk senarai link yang di sediakan di bawah.


1) Blog Coretan Anuar (Klik Di Sini)
2) Blog Discount Hari2 (Klik Di Sini)
3) Fanpage Discount Hari2 (Klik Di Sini)
4) Aplikasi SmartPhone (MyKad Smart Shopper)
5) Laman web Affiliate Junction (Klik Di Sini)
6) Dan lain-lain sumber yang boleh anda percayai... Termasuk para peserta Contest SEO MyKad Smart Shopper.. 

seo-contest-mykad-smart-shopper

Contest Mykad Smart Shopper ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersamaSembangHari2Discount-Hari2 , Pak Ya Homestay  ,  GSR2U "


Posted By Kemal Merah6:39:00 PM

27 August, 2013

Live Streaming Kedah FA vs Sarawak FA Watson Piala Malaysia 27.8.2013

Live Streaming Kedah FA vs Sarawak FA


Live Streaming Kedah vs Sarawak Piala Malaysia 2013 | Untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan di antara pasukan Kedah vs Sarawak dalam saingan Watson Piala Malaysia 27.8.2013 secara langsung live streaming boleh saja menonton di link live streaming yang di sediakan.


kedah-vs- sarawak





Live Streaming 
Kedah Fa vs Sarawak Fa
27.8.2013
Watson Piala Malaysia 2013
8 Malam

Link Streaming 1 Link Streaming 2



Posted By Kemal Merah6:02:00 PM

Running Man Race Start In Malaysia di Batalkan ?

Running Man Race Start In Malaysia | Umum sudah mengetahui bahawa siri jelajah Running Man Race Start yang bakal berlangsung di Malaysia pada 7 September ini. Tapi ini mungkin suatu berita yang kurang baik untuk para peminat rancangan veriety korea ini. Berita itu menyatakan bahawa Siri Jelajah Running Man Race Start di Malaysia di batalkan.

runnning man malaysia



running-man-di-batalkan

Sumber : Race Start

Alasan pembatalan running man race start ke malaysia seperti yang di nyatakan di atas adalah di sebabkan promoter tempatan. Walaubagaimanapun, BigPocketGroup masih belum mengeluarkan lagi kenyataan tentang pembatalan running man race start in malaysia ini.


Posted By Kemal Merah2:58:00 PM

Lagu Tema & Lirik Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 56

Lagu Tema & Lirik Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 56

Lagu Tema Merdeka 56 | Sempena hari kemerdekaan yang ke 56 ini apa yang di tunggu tunggu mestilah tentang lagu tema sambutan kemerdekaan. Jadi bagaimana bunyinya lagu tema kemerdekaan malaysia ke 56 ini?



Lagu Tema Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku ini menjadi perdebatan di media facebook apabila lagu ini di kritik hebat atas alasan lagu ni mendatar sampai ke habis dan tak ada langsung chorus. itu lah apa yang mereka cakap. saya tak cakap..

lirik-lagu-sambutan-merdeka
klik pada gambar untuk tumbesaran yang sempurna

Untuk anda yang ingin memuat turun /download lagu tema hari kemerdekaan malaysia ke 56 ini boleh pergi ke laman rasmi Malaysia Merdeka di sini


Posted By Kemal Merah2:04:00 PM

26 August, 2013

Jadual Perlawanan Watson Piala Malaysia 27.8.2013 Selasa

Watson Piala Malaysia | Perlawanan ke 3 dalam cabaran bola sepak Watson Piala Malaysia 2013 akan di teruskan lagi esok dengan menampilkan pertembungan yang di jangkakan sengit dalam saingan kumpulan A B C & D.

piala-malaysia-27813
Sumber : Harimau Malaya

sarawak-kedah-piala-malaysia

Kedah vs Sarawak Live Streaming

Sebagai orang kedah, aku semestinya menyokong pasukan KEDAH. Esok Kedah akan bertembung dengan pasukan juara liga perdana, Sarawak. Sarawak yang sebelum ini menang ke atas Lions XII 2 - 1 semestinya akan menyajikan cabaran hebat buat pasukan Kedah. Pasukan Kedah yang seri dengan dua perlawanan sebelum ini diharap dapat mempersembahkan aksi terbaik pada perlawanan ke 3 piala malaysia 27.8.2013 selasa esok.




Posted By Kemal Merah2:36:00 PM

25 August, 2013

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

Filled under:

muhasabah


Jika aku tak bangun esok pagi,

eheh, aku bukan nak buat lawak gelikan hati,

sesaja je nak bayangkan andai esok tiada hari,

Andai esok ku tiada lagi.


Bagaimana ya jika solatku tak sempurna,

Bagaimana ya jika amalku tak sekota,

Bagaimana ya jika ikhlas ku ikhlas tak rela,

Bagaimana ya?

Tak terjangkau akal malah terkesan,

Tak terlangkau hati malah di pesan.

Andai aku tak bangun esok pagi. . . .


Posted By Kemal Merah2:02:00 PM

24 August, 2013

Selangor FA vs ATM FA Live Streaming Piala Malaysia 24.8.2013

Selangor FA vs ATM FA Live Streaming Watsons Piala Malaysia 24.8.2013

Tonton Live Streaming Perlawanan Piala Malaysia Di Sini


Live Streaming Selangor vs ATM Piala Malaysia | Untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan siaran langsung bola sepak di antara Selangor vs ATM dalam saingan Piala Malaysia secara live streaming, boleh lah menonton di link streaming yang di sediakan.

selangor-atm-piala-malaysia

SELANGOR FA vs ATM FM
24.8.2013
8 MALAM

LINK STREAMING 1  LINK STREAMING 2

Cara Menonton Live Streaming Selangor vs ATM

1. Klik pada link pilihan
2.Pilih Link yang anda ingin tonton.

Selamat menonton perlawanan di antara SELANGOR vs ATM 


Posted By Kemal Merah7:29:00 PM

Tema dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 56 Tahun 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 56 | Sebelum itu, saya ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 56' untuk seluruh warga Malaysia yang membaca blog ini. Sama samalah kita mengekalkan perpaduan dan kerjasama di antara kaum dan mengekalkan toleransi sesama kita. Berikut adalah sedikit maklumat mengenai sambutan hari kemerdekaan malaysia yang ke 56 tahun.

tema-dan-logo-hari-merdeka


Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Tema untuk sambutan kemerdekaan pada kali ini ialah 'Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku' Tema yang di pilih ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.


Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56


logo-hari-merdekaGambar di sebelah menunjukan Logo Merdeka untuk kali yang ke 56.
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.






Tahun 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia. Sempena sambutan ini, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini. Acara-acara yang akan diadakan adalah:

i) Acara Bot Berhias yang akan diadakan pada 15 September 2013 bertempat di tebingan Sungai Sarawak.

ii) Acara sambutan di Sarawak diadakan pada sebelah siang 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dan dijangka turut melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan.

iii) Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah pula akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pelbagai program diadakan sempena sambutan ini bermula pada 15 September 2013 termasuk pelbagai aktiviti Karnival Rakyat. Acara kemuncak sambutan pada 16 September 2013 di Sabah akan dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum/etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing dan akan diadakan pada sebelah malam.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi www.malaysiamerdeka.gov.my.

Sumber : Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 56

Posted By Kemal Merah12:27:00 AM

23 August, 2013

Running Man Race Start di Malaysia | Fan Meeting Asia Tour 2013

Filled under: ,

Running Man Fan Meeting Asia Tour 2013 | Race Start! In Malaysia



Running Man Datang Malaysia | Buat peminat peminat Running Man di Malaysia, 7 September ini anda akan menerima kunjungan 4 orang ahli Running Man iaitu Kang Hee Gun, Ha Dong Hoon, Kim Kook Jong, dan Ji Suk Jin.

running-man-datang-malaysia

Running Man Race Start di Malaysia akan berlangsung di Start Stage Level 15 KWC Fashion Mall. Untuk Maklumat lanjut mengenai pembelian tiket dan tempat lihat detail di bawah.

Running Man Race Start Malaysia Ticket Details :

Premium Package
- Hi5 & Autograph Session
- Limited edition RM Paperbag
- Limited edition RM Poster
VIP 469
- Limited edition RM Paperbag
- Limited edition RM Poster
- Lucky Draw – 20 fans akan menghadiri Press Conference
369
- Limited edition RM Paperbag
- Limited edition RM Poster
269
- Limited edition RM Postcard
- Limited edition RM Poster
169
**  Limited edition RM Poster while stock last
Hanya sebanyak 3,500 keping sahaja akan dijual. Namun sekiranya mendapatkan sambutan menggalakkan, pihak penganjur, Big Pocket, bersedia untuk mengeluarkan lagi tiket-tiket.
Ticket Launch Details :
Date : 20 July 2013
Time : 11:00 AM – 5:00PM
Venue : 15th Floor, Star Stage, Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Mall
Untuk informasi lanjut boleh layari,
harga-tiket-runningman-di-malaysia

Selamat Menonton Running Man Race Start di Malaysia !

Posted By Kemal Merah11:47:00 PM

Ilusi Bergambar Dengan Majalah Yang Menarik

Filled under:

Ilusi Bergambar Dengan Majalah Yang Menarik

Pernah tak anda terfikir untuk tangkap gambar anda dengan majalah yang anda beli seperti di bawah ini? Dibawah ini ada beberapa gambar yang menunjukan beberapa orang yang entah dari mana, menangkap gambar mereka dengan iklan dari majalah. Jom lihat gambar ilusi bergambar dengan majalah di bawah/

Buka Sini Untuk Lihat Gambar:

gambar-majalah

majalah-gambar

gambar-awek

gambar-itik

majalah-orang

awek-cium

gambar awek

awek-gambar

awek-hantu

Posted By Kemal Merah10:26:00 PM

22 August, 2013

Perniagaan Online | Buat Duit Dengan Blog

Perniagaan Internet Dengan Buat Duit Dengan Blog | Ada macam macam cara yang boleh kita lakukan untuk mencari pendapatan sampingan melalui blog. Daripada mendapat pendapatan sebanyak 0.20 sampailah ke beberapa ratus dolar yang boleh anda miliki dengan hanya berblog.
Perniagaan internet dengan blog masih lagi releven walaupun zaman sekarang media sosial yang lain tumbuh macam cendawan selepas hujan. Seiring dengan perubahan itu, blog juga tidak ketinggalan mengalami perubahan.

Blog boleh dibaratkan sebagai tapak untuk berniaga. Bak kata Cikgu Hafis, Blog adalah salah satu Hartanah Maya. Jadi tak rugi jika anda sign up mana mana platform untuk berblog. Daripada yang percuma seperti Blogger.com atau yang berbayar seperti Wordpress. anda boleh pilih sahaja.

Benar, blog sebenarnya berfungsi sebagai wadah pemikiran yang di kongsikan dengan para pembaca. Ada yang hanya ingin meluahkan isi hati dan pendapat menerusi blog. Tak kurang juga ada yang menulis mengenai kehidupan seharian di blog.

Tapi apa salahnya selitkan sedikit sumber pendapatan sampingan di blog anda. Buktinya lihat blog blog yang ada di malaysia. Boleh dikatakan semua blog baru atau lama mempunyai Banner pengiklanan Nuffnang ataupun Komli. Daftar Komli di SINI

Menabung Secara Online

Walaupun kita hanya menulis blog hanya sekadar suka suka, apa salahnya kita join program seperti Komli atau yang lain lain. Sekurang kurangnya kita telah mewujudkan medium tabungan online. Cukup jumlah, cashout saja lah.

Bukan hanya itu sahaja, banyak lagi program buat duit yang ada yang boleh anda jadian sebagai tabungan online, contohnya 8share. Selitkan link 8share atau banner di blog anda atau entri anda. Walaupun hanya menerima 0.20 sen untuk satu unik klik ianya tetap berbaloi. bayangkan 1 link yang anda promosian menerima 100 unik klik. ? ? Daftar 8share di SINI

buat-duit-dengan-blog
Screen Shot sebahagian Earning dari 8share

Perniagaan Online Dengan Blog

Jika anda serius dengan perniagaan secara online menerusi blog, anda semestinya tidak asing lagi dengan perkataan 'affiliate'. Dengan affiliate anda tidak perlu susah susah memikirkan stok barangan, anda hanyalah perlu menjadi orang tengah dalam menjual sesuatu produk. konsep dia sama sahaja seperti anda seorang salesman. menjual produk syarikat dan setiap jualan akan diberikan komisen yang di tetapan. Sebagai langkah permulaan ingin menceburi bidang affiliate, saya cadangkan anda mendaftar di Jomniaga.com. Disitu terdapat perlbagai produk yang boleh anda niagakan secara online. Untuk maklumat dan pendaftaran percuma jomniaga KLIK SINI

buat-duit-dengan-blog
Screen Shot Sebahagian Komisen dari Jomniaga


CARI DUIT secara online dengan blog ini sebenarnya banyak cara dan peluang yang ada. Belum lagi kita bercerita tentang tapak iklan di blog dan penulisan berbayar. Jadi bila orang bertanya bolehke buat duit dengan blog? Semestinya boleh. apa yang penting ialah kesabaran dan pelan jangka panjang. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil. Jadi tak rugi jika anda ada sebuah blog untuk memulakan perniagaan online dan buat duit dengan blog.


Posted By Kemal Merah3:41:00 PM

21 August, 2013

#WW | Sesuatu Di Antara Waktu

Filled under:

#WW | Sesuatu Di Antara Waktu



Jangan Betulkan Speaker Anda, Memang Entri ini ada lagu Sedih



Posted By Kemal Merah10:14:00 AM

19 August, 2013

Apa Susah.. KlinikCinta.com kan adooo..

Filled under:


KlinikCinta.com Review


KlinikCinta.com | Anda mempunyai masalah percintaan roti empat segi yang semakin rapuh dicicah air kopi cap tarbus? , anda mempunyai dilema untuk memilih seseorang antara pilihan keluarga atau pilihan anda sendiri atau anda meminati seseorang gadis walaupun sudah menjadi hak milik orang seperti Yuyu Zulaikha.? Jangan risau jangan risau, sedangkan ketumbit di mata pun boleh di ubati, inikan pula masalah cinta.

Memperkenalkan projek terbaru rakan blogger kita yang diberi nama  KlinikCinta.com. KlinikCinta.com merupakan sebuah website yang mengkongsikan kisah cinta, tips, ayat cinta dan sebagainya yang berlandaskan cinta yang sebenar.

klinik-cinta


KlinikCinta.com ini dibarisi oleh krew krew yang arif mengenai cinta, mereka juga mempunyai ijazah kepujian yang dipuji puji dalam subjek CINTA. memperkenalkan mereka adalah:



none
 | khairulzamri@klinikcinta.com
Seorang yang minat terhadap blogging. Mula menceburi dunia blog pada tahun 2010. Bergiat aktif kedua-dua Blogspot dan Wordpress.

none
 | sheda@klinikcinta.com
Seorang blogger yang aktif dan ceria minat blogging dan photo editor part time sebagai blog designer.

none
 | wan@klinikcinta.com
Mula aktif dengan blog sekitar pada tahun 2012. Masih bergiat aktif dengan Blogspot dan Wordpress. Jom berkenalan dengan saya.

none
 | muja@klinikcinta.com
Muja seorang pejuang wanita yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik hari ini daripada semalam.

none
 | wazy@klinikcinta.com
Seorang yang simple dan bercita-cita tinggi.Mula meminati bidang blogging sejak tahun 2007 serta meminati Wordpress.

none
 | jc@klinikcinta.com
JC dengan blog tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu, minat shopping, dan happy go lucky dan murah dengan senyuman.

none
 | eyma@klinikcinta.com
Nukilan seorang gadis mampu mengukir keindahan sebuah senyuman.

none
 | nieyna@klinikcinta.com
Aktif blog tahun 2012. Personal blogger yang sentiasa mempunyai jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah cinta mengikut Islam.

none
 | admin@klinikcinta.com
Klinik Cinta adalah merupakan sebuah laman untuk berkongsi kisah cinta, tips, ayat cinta yang berlandaskan cinta yang sebenar.


Ya nampaknya krew krew di atas macam sudah dikenali ramai, rupa rupanya walaupun hebat berblogging, mereka juga merupakan pakar doktor sakit puan cinta.!

Kadang kala masalah cinta kita yang tragis dan penuh emosi bak drama melayu swasta tak semuanya boleh di ceritakan sebarangan, takut takut di membuka pekung di dada tanpa sedar. Tetapi jangan risau di KlinikCinta.com, anda boleh meluahkan, menceritakan masalah, cerita, pendapat anda pada pihak KlinikCinta secara halimunan ataupun anonymouse. Caranya mudah, hanya emailkan cerita anda kepada krew krew KlinikCinta.com yang anda berkenan.

Jika anda ingin berkongsikan pendapat dan pengalaman cinta anda contohnya anda pernah bercinta dengan lelaki negro sebagai contoh atau sebagainya boleh juga berkongsikan pengalaman menarik dan menghairahkan kepada KlinikCinta.com. semoga kisah cinta anda dijadikan pedoman dan iktibar untuk kita semua.

klinik-cinta

Untuk Maklumat Lanjut Layari 

Sekianlah review cinta dari saya, saya harap laman KlinikCinta.com akan lebih maju dan menyajikan cerita cerita dan tip cinta yang menjana pemikiran, kecerdasan otak dan berkesan di hati pembaca. Selamat bercinta KlinikCinta.com

Posted By Kemal Merah2:16:00 PM

17 August, 2013

JomNiaga.com | Peluang Perniagaan Online 2013

 Peluang Perniagaan Online 2013 | JomNiaga.com


Peluang Perniagaan 2013 | Khas untuk ANDA yang ingin merasai nikmat buat duit dengan affiliate, JomNiaga adalah satu daripada laman web yang menyediakan puluhan program affiliate yang boleh anda disertai.

Lebih menarik, komisyen yang ditawarkan juga lumayan. Malah kita juga akan diberikan bahan-bahan pemasaran seperti iklan, artikel dan sebagainya secara percuma. Jadi taklah anda pening pening kepala mencari idea nak buat banner promosi.
Jika kita masih tidak mempunyai produk untuk diniagakan, maka jalan pintas untuk menjana pendapatan di internet adalah menerusi program affiliate di JomNiaga.

Peluang Perniagaan JomNiaga menyediakan puluhan produk daripada pelbagai kategori seperti kesihatan, bisnes, masakan, sukan dan banyak lagi yang disediakan oleh pihak JomNiaga. Malah agen affiliate hanya memerlukan satu akaun sahaja untuk mempromosikan kesemua program affiliate ini.

Berikut adalah 4 kelebihan utama menjadi agen affiliate JomNiaga:

  1. Teknologi satu akaun untuk promosikan pelbagai produk yang disediakan oleh vendor.
  2. Komisyen dijamin bayar tepat pada masanya.
  3. Pembayaran komisyen boleh diintegrasikan dengan Paypal, cek atau pemindahan daripada akaun   bank.
  4. Teknologi tracking terkini supaya komisyen affiliate kita tidak dicuri oleh orang lain.

perluang-perniagaan-online

Pendaftaran adalah percuma, anda tidak perlu membayar untuk menjadi ahli JomNiaga. Anda akan dibayar seandainya ada pengunjung yang membeli produk yang diiklan, yang menariknya ialah anda dibayar komisen sehingga 50% daripada harga produk tersebut. Jadi Daftarlah sekarang!
Klik sini untuk mendaftar JomNiaga

Potensi Perniagaan Online Jomniaga

peluang-perniagaan-onlinePeluang perniagaan melalui Jomniaga ini mempunyai potensi yang besar kerana zaman sekarang kebanyakan rakyat malaysia sudah beralih kepada makanisme pembelian secara online. Tidak hairanlah terdapat 'jutawan senyap' yang berjaya dalam industri perniagaan online. Dengan peluang yang ada melalui perniagaan ini sebenarnya memberikan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi perniagaan dalam talian. Mana tidaknya anda tidak perlu pening pening kepala untuk kira stok, order barang. apa yang anda perlu lakukan hanyalah promosi.


Keboleh Kepercayaan Yang Tinggi 

Bila bercerita mengenai keselamatan mengenai perluang perniagaan online melaui jomniaga, ternyata ianya boleh diyakini kerana vendor vendor yang bernaung di bawah Jomniaga adalah di kalangan IM yang berjaya dan dikenali ramai. Jadi tidak hairanlah jomniaga sentiasa menjadi lubuk duit buat freelance IM macam saya ni. 

Selepas mendaftar jomniaga apa yang anda perlu buat adalah menpromosikan link produk yang anda ingin niagakan. Dimana anda perlu promosikan? Mudah sahaja, zaman sekarang terdapat puluhan media sosial termasuklah facebook, twitter, wassaps, weechat dan lain lain lagi. Anda hanya perlu share link atau like produk yang ada di dalam marketplace jomniaga.

peluang-online-2013
Screen Shot Market Place Jomniaga


Kesempatan Peluang Perniagaan Online dengan Jomniaga

Jika anda seorang blogger, ambilah kesempatan ini untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog. Jangan terlalu mengharap kepada medium pengiklanan seperti Nuffang, Chrup2 atau 8share. Alang alang ada blog tu letaklah sekali banner produk daripada jomniaga di bawah ads Nuffanang anda. InsyaAllah mana tahu ada pengunjung yang berminat dengan produk yang di iklankan. tak pasal pasal anda dapat RM50 sebagai komisen untuk 1 sale produk. Sekian dari saya, semoga anda berjaya membina perniagaan online melalui peluang perniagaan Jomniaga. Daftar Peluang Perniagaan Online Jomniaga di SINI

* UPDATE TERBARU *
Baru baru ini JomNiaga telah menaiktaraf atau menjenamakan semula branding JOMNIAGA kepada ASHADEE. Tahniah buat JomNiaga (Ashadee) kerana telah maju setapak dalam perniagaan online. Buat anda yang mahu mendaftar, teruskan sahaja. Ia nya sama sahaja. 

Posted By Kemal Merah11:47:00 AM

16 August, 2013

3 Cara Mudah Belajar SEO

Filled under:


 3 Cara Mudah Belajar SEO


Cara Mudah Belajar SEO | Sebenarnya tak susah sebenarnya nak 'belajar SEO' ni. Macam macam medium pembelajaran seo ada dalam internet ni. cuma nak atau tak nak je mencari di engine carian Google, Bing dan Yahoo.

Rahsia Mudah Belajar SEO 1

Ok, ini rahsia yang paling mudah dan senang. Teknik belajar SEO ini conform menjadi 100% kalau korang ikut langkah demi langkah dan nasihat yang disediakan. Cara belajar SEO mudah yang pertama ini yang lain dan tak bukan ialah melalui EBOOK.
Terdapat banyak ebook yang telah di pasarkan oleh blogger blogger yang arif mengenai SEO. Salah satu ebook SEO yang berkualiti dan boleh anda miliki adalah Kitab SEO Merah Jambu hasil nukilan Bro Ahmad Faizal. Cepat dapatkan sekarang sebelum naik harga.

cara-belajar-seo


Rahsia Mudah Belajar SEO 2

Cara ini paling mudah dan murah kalau nak belajar seo. Tapi ianya memerlukan kesabaran dan experiment. Setakat baca free memang tak ada guna kalau tak aplikasikan teknik seo. Cara mudah itu ialah hanya mengunakan GOOGLE.
Ya, taip sahaja kata kunci mengenai apa yang anda ingin pelajari. Link Building, Meta Tag, On Page Off Page semua ada. cuma hanya tambah frasa 'how to' atau 'cara' atau apa saja yang anda mahu. Blogger blogger zaman sekarang ni dah tak kedekut ilmu. Lihat mana mana blog, mesti ada Tab mengenai SEO. Apa lagi, selongkarlah.

cara-mudah-seo


Rahsia Mudah Belajar SEO 3

Ok, teknik belajar seo dengan cara ini memang menjadi kegemaran aku. Kadang kala kita ni bukannya rajin sangat nak membaca. Tambah tambah dengan artikel mengenai seo yang panjang berjela silap silap kita langsung tak paham. Cara yang aku maksudkan ialah dengan menonton secara visual di Youtube.
Untuk maklumam anda, antara pemain seo yang aktif memuat naik video tutorial mengenai SEO ialah sahabat kita di negara seberang Indonesia. Hebat hebat pemain seo dari indonesia. tak lokek ilmu dengan mendedahkan teknik teknik seo. Sampaikan cara mengkaji keyword yang akan datang pun ada ditunjukkan. haha. Antara youtuber yang boleh anda subscribe ialah Syamsul Alam [dot] Net.

teknik-mudah-seo


Baiklah, sedikit perkongsian mengenai bagaimana cara mudah nak belajar seo. Semuanya dah terhidang depan mata, cuma tunggu kita nak selongkar dan cari sahaja. Kalau tak tahu jangan segan segan tanya orang yang lebih arif. Tak hairanlah ada blog baru berusia 3 bulan dah konker google. Budak sekolah pakar stretegi SEO. Kita bila lagi? Terima Kasih membaca entri tak seberapa Cara Mudah Belajar SEO.

Posted By Kemal Merah11:39:00 PM

14 August, 2013

Johor Darul Takzim FC vs Perth Glory FC Live Streaming

Live Streaming Johor Darul Takzim FC vs Perth Glory | Untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak di antara "Johor Darul Takzim FC menentang Perth Glory" secara langsung di live streaming internet, boleh menyaksikan di link streaming yang di sediakan di bawah.


Johor Darul Takzim FC vs Perth Glory FC
8.45 Malam
14.8.2013
Stadium Larkin Johor Bahru

Link : Live Streaming 1 

link  link  link 


Selamat Menonton Perlawanan Johor Darul Takzim FC vs Perth Glory FC Live Streaming

Posted By Kemal Merah7:35:00 PM