Showing posts with label Jahit : PETRONAS Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Jahit : PETRONAS Raya 2013. Show all posts

31 July, 2013

JAHIT | Iklan Raya Petronas Penuh Mesej

Jahit : PETRONAS Raya 2013


Jahit : PETRONAS Raya 2013 | Sudah menjadi kelaziman menjelang hari raya, perkara yang ternanti - nanti sejak dari dulu adalah iklan raya daripada Petronas. Banyak mesej nilai murni yang disampaikan oleh Petronas kepada penonton menerusi iklan raya 2013 : Jahit. Iklan raya 2013 Jahit ini telah memberi kesan yang mendalam kepada penonton.


Kasih Sayang Seorang Ibu

Kita boleh lihat betapa cekal nya peranan orang tua kita dalam mencari nafkah dalam membesarkan anak-anak. Watak 'mak' dalam Jahit ini memaparkan betapa kasihnya seorang ibu kepada anak nya 'awin' yang yang akan memasuki kolej. 'Mak' sanggup menerima tempahan menjahit dengan banyak dan beliau yakin yang bulan penuh rahmah, iaitu bulan ramadhan, akan memberikan limpahan rezeki yang kepada dua beranak itu.


Anak yang Baik dan Cun

watak 'Awin' pula mengambarkan seorang anak gadis yang sentiasa risau akan keadaan 'mak', yang bekerja terlalu kuat bekerja di bulan ramadhan. Walaupun mak dia tak bagi awin menjahit, awin tetap membantu mak dia. Awin tahu kesungguhan 'Mak' yang mencari rezeki untuk beliau di kolej menjadikan dia kuat berusaha dalam pelajaran.

jahit-petronas-raya-2013


Jahit Memaparkan Sikap Muhibah

Istimewanya iklan petronas 2013 jahit ini dengan adanya selitan adengan yang memaparkan muhibah sesama rakyat malaysia. Mesej muhibbah di gambarkan dengan kemunculan 'apek' yang membantu 'mak' nak tutup kedai.
Apek juga risau akan kawannya walaupun berbeza bangsa dan agama yang bekerja terlalu kuat untuk mencari rezeki. Takut takut jatuh sakit masa raya nanti katanya.

jahit-iklan-raya-2013

Klimaks iklan yang berdurasi 8 minit lebih ini terjadi apabila mak baru perasan yang beliau tersilap jahit kain. tertukar la pulak. Air muka mak terus berubah. Tak senang duduk orang tua tu. berbuka puasa pun tak senang kerana memikirkannya. Banyak pasang pulak tu. Tanpa pengetahuan anaknya beliau beliau terpaksa buat semula menjahit tengah tengah malam.

jahit-iklan

Ah sudah la review ala komsas ni. Kalau korang yang belum menonton iklan menyentuh perasaan ini boleh tonton di youtube. tonton Iklan Raya Petronas 2013 JAHIT di sini. Tahniah buat produksi yang membuat iklan raya sarat dengan mesej terbaik ni. Sama samalah kita mengambil pengajaran yang kita dapat melalui Iklan Petronas Raya 2013 JAHIT ini.

Posted By Kemal Merah7:40:00 AM