Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ulama

Alfatihah : Dr Muhammad Uthman El Muhammady Meninggal Dunia

 Dr Muhammad Uthman El Muhammady Meninggal Dunia KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di sini ISTAC, Taman Duta di sini malam tadi. Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari 1943. Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia. Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010. Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli