Showing posts with label Ulangkaji Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ulangkaji Ramadhan. Show all posts

24 June, 2013

5 Panduan Memilih Makanan Sempena Bulan Puasa

Filled under: ,

 5 Panduan Memilih Makanan Sempena Bulan Puasa


Makan di Bulan Puasa Ramadhan | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan penuh rahmat, bulan ramadhan al-mubarak. Di sini saya Dr. Ikhmal akan memberikan sedikit info mengenai panduan memilih makanan sempena bulan puasa yang akan tiba. Semoga kita sama sama meningkatkan kualiti ibadah puasa kita dengan menjaga pemakanan yang betul lagi sihat. Perut Kenyang, Ibadah Tenang, Hati Senang.

1. Kurangkan Makanan Berlemak

Kurangkan pengambilan makanan berlemak terutamanya lemak tepu seperti sumber sumber lemak daripada binatang, contohnya mentega dan keju. Lemak seperti ini mengandungi kolestrol yang sangat tinggi. Minimakan kuantiti minyak setika ketika hendak mengoreng atau menumis semasa menyediakan hidangan berbuka puasa.



2. Lebihkan Buah Buahan

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah buahan tempatan seperti belimbing, pisang, betik, tembikai mempunyai khasiat yang sangat tinggi berbanding buah buahan import seperti epal dan pear.


3. Lebihkan Air

Lebihkan pengambilan air putih atau anda boleh mencuba mengamalkan berbuka dengan minuman yang berasaskan buah buahan tanpa gula, dan elakkan anda meminum minuman manis seperti minuman kordial, berkafien, dan berperisa.


4. Kurangkan Masin

Kurangkan sedikit pengambilan makanan masin ketika bersahur. Ia akan menyebabkan diri anda akan berasa haus di siang hari di bulan puasa ramadan.


5.Berjimat

Sentiasalah ingat di hati dan minda bahawa anda perlu berjimat cermat apabila berada di bazar ramadan. Beli ikut kemampuan dan tahap pengambilan makanan yang mengcukupi, bukan mengikut nafsu.


Itu sahaja sedikit perkongsian untuk sama sama kita amalkan dalam bulan puasa 2013 ini. Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada seluruh umat islam.

Posted By Kemal Merah12:53:00 AM

16 May, 2013

Penerangan Ringkas Apa Itu Hadis Qudsi

Filled under: ,

Lupakan entri mengenai lysaa faizureen tersumbat hidung. Entri tu sebenarnya entri merapu. Untuk pengetahuan anda (ceh tak tanya pun...) aku ni nakal sikit. Bukan nak meraih populariti, tapi saja syok syok. haha.

Ini ada sedikit perkongsian mengenai apa itu hadis qudsi. Saja la nak bagi ada sekurang kurangnya dalam blog ini ada entri yang bermanfaat untuk umat islam. Ayik Asyik entri merapu ja.

Baik lah kita fokus pada tajuk utama.

hadis qudsi
Apa itu Hadis Qudsi

 

Apa itu Hadis Qudsi ?


Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.


Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau  susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.




Posted By Kemal Merah1:51:00 AM

21 July, 2012

Siaran Langsung Solat Terawih dari Mekkah di Youtube

Filled under:

Buat pertama kalinya di Youtube, kita boleh menonton Solat Terawih dari Makkah secara Live. Perkongsian meraikan kedatangan bulan ramadhan oleh GOOGLE melalui YOUTUBE ini, sedikit sebanyak memberikan ruang kepada kita dan berjuta juta pengguna youtube untuk melihat bagaimana suasana ibadah ini di jalankan di Makkah.

Bagi yang ingin melihat keadaan di Makkah pada wak tu ini boleh la melayari link di bawah ini.

Posted By Kemal Merah11:49:00 PM

12 July, 2012

Niat Puasa dan Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan

Filled under:


Jom kita sama sama ulangkaji cara yang betul melafazkan Niat Puasa Ramadhan.

Lafaz Niat Seharian Puasa
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Posted By Kemal Merah8:44:00 AM

Tanda Tanda Wakaf dalam Al-Quran dan Maksudnya

Filled under:

Memandangkan Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi, kita di tuntut memperbanyakkan lagi amalan seperti membaca Al-Quran. Jadi apa salahnya kita ulang kaji sedikit tentang tanda tanda wakaf wakaf di dalam Al-Quran. Semoga anda dirahmati Allah. ^^


  • Tanda mim ( م‍ ) dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.
  • Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah

Posted By Kemal Merah7:33:00 AM