Showing posts with label hacking. Show all posts
Showing posts with label hacking. Show all posts

19 May, 2013

Tips : Elakkan FB, Blog Daripada Digodam / HACK

Filled under: ,

Elakkan FB, Blog Daripada Digodam / HACK

comel tak kakton

Ucapan 10 saat :Selamat berkenalan untuk yang baru mengenali aku, terima kasih sebab sudi follow blogtak kiut ni

kepada sahabat-sahabat blogger, terima kasih kerana setia. rindu kat aku tak? haha. booooo..booo
sekian.

Berbalik pada tajuk post, kejadian hack meng hack ni adalah lumrah biasa yang sering kita lihat di arena media sosial, tak kira lah di pesbuk, twittterrrr, mahupun belog.

Usaha murni para hackers yang sudi meng 'hack' ni kadang kala menimbulkan masalah kepada kita. jadi ini ada sedikit tips ringkas untuk anda semua.



1. Waspada

Waspada setiap perkara yang anda terima menerusi email, message facebook, mahupun post di wall facebook. kadang kadang ada link yang dihantar kepada kita adalah link palsu. dalam erti kata lain 'laman web phishing'. Laman jenis phishing  ini seakan akan serupa dengan web asal.

maka sebelum isi maklumat anda di laman web tertentu, sila la jenguk jenguk di address bar, adakah itu alamat laman web yang sebenarnya. LINK : Apa itu Phishing


2. Boyfriend bukan lagi Suami

Ini satu lagi hal, jangan bagitahu password email, facebook kepada boyfriend, gelpren anda. kerana itu satu tindakan yang bodoh. bagi kat mak tak apa.




3. Pelbagaikan aksara Password

Password yang mempunyai pelbagai atau campuran nombor dan huruf adalah yang paling baik. ini adalah kerana kebanyakan sofware susah nak crack password yang bercampur campur.
sebagai contoh :

28bersih3.0duduk   <--di anggap strong
bersihcucilantai   <--di anggap low (lemah)




4. Awasi Keylogger

Ini yang paling ditakuti. keylogger adalah perisian spyware yang merakam apa jua aktiviti komputer anda.! so, hati hati bila berfacebook di cyber cafe.

Anda juga perlu berhati-hati jika mendownload sesuatu sofware seperti crack atau sebagainya kerana kemungkinan sofware yang kita download tu mempunyai gabungan keylogger bersama sofware itu.

hacker, blogspot


Update antivirus anda, kukuhkan firewall, (aku guna AVG 2013, memang mantoppp!)

sekian. itu adalah sebahagian tips ringkas yang boleh aku kongsikan untuk anda semua. kepada hacker-hacker di luar sana, minta maap. anggap je ni tuntutan fardu kifayah. hehe. wasalam..



Posted By Kemal Merah11:19:00 PM

11 April, 2013

Periksa Tahap Kekebalan Password Anda

Filled under: ,

Dalam isu keselamatan dalam talian / internet, perkara yang paling mustahak adalah 'password' atau 'kata laluan' Dalam entri yang lepas, saya ada menulis tentang pentingnya dalam menjaga keterbukaan maklumat diri di laman sosial., serta sedikit informasi tentang bagaimana blog atau facebook anda boleh digodam.

Kali ini saya mahu kongsikan kepada satu tool yang boleh menilai kekuatan password anda dengan mudah. Tool yang saya maksudkan itu adalah Password Checker daripada Cybersafe.my.

Kepada yang belum tahu, Cybersafe.my adalah pacuan CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu isu teknikal mahupun sosial oleh pengguna internet.

Bebalik kepada Password Checker yang disediakan oleh Cybersafe ini, orang ramai boleh meneliti dan memeriksa tahap kekuatan password 'kata laluan' di ruang yang disediakan, jika tahap kekuatan password anda mencapai 100%, anda tidak perlu risau jika akaun anda di (tembak) 'bruteforce' secara paksa.


Untuk memeriksa tahap kekuatan password anda, sila klik ke halaman yang disediakan di bawah

Posted By Kemal Merah3:48:00 PM

18 December, 2012

Cara Hack Blog ( +18 )

Filled under: ,

Assalamulaikum, tajuk yang paling sesuai untuk entri ini ialah bagaimana anda boleh kena hack. Jadi abaikan tajuk entri cara nak hack blog.

Disini aku ada sediakan link tips cara nak elak dari kena hack. nanti free free baca la ye..

kita straight to the point bagaimana anda boleh kena hack.
sebenar ada macam macam cara atau teknik yang membolehkan blog, facebook, mahupun twitter anda di godam ataupun hack.

1.Maklumat Facebook

Hati hati dengan mengisi maklumat peribadi anda di facebook. Segala galanya, tempat lahir, warna kegemaran, suka melancong kat mana, dan macam macam lagi.

Untuk maklumat anda, teknik asas seorang hacker adalah mendapatkan data. Melalui data data yang anda jelmakan di facebook mahupun blog ini membolehkan hacker yang lamers mengodam sesuka hati.
Maklumat yang di perolehi dari facebook mahupun blog akan diguna pakai oleh pengodam untuk 'menembak' atau 'tekaan' Sebagai contoh lihat gambar di bawah

cara hack facebook
Gambar 1
Dalam Gambar 1, hacker akan mencari maklumat yang boleh diguna pakai untuk mengodam. ini termasuk lah tempat mana dia lahir, contact info dia, asal kat mana dan macam macam lagi.

Lepas tu si hacker akan pergi ke account yahoo.com dan memulakan operasi.

cara hack blog
Gambar 2
Si hacker ini akan buat buat kononnya dia terlupa password yahoo dia. seperti dalam gambar 2.

Cara Hack blog
Gambar 3
Dalam proses nak reset kata laluan yahoo akan muncul soalan keselamatan yang pernah anda isikan suatu ketika dahulu. sebagai contoh dalam gambar 3. ayat nya berbunyi ' What town your father born in '

Jadi agak agak anda la, berdasarkan maklumat yang si hacker dapat melalui information data facebook anda tu, boleh tak dia jawab soalan tu.? huhu.

Paham? sebelum tu aku nak bagitahu, aku ni bukan lah pandai sangat. cuma aku rasa kesian kat kawan kawan, makcik, pakcik, nenek, datuk, di luar sana yang tak tahu apa apa tentang sisi gelap dunia cyber. dan suka aku katakan di sini, tak semua hacker jahat. yang duk godam tak tentu pasal tu adalah LAMERS.

Untuk Teknik Cara Hack Blog yang seterusnya, akan ditulis jika entri ini dapat 7 angka G+  hehe.. so sila G+ hohoho..


Posted By Kemal Merah10:30:00 AM

19 November, 2012

www.mcdonalds.com.my | Kena Hack?

Filled under:

mcdonalds kena hack
Tak dapat nak pastikan laman web mcdonalds ni kena hack atau di tutup buat sementara waktu. Umum mengetahui mekdi adalah franchise yang berasal dari israel.

Pray For Gaza, save palestine
Save Palestine

Posted By Kemal Merah1:30:00 AM

10 July, 2012

Cubaan Hack Blog Kertas Warna Merah

Filled under:

Geli hati aku bila dapat tahu blog Kertas Warna Merah yang buruk ini pun ada jugak yang sudi nak hack. Kepada Hacker tersebut, terharu gila aku.

Tapi bro.. hacking kau tu dah lapuk. tu cara lama. nak tangkap anak ikan boleh la buat macam tu. Lagipun tak ada faedah nye kau hack blog aku.

Apa salahnya kau hack blog yang hina islam, blog israel ka.. ada jugak pahala jihad di situ.

Buat blogger baru, hati hati, jangan termakan umpan hacker yang tak beretika.

Hacker ini menggunakan nama perempuan dan ayat ayat manis dan berharapan aku akan klik NurHanaFathia untuk pergi ke blog dia. dan apabila kita klik nama tu, gambar di bawah

Posted By Kemal Merah3:35:00 AM