Showing posts with label hari guru 2013. Show all posts
Showing posts with label hari guru 2013. Show all posts

15 May, 2013

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2013 | 1Aspirasi 1Agenda

Filled under: ,

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2013 : 

1Aspirasi 1Agenda

hari guru 2013

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
 
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
 
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan
 


Posted By Kemal Merah1:30:00 PM

13 May, 2013

Tema Hari Guru 2013 | Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda

Filled under:

Guru Malaysia : 1Aspirasi , 1Agenda


Sekilas petikan daripada portal rasmi KPM mengenai huraiaan tema hari guru 2013, 
Guru Malaysia : 1Aspirasi 1 Agenda.


 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


Walaupun hari ni baru 13 mei, tak ada salahnya aku nak wish awal sikit.hehe. Jadi dengan itu aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh guru guru yang ada di malaysia.

Dan juga guru di SKBaling, SKArau, SMKBaling, SMKAmanJaya, Terima kasih kerana mendidik aku ni.TERIMA KASIH CIKGU!

Gambar : Cikgu favorite masa sekolah. En Samsudin Musa SMK Aman Jaya Sungai Petani dengan mad adam.

Posted By Kemal Merah9:41:00 PM