Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

19 May, 2013

Tips : Elakkan FB, Blog Daripada Digodam / HACK

Filled under: ,

Elakkan FB, Blog Daripada Digodam / HACK

comel tak kakton

Ucapan 10 saat :Selamat berkenalan untuk yang baru mengenali aku, terima kasih sebab sudi follow blogtak kiut ni

kepada sahabat-sahabat blogger, terima kasih kerana setia. rindu kat aku tak? haha. booooo..booo
sekian.

Berbalik pada tajuk post, kejadian hack meng hack ni adalah lumrah biasa yang sering kita lihat di arena media sosial, tak kira lah di pesbuk, twittterrrr, mahupun belog.

Usaha murni para hackers yang sudi meng 'hack' ni kadang kala menimbulkan masalah kepada kita. jadi ini ada sedikit tips ringkas untuk anda semua.



1. Waspada

Waspada setiap perkara yang anda terima menerusi email, message facebook, mahupun post di wall facebook. kadang kadang ada link yang dihantar kepada kita adalah link palsu. dalam erti kata lain 'laman web phishing'. Laman jenis phishing  ini seakan akan serupa dengan web asal.

maka sebelum isi maklumat anda di laman web tertentu, sila la jenguk jenguk di address bar, adakah itu alamat laman web yang sebenarnya. LINK : Apa itu Phishing


2. Boyfriend bukan lagi Suami

Ini satu lagi hal, jangan bagitahu password email, facebook kepada boyfriend, gelpren anda. kerana itu satu tindakan yang bodoh. bagi kat mak tak apa.




3. Pelbagaikan aksara Password

Password yang mempunyai pelbagai atau campuran nombor dan huruf adalah yang paling baik. ini adalah kerana kebanyakan sofware susah nak crack password yang bercampur campur.
sebagai contoh :

28bersih3.0duduk   <--di anggap strong
bersihcucilantai   <--di anggap low (lemah)




4. Awasi Keylogger

Ini yang paling ditakuti. keylogger adalah perisian spyware yang merakam apa jua aktiviti komputer anda.! so, hati hati bila berfacebook di cyber cafe.

Anda juga perlu berhati-hati jika mendownload sesuatu sofware seperti crack atau sebagainya kerana kemungkinan sofware yang kita download tu mempunyai gabungan keylogger bersama sofware itu.

hacker, blogspot


Update antivirus anda, kukuhkan firewall, (aku guna AVG 2013, memang mantoppp!)

sekian. itu adalah sebahagian tips ringkas yang boleh aku kongsikan untuk anda semua. kepada hacker-hacker di luar sana, minta maap. anggap je ni tuntutan fardu kifayah. hehe. wasalam..



Posted By Kemal Merah11:19:00 PM

15 April, 2013

4 Online Document Converter

4 online document / fail converter


Adakalanya kita memerlukan pertukaran format dokumen untuk memudahkah urusan kerja seharian kita. Berikut ada beberapa laman web online yang boleh anda gunakan untuk menukar format fail dokumen anda.


1. DOCSPAL

Menyokong banyak format fail termasuklah dokumen, video, audio, gambar dan juga arkib fail. Anda juga boleh menghantar fail yang di tukar ke email.
LINK: Docspal




2. MERGE PDF
Jika anda mempunyai banyak fail PDF dan ingin menggabungkan menjadi 1 fail pdf, anda boleh mengunakan Merge Pdf ini.
LINK: MergePDF


3. ONLINE CONVERT
Penukar fail dalam talian ini percuma dan membolehkan anda untuk menukar media secara mudah dan pantas daripada satu format ke format yang lain.
Platform ini boleh menyokong pelbagai format fail.
LINK: ONLINE-CONVERT







4. YOUCONVERTIT
Platfom ini mudah untuk dikendalikan dan boleh menyokong plebagai format fail.
LINK : YOUCONVERTIT


Posted By Kemal Merah4:08:00 PM

11 April, 2013

Periksa Tahap Kekebalan Password Anda

Filled under: ,

Dalam isu keselamatan dalam talian / internet, perkara yang paling mustahak adalah 'password' atau 'kata laluan' Dalam entri yang lepas, saya ada menulis tentang pentingnya dalam menjaga keterbukaan maklumat diri di laman sosial., serta sedikit informasi tentang bagaimana blog atau facebook anda boleh digodam.

Kali ini saya mahu kongsikan kepada satu tool yang boleh menilai kekuatan password anda dengan mudah. Tool yang saya maksudkan itu adalah Password Checker daripada Cybersafe.my.

Kepada yang belum tahu, Cybersafe.my adalah pacuan CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu isu teknikal mahupun sosial oleh pengguna internet.

Bebalik kepada Password Checker yang disediakan oleh Cybersafe ini, orang ramai boleh meneliti dan memeriksa tahap kekuatan password 'kata laluan' di ruang yang disediakan, jika tahap kekuatan password anda mencapai 100%, anda tidak perlu risau jika akaun anda di (tembak) 'bruteforce' secara paksa.


Untuk memeriksa tahap kekuatan password anda, sila klik ke halaman yang disediakan di bawah

Posted By Kemal Merah3:48:00 PM

10 April, 2013

WeChat : Cara install wechat dalam komputer

Fenomena WeChat semakin berbunga bunga di hati anak muda malaysia. Sana sini orang bercerita pasal wechat, sampai lisa surihani pun promot wechat ni.

Bagi aku, wechat adalah satu aplikasi yang menarik dan mudah. Lain dari wassap. wechat ni nampak lebih friendly dan mudah digunakan, tapi yang paling penting lebih luas pencapaian sosial walaupun tanpa no telefon.


Baiklah, ini ada satu tips cara nak install wechat di dalam komputer atau laptop anda.

Keperluan :
-Secawan kopi,
-Windows 7 ke atas.
-Sofware Bluestack

Step 1
Mula mula download sofware bluestack ni dan install di dalam komputer /laptop anda. Bluestack ini adalah sofware untuk menjalankan aplikasi andriod di komputer. so kalau orang nak layan game tample run pun boleh.


Step 2.
Lepas selesai semua installation, kita cari applikasi wechat untuk kita installkan. caranya klik pada App Search. dan cari wechat.lepas tu install.


Step 3.
Lepas dah siap install, apa lagi log in lah. lepas tu add id wechat aku : akmal0 hehe..


Amacam mudah bukan, jadi jom kita tengok lisa surihani wechat dengan sam. haha.

Posted By Kemal Merah2:47:00 PM

05 April, 2013

Cara Lajukan Internet Broadband Teknik Orang Rusia

cara dan teknik lajukan internet broadband

Anda tercari -cari cara mudah untuk melajukan broadband celcom, digi, maxis anda yang lembab itu? Kini teknik popular yang biasa dilakukan oleh orang orang rusia akan di dedahkan kepada anda.

celcom broadband terbaik
entah siapa punya berukband

Internet broadband yang kehabisan bandwith amatlah menyakitkan hati. Kadang kadang baru guna 10 hari dan lembab macam siput babi. PUNCA? Layan Movie kat Youtube la tu kan.

Antara teknik melajukan internet broadband ini ialah dengan mengunakan VPN, atau sedikit trik CMD. Tapi apa kata korang cuba pula cara melajukan internet broadband mengikut cara orang rusia. Buka butang di bawah, 

p/s:sengaja aku hide sebab tak nak bagi blog loading lambat


















Amacam? dah try cuba cara tips melajukan internet ini? huhu. jadi tak?

Posted By Kemal Merah10:52:00 PM