30 September, 2013

Siapa Boleh Padam Account Facebook Kita, Bila Dah Mati Esok?

Hari ini aku mendapat lagi satu pengajaran yang bermakna dan sering kali otak aku ligat memikirkannya iaitu tentang SIAPA BOLEH PADAM ACCOUNT FACEBOOK AKU BILA AKU DAH DITAKDIRKAN di jemput tuhan yang maha Esa.!!!!


Semuanya mengenai kejadian hari ini, seorang member mesra tapi jauh yang mintak aku tolong carikan seseorang pakar IT yang boleh tutup atau delete sebuah akaun facebook rakannya yang telah meninggal dunia akibat kenser paru-paru pagi tadi.

Kebetulan blogger kacak Emas Putih ada post untuk meminta bantuan rakan rakan di facebook untuk report facebook tersebut dan mengharapkan Mark Zukenberg untuk tolong delete akaun facebook si arwah, itu lah hanya usaha yang boleh di lakukan buat masa ini. Report ramai ramai.

Alhamduliah ramai juga yang sama sama membantu.

Terkesima sejenak, bagaimana pula dengan akaun facebook kita pula bila tiba tiba kita di jemput Allah nanti? Dah la aku banyak muat naik gambar perasan macho di facebook.



Posted By Kemal Merah7:48:00 PM

23 September, 2013

Kontes Review Klinik Cinta

Kontes Review Klinik Cinta


Kontes Review Klinik Cinta | Kontes kali ini menarik dan lumayan juga hadiah yang di tawarkan. Apa yang anda perlu buat adalah buat satu artikel review mengenai sebuah laman blog menarik iaitu Klinik Cinta [dot]com. Jadi jom ramai ramai kita meriahkan Kontes Review Klinik Cinta sekarang.

kontes-review-klinik-cinta

Dalam artikel sebelum ini, secara kebetulan saya sebagai arjuna yang kecewa dalam percintaan telah membuat satu prolog review mengenai laman Klinik Cinta. Dalam entri yang ringkas tu saya ada memperkenalkan barisan doktor doktor yang boleh membantu anda mencari idea atau nasihat mengenai cinta. lihat entri tersebut di sini : Apa Susah Klinik Cinta kan Adooo..

Klinik Cinta [dot]com merupakan blog yang menyajikan perkongsian kisah kisah cinta, tips, ayat cinta dan sebagainya.Dah nama pun 'klinik' sudah semestinya Klinik Cinta ini menyediakan pelbagai ubat ataupun vaksin yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepedihan dan kekecewaan yang terhiris di hati ini dalam bentuk penulisan motivasi yang di sediakan oleh pakar pakar penulisan dunia blog malaysia. (tu dien ayat)

Sebagai isi dalam artikel Kontes Review Klinik cinta ini saya sebagai pemerhati 3S iaitu senyap, santai, stylo, setakat ini saya amat berpuas hati dengan tampilan antaramuka Klinik Cinta. Di sini saya sediakan skrin shoot laman Klinik Cinta untuk tatapan pembaca di luar sana.

kontes-review-klinik-cinta

Pada pandangan saya secara serius, susunan template untuk klinik cinta sudah terbaik dan cuma ada dua cadangan yang saya ingin usulkan.

Candangan Pertama Klinik Cinta

Untuk menambahkan lagi seri muka laman Klinik Cinta ini saya cadangkan untuk menambahkah widget slideshow di paparan utama klinik cinta. sekurang sekurangnya ia akan menambahkan lagi 'profesional look' dalam laman klinik cinta ini.

Cadangan Kedua Untuk Klinik Cinta

Untuk merancakkan lagi klinik cinta sebagai komuniti erti cinta sejati, saya cadangkan klinik cinta mempunyai chat room, ataupun forum. Hubungan dua hala di dengan pembaca akan mengukuhkan lagi Klinik Cinta di hati pembaca dalam masa yang panjang dan kekal lama. InsyaAllah Klinik Cinta akan menjadi laman komuniti untuk rakyat malaysia berkongsi, memberi pendapat dan berinteraksi sesama sendiri mengenai cinta di Klinik Cinta [dot] com.

Itulah sedikit cadangan saya untuk Klinik Cinta dalam kontes review klinik cinta ini. saya nak beri komen lebih lebih tak berapa nak pandai sebab saya pun gagal dalam percintaan banyak kali dah, haha. tiba tiba tak ada kena mengena langsung. haha.

Eh, Maafkan saya . . .

Setakat itu sahaja cadangan yang saya boleh usulkan. 'First Impression' blog mungkin boleh di usahakan lagi. Penulisan boleh di mantapkan lagi, selitkan kisah kisah ala carpen romantik lawak yang sekurang kurangnya dapat menarik pembaca novel atau carpen online di internet.

Apa yang penting kerjasama berpasukan di antara krew aka doktor dalam Klinik Cinta mesti kuat dan teguh. Seronok oo kalau berblog dengan kawan kawan, dalam satu blog pulak tu.
Harapan saya Klinik Cinta akan menjadi satu laman komuniti perkongsian cinta sejati yang paling ohsem di Malaysia ini.

Andaikata penulisan Kontes Review Klinik Cinta ini menyingung mana mana ahli Klinik Cinta, saya sebagai penulis kertasmerah.my ini memohon kemaafan untuk anda. Sekian terima kasih.
Disediakan Oleh :
Akmal Kacak - Arjuna Mencari Cinta Illahi
No Telefon : 03 8000 8000
Kontes Review Klinik Cinta

Posted By Kemal Merah1:15:00 AM

11 September, 2013

Movie Lagenda Budak Hostel | Tayangan 12.9.2013

Lagenda Budak Hostel 2013 | LAGENDA BUDAK HOSTEL arahan Ismail Bob Hasim bakal menjengah pawagam berdekatan anda 12.9.2013 (Esok). Filem komedi romantik yang mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati



lagenda-budak-hostel

Sinopsis :

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.


Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu? LBH pasti akan membuatkan penonton tidak kering gusi, apatah lagi Ismail sedaya upaya memberi yang terbaik pada filem ke-12 arahannya.

Lokasi penggambaran filem LBH: Sekolah Menengah Sains, Ulu Yam, Selangor

LBH mengimbau kenangan pelajar yang menetap di asrama sekitar tahun 90-an hingga 2000. Ujarnya mengambil kira kesesuaian lokasi, pada era itu pun penggunaan telefon bimbit masih tak banyak. Namun, kebanyakan pelajar asrama pula dikenali menerusi kenakalan mereka dan sikap membuli.

Posted By Kemal Merah9:30:00 PM

Dapat Reward Cash RM5 Untuk Satu Invite Yang Berjaya ?

Buat Duit Dengan Blog | Semakin banyak peluang buat duit di internet ni. Cuma perasan ataupun tidak sahaja. Aku pun tidak melepaskan peluang kutip duit daripada online ni. Alhamdulilah Cek Nuffang dah sampai minggu lepas. Hangpa kata pi lah macam macam kat nuffnang, depa tetap bayar aku. Terima Kasih Nuffnang Malaysia.

Sekarang ni makin rancak di facebook orang orang duk promosi satu program buat duit online ni. Tiba tiba saja meriah. sampai ada debate di group uncle denaihati pasai macam macam mengenai program ni. Program yang aku maksudkan ialah Perkongsian Reward 8share.com.

Ramai yang dah tahu program ini membolehkan kita menjana wang dengan berkongsikan iklan yang disediakan di media sosial dan kita akan mendapat RM0.20 untuk setiap 1 UV (unik visit) yang kita perolehi. Contoh gambar di bawah.


Kira ok la kan boleh di buat sebagai tabungan online, seperti yang aku ceritakan di entri Buat Duit Online | Perniagaan Online ini

Selain itu apa yang menjadikan 8share ini memang boleh buat duit ialah hadiah 'Reward' yang banyak sehingga RM5 untuk satu invite yang beraya!. Pergh. lebih banyak daripada Jomniaga punya referral komisen.

buat-duit-online
Ya, memang aku silap tulis 'invite' malas nak edit lain
Sebenarnya aku baru perasan yang 8share memberi reward RM5 untuk invite status yang berjaya. Huiyooo... boleh tahan kaya jugak 8share ni. hehe. mesti untung banyak ni kan Yuna.

Kepada yang belum lagi join jom la join dan ambik kesempatan ni. Daftar percuma dan terus boleh buat duit online. hanya share iklan yang di sediakan dan boleh mula mengumpul reward. Minimum cashout adalah RM50. Daftar 8share.com

Posted By Kemal Merah6:46:00 PM

Live Streaming Malaysia vs Thailand | Pesta Bola Merdeka 11.9.2013

LIVE STREAMING Malaysia vs Thailand 11 September 2013


Pesta Bola Merdeka Live Streaming | Saingan perlawanan Pesta Bola Merdeka di teruskan lagi dengan hari ini melibatkan pasukan Malaysia vs Thailand. Seperti biasa, untuk rakan rakan yang tidak dapat tonton perlawanan malaysia menentang thailand di kaca televisyen mahupun di stadium, boleh sahaja menonton perlawanan ini secara 'live streaming' di internet.

Perlawanan yang berlangsung pada hari ini 11.9.2013 akan berlangsung berlangsung jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur turut disiarkan secara langsung di TV9 dan Astro Arena saluran 801.

Live Streaming

Malaysia vs Thailand
8.45PM
11.9.2013
PESTA BOLA MERDEKA




Close
Hunger Strikes Back

Posted By Kemal Merah2:06:00 PM

Apple Memperkenalkan iPhone 5S | Technical Specifications

Filled under:

iPhone 5S | Akhirnya Apple telah mengumumkan model terbaru siri iPhone iaitu iPhone 5S. iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju dan berdesup.

Apple   iPhone 5s   Technical Specifications

Touch ID. A new fingerprint
identity sensor.

iPhone 5S turut diperkemaskan lagi dengan sokongan pengimbas cap jari, dinamakan sebagai TouchID.

Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home, dimana pengguna boleh unlock telefon mereka dengan menyentuhnya. Menggunakannya juga, pengguna boleh melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti sebelumnya.


New iSight camera. 

Apple juga turut memberikan perhatian kepada bahagian kamera mereka, dimana kini ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik.

iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Apple turut mengatakan iPhone 5 menyertakan sokongan penstabilan imej automatik, dan merakamkan beberapa gambar pada suatu masa, dan kemudian mengabungkan bahagian yang jelas dan tajam untuk sesuatu gambar.


All-new A7 and M7 chips.

Pihak Apple juga turut sama menambah sebuah cip baru dipanggil sebagai M7, iaitu sebuah “motion processor”. Melaluinya, ia membolehkan cip khas ini memproses data berkaitan accelerometer, gerakan dan sebagainya. Apple mengatakan ia membolehkan peranti mengetahui gerakan anda, sekaligus amat berguna untuk aplikasi berbentuk sukan dan kesihatan. iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.

Sumber : Amanz.my
Lagi Maklumat Mengenai iPhone 5S Disini


Posted By Kemal Merah3:20:00 AM

Ambil Kesempatan Jana Trafik Bermusim

Filled under: ,

Jana Trafik Bermusim | Memandangkan beberapa hari yang sudah aku ada hal di kolompo dan lepas balik dari kolompo tu aku demam kura maka blog ini terkuranglah updatenya. Alexa rank pun drop menjunam bagaikan graf keadaan ekonomi di malaysia. Jadi aku boleh buat kesimpulan, rank alexa mementingkan ke update tan sesebuah blog. melampau ayat. haha.

Dengan hingus yang meleleh dengan keadaan writer's block, aku tak tahu apa nak menulis. idea bagaikan terhalang oleh hingus hingus.

Kebetulan waktu ini adalah musim bola sepak. Semuanya melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia. Kejohanan Pesta Bola Merdeka lah...Persahabatan Antarabangsa lah..jadi apa salahnya kita blogger biasa biasa ni update mengenai musim bola ni. Bagi aku pula kesempatan untuk menjana trafik bermusim ni menjadi kegemaran untuk buat entri live streaming perlawanan bola sepak.

jana-trafik-bermusim
screen shoot Entri Live Streaming di kala Demam Kura

Kira ok la kan walaupun demam kura masih lagi boleh dapatkan beberapa ribu paling busuk pun beratus pageview untuk SATU ENTRI bermusim.


Posted By Kemal Merah2:44:00 AM

Blogger Lepas Tangan Menyusahkan

Filled under:

Aku ni bukan yang suka desak mendesak orang. Aku cuma seorang blogger lelaki yang agak penyayang dan amat meminati bunga melur. Mungkin sikap melembutkan diri dan hati ni membuatkan ada orang yang sanggup naik tocang pijak kepala. HOW DARE YOU!


Kalau dah diberi tanggungjawab tu harap di sempurnakan dengan baik, apatah lagi bila berurusan dengan orang ramai. Jangan tiba tiba hilang tanpa berita dan membuatkan orang lain tertanya tanya. Attitude bro.. attitude.

Aku tahu sesetengah orang memang ada hal yang menyebukkan diri mereka sampai ada kalanya ada tanggungjawab yang lain bagaikan terlepas pandang.  Kalau student semestinya sibuk dengan pelajaran, final projek and so on. Aku pun dah pernah jadi student dengan final projek yang membuatkan kami satu kelas tensyen tak tidoq sebulan. Aku paham...

Tapi takkan kerana sesuatu hal yang lain tiba tiba menjengah dan dah tak nak pandang pekerjaan yang sebelum ini yang dah dibuat. Tambah tambah lagi bila berurusan dengan orang lain.

Sibuk kalah menteri sekali pun aku rasa menteri tu masih lagi mampu nak update status kat facebook, tinjau tinjau ada notification, siap update status pasal harga minyak naik.(agak agak sapa menteri tu, hehe) jadi apa salahnya hang yang terlalu sibuk tu alang alang dah log in facebook beritahu la atau buat penguguman or something di status facebook hang tu. (hang bukan nama sebenar)

Sayang betul bila blogger yang berpotensi maju di masa hadapan dan ramai kenalan blogger blogger senior mula buat hal. Untung baru beberapa hari join community blogger dah ramai kenalan blogger hebat hebat. kalau buat segment atau event ramai yang pakat pakat nak taja, support macam macam. Kalau jadi blogger underground macam aku ni jangan harap nak dapat semua tu. buat contest belum tentu ada orang nak join.haha. Bila dah diberi percayaan tu buatlah yang terbaik. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan orang. Nanti bila orang yang selama ni di belakang hang mula hilang kepercayaan terhadap hang, habis la misi dan visi hang selama ni. Lain la kalau hang dah berubah misi dan visi hang dalam blogging ni?

Koloni Blogger Malaysia ni kecik ja.. alih alih pi mai tang tu jugak.

Marah ka? tak lah, aku bukan marah pun. Nak bagi nasihat lagi la tak reti. Jadi anggap la ni semua mimpi. muahh!


Posted By Kemal Merah2:07:00 AM

10 September, 2013

Live Streaming Malaysia vs China | International Friendly Match 10.9.2013

Live Streaming Malaysia vs China | Untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa di antara skuad bolasepak Malaysia menentang China hari ini 10.9.2013 secara live streaming boleh sahaja tonton di link streaming yang di sediakan di bawah.



Umum sudah mengetahui bahawa perlawanan malaysia vs china tidak di siarkan di astro, dan penyedia live streaming bola sepak sedang berusaha menyediakan live streaming untuk tontonan anda.




 Live Streaming

Malaysia vs China
10 September 2013
Tianjin Stadium
07.30 p.m (GMT+8)

Posted By Kemal Merah4:36:00 PM

09 September, 2013

Live Streaming Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 9.9.2013

Malaysia vs Myanmar Live Streaming | Untuk rakan rakan yang tidak dapat menyasikan perlawanan di antara Malaysia vs Myanmar secara langsung dari stadium mahupun tv dan ingin menonton secara live streaming di internet, boleh sahaja menyaksikan pertembungan hebat malaysia dan myanmar dalam saingan Pesta Bola Merdeka 2013 di bawah ataupun pilih link yang di sediakan


Live Streaming

Malaysia vs Myanmar
Pesta Bola Merdeka 2013
9.9.2013
8.45 PM



Other Link Untuk Tonton Live Streaming Malaysia vs Myanmar : Live Streaming Kertas Merah

Close
Hunger Strikes Back



Posted By Kemal Merah7:33:00 PM

07 September, 2013

Live Streaming Malaysia vs Singapura | Pesta Bola Merdeka 7.9.2013

Live Streaming Malaysia vs Singapura Pesta Bola Merdeka 7.9.2013

Tonton Siaran Langsung kejohanan PESTA BOLA MERDEKA di antara Malaysia vs Singapura pada
5.30 PM ini secara live streaming di bawah.

Perlawanan Pestabola Merdeka tahun 2013 merupakan edisi yang ke 41. Selain Malaysia, kejohanan kali ini turut disertai Singapura, Myanmar dan Thailand bawah 23 tahun


Live Streaming

Pesta Bola Merdeka 2013
Malaysia vs Singapura
5.30 PM
7.9.2013





Posted By Kemal Merah12:01:00 PM