Showing posts with label Review 2013. Show all posts
Showing posts with label Review 2013. Show all posts

19 August, 2013

Apa Susah.. KlinikCinta.com kan adooo..

Filled under:


KlinikCinta.com Review


KlinikCinta.com | Anda mempunyai masalah percintaan roti empat segi yang semakin rapuh dicicah air kopi cap tarbus? , anda mempunyai dilema untuk memilih seseorang antara pilihan keluarga atau pilihan anda sendiri atau anda meminati seseorang gadis walaupun sudah menjadi hak milik orang seperti Yuyu Zulaikha.? Jangan risau jangan risau, sedangkan ketumbit di mata pun boleh di ubati, inikan pula masalah cinta.

Memperkenalkan projek terbaru rakan blogger kita yang diberi nama  KlinikCinta.com. KlinikCinta.com merupakan sebuah website yang mengkongsikan kisah cinta, tips, ayat cinta dan sebagainya yang berlandaskan cinta yang sebenar.

klinik-cinta


KlinikCinta.com ini dibarisi oleh krew krew yang arif mengenai cinta, mereka juga mempunyai ijazah kepujian yang dipuji puji dalam subjek CINTA. memperkenalkan mereka adalah:



none
 | khairulzamri@klinikcinta.com
Seorang yang minat terhadap blogging. Mula menceburi dunia blog pada tahun 2010. Bergiat aktif kedua-dua Blogspot dan Wordpress.

none
 | sheda@klinikcinta.com
Seorang blogger yang aktif dan ceria minat blogging dan photo editor part time sebagai blog designer.

none
 | wan@klinikcinta.com
Mula aktif dengan blog sekitar pada tahun 2012. Masih bergiat aktif dengan Blogspot dan Wordpress. Jom berkenalan dengan saya.

none
 | muja@klinikcinta.com
Muja seorang pejuang wanita yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik hari ini daripada semalam.

none
 | wazy@klinikcinta.com
Seorang yang simple dan bercita-cita tinggi.Mula meminati bidang blogging sejak tahun 2007 serta meminati Wordpress.

none
 | jc@klinikcinta.com
JC dengan blog tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu, minat shopping, dan happy go lucky dan murah dengan senyuman.

none
 | eyma@klinikcinta.com
Nukilan seorang gadis mampu mengukir keindahan sebuah senyuman.

none
 | nieyna@klinikcinta.com
Aktif blog tahun 2012. Personal blogger yang sentiasa mempunyai jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah cinta mengikut Islam.

none
 | admin@klinikcinta.com
Klinik Cinta adalah merupakan sebuah laman untuk berkongsi kisah cinta, tips, ayat cinta yang berlandaskan cinta yang sebenar.


Ya nampaknya krew krew di atas macam sudah dikenali ramai, rupa rupanya walaupun hebat berblogging, mereka juga merupakan pakar doktor sakit puan cinta.!

Kadang kala masalah cinta kita yang tragis dan penuh emosi bak drama melayu swasta tak semuanya boleh di ceritakan sebarangan, takut takut di membuka pekung di dada tanpa sedar. Tetapi jangan risau di KlinikCinta.com, anda boleh meluahkan, menceritakan masalah, cerita, pendapat anda pada pihak KlinikCinta secara halimunan ataupun anonymouse. Caranya mudah, hanya emailkan cerita anda kepada krew krew KlinikCinta.com yang anda berkenan.

Jika anda ingin berkongsikan pendapat dan pengalaman cinta anda contohnya anda pernah bercinta dengan lelaki negro sebagai contoh atau sebagainya boleh juga berkongsikan pengalaman menarik dan menghairahkan kepada KlinikCinta.com. semoga kisah cinta anda dijadikan pedoman dan iktibar untuk kita semua.

klinik-cinta

Untuk Maklumat Lanjut Layari 

Sekianlah review cinta dari saya, saya harap laman KlinikCinta.com akan lebih maju dan menyajikan cerita cerita dan tip cinta yang menjana pemikiran, kecerdasan otak dan berkesan di hati pembaca. Selamat bercinta KlinikCinta.com

Posted By Kemal Merah2:16:00 PM

01 June, 2013

OhBlogger | Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia

Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia | OhBlogger


ohblogger, hasrul hassan
OhBlogger Logo
Mencari ilmu itu adalah satu tuntutan, tidak kisahlah itu ilmu duniawi atau akhirat asalkan ianya memberi manfaat. Begitu juga dengan PENULIS LAMAN BLOG, atau Pembangun Laman Blog. ianya sudah pasti memerlukan ilmu untuk mengelakkan apa yang anda bina atau tulis selama ini menjadi SAMPAH atau taik di internet.
Bagi anda yang memerlukan panduan mengenai strategi atau tips mengenai dunia blogging, OhBlogger kelolaan blogger Hasrul Hassan ada menyediakannya. Dari A - Z mengenai panduan blog ada di blog beliau.


Sekilas Mengenai Hasrul Hassan - Pemilik OhBlogger


hasrul hassan, ohblogger
Hasrul Hassan - OhBlogger

Profile

Lahir pada 1976 di Batu Gajah, Perak. Kini menetap di Penang. Telah berblog sejak 2007; merupakan seorang suami dan bapa kepada 3 cahayamata. Berpengalaman dalam menulis jurnal dan tesis serta manual kepenggunaan, kini berkongsi ilmu dan pengalaman tentang blog terutama blogspot. Pernah berkhidmat dengan pasukan penyelidik USM dalam bidang kejuruteraan Trafik dan Lalulintas. Berkelulusan ijazah dalam Sains Komputer dan merupakan seorang yang aktif dalam komuniti SEMESTI.

Kepakaran

Kepakaran dalam membantu blogger blogspot Malaysia menghasilkan sebuah blog yang menarik, berkandungan berkualiti, mantap SEO (Search Engine Optimization) serta mesra pengunjung dan pembaca menerusi perkongsian ilmu berblogging terbaik daripada blogger-blogger yang telah berjaya, serta memastikan setiap blog dapat membina jenama sendiri dan meningkatkan trafik sehingga tiga kali ganda dalam hanya kurang dari sejam!

Lihat lagi di SINI


OhBlogger - Membantu Blogger Baru

Untuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya, anda memerlukan seorang mentor. Dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mentor sedikit sebanyak dapat membantu anda daripada terkial kial dan akhirnya hilang semangat untuk berblog. OhBlogger mempunyai pelbagai artikel panduan untuk blogger baru untuk mula berblog sehinggalah menjadi pakar SEO. Anda hanya perlu taipkan apa yang anda ingin tahu di kotak search OhBlogger sahaja. mudahkan.


OhBlogger - Panduan SEO Mudah

Masih lagi tercari cari sumber traffic percuma melalui enjin carian? jangan risau di OhBlogger di sediakan panduan ringkas dan padat mengenai SEO. Apa yang menariknya panduan SEO yang ada di OhBlogger adalah mudah untuk difahami oleh blogger baru.


Dengan panduan yang di sediakan oleh OhBlogger ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam membangunkan laman blog yang berkualiti.
Jadi untuk blogger yang baru nak panaskan enjin, jom sama sama kita mantapkan ilmu blogging. InsyaAllah Blog yang kita bina ini akan bermanfaat untuk orang di luar sana. walaupun anda menulis blog peribadi. Jom godek godek OhBlogger sekarang!


Posted By Kemal Merah3:36:00 AM

19 April, 2013

Review Blog Hebat : Madrasah Kehidupan [dot] Com

Filled under:

Assalamualikum, review blog hebat kali ini special sikit. Special dari content dan tema niche. Blog yang istimewa ini di beri nama Madrasah Kehidupan.com .

Apa yang istimewanya blog kepunyaan saudari Nor Afifah ini ialah konsep penulisan blog islamik yang berbeza dari blog blog islamik yang lain.

Kita boleh lihat dalam penulisan setiap entri yang di olah oleh beliau. Santai, Menarik dan Mudah untuk di fahami.


Bila kita bercakap tentang blog dakwah atau blog islamik, semestinya kita akan terbayangkan blog yang entrinya berjela jela entri nya, dan tiada faktor daya penarik untuk golongan muda untuk membacanya. 

Tetapi pendekatan yang di ambil oleh Nor Afifah dalam penghasilan blog Madrasah Kehidupan ini boleh dikatan agak menarik dan ohsem! Beliau bukan saja mnulis entri yang penuh dengan iktibar dan tauladan islam, tetapi beliau juga menghasilkan beberapa grafik islamik yang comel serta ciut sebagai daya penarik orang orang muda ke blog beliau.

antara grafik yang di hasilkan

Blog Madrasah Kehidupan juga ada menggambil upah membuat blog. Jadi, kepada sesiapa yang ingin memdapatkan perkhidmatan itu, bolehlah rujuk maklumat di sini - Tempahan Blog

kata kata akhir saya dalam entri serba ringkas ini, semoga blog Madrasah Kehidupan dapat membuat sedikit kelainan dalam menarik golongan muda menyelami syariat islam yang sebetul betulnya, hasilkan lebih lagi entri yang dapat menarik gologan muda membacanya, biar santai tetapi sampai . Fighting!!


Posted By Kemal Merah6:16:00 PM

21 January, 2013

Review Blog : www.cikbolat.com

Filled under:

Assalamualikum, ini adalah review pertama untuk tahun 2013 ini. Dan dengan segala hormat nya blog cikbolat dipilih dengan secara paksa rela. haha. ~

Blog hebat untuk tahun 2013 ini adalah blog .iamCekbolat daripada www.cikbolat.com.


Apa yang menariknya tentang blog www.cikbolat.com adalah cara / style menulis yang begitu santai dan LAWAK!. 

Walaupun santai dan diselitkan dengan sedikit jenaka bodoh pintar tapi masih lagi boleh di fahami dan kadang kala bagaikan kita juga merasai situasi yang ditulis oleh cikbolat. 


Lagi satu kenapa aku amat mengemari (cewah, haha) blogger dari alor staq kedah ini sebab cikbolat ni tak la  control ayu di blog  macam sesetengah blogger wanita yakni perempuan yang lain. kira sempoi....

Antara Entri Terbaik Pilihan

Saya OKAY :)


Dah Start dah .


#2 Surat Berantai



Untuk mengenali lebih lanjut cikbolat sila maju ke blog beliau ^^



p/s: ni aku review blog ka review blogger? haha

Posted By Kemal Merah1:49:00 AM