Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nuffnang

Blogging Hanya Buang Masa ?

 Cash Out Nuffang Alhamdulilah.. cek untuk membeli coki coki 100 balang dah sampai. Setelah beberapa purnama mengembara, akhirnya sampai juga natang ni kedalam peti surat. nama penuh dan alamat di privasikan. Jadi sapa cakap aku buat blog ini hanya untuk suka suka, merapu dan buang masa??

Bakal Berlakon Iklan Nuffnang Blogbuster

Nuffnang Blogbuster Campaign : Acer hybrid Ultrabook mamat tu cakap "alah kecoh la kau ni" Akhir nya percubaan pertama aku nak try kempen blogbuster daripada nuffnang berhasil. Nuffnang telah terima video merapu aku tu. kah kah. Aku harap aku tak memalukan diri aku nanti. walaupun hanya iklan 10saat, oh malu rasanya. kena mintak tips dari +boni kacak . huhu. Kalau korang tertengok iklan tu esok sampai nasik keluaq kot hidung, aku mintak maap na. aku ta la sehensem mamat di atas. Apa itu Nuffnang Blogbuster Nuffnang Blogbuster Campaign adalah satu lagi teknik memperolehi pendapatan dengan nuffnang, Dengan Nuffnang Blogbuster Campaign ini anda dikehendaki untuk membuat klip video 10-15 saat berkenaan dengan campaign yang anda dapat pada waktu itu. Selepas video anda diterima nuffnang, video anda akan dijadikan iklan dan akan di tayangkan di blog anda. Habuan daripada iklan blogbuster yang diterima Anda akan memperolehi RM0.50 bagi setiap tontonan ikl

Mencari Ramli Musim Ke 2

 Mencari Ramli MENCARI RAMLI adalah program pencarian bakat bola sepak yang paling berpontensi di negara ini, dalam usaha untuk meningkatkan taraf bola sepak Malaysia, Program MENCARI RAMLI ini mendapat sambutan hangat oleh peminat bola sepak di seluruh Malaysia. Mencari Ramli Season 1   Mencari Ramli Season 1 Musim pertama MENCARI Ramli pada tahun 2012 menyaksikan 30 pemain muda yang di intai oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk memperlihatkan bakat bola sepak mereka, di mana kedua-dua pemenang Mencari Ramli telah serapkan ke dalam pasukan Harimau Muda Bawah-21   dan satu lagi finalis program ini berkhidmat sebagai penyerang di kelab bolasepak U.S Arezzo bawah -17 di Itali.   Mencari Ramli Musim 2 pada kali ini adalah susulan kepada program musim pertama , kali ini program ini diperluaskan pencarian di seluruh negara dalam usaha  mencari bakat muda bintang bolasepak malaysia dengan melalui  siri ujibakat   di 12 lokasi

Cara Mengunakan Nuffnang X

Baru baru ini nuffnang telah melancar satu aplikasi web pintar yang diberi nama NuffnangX. NuffnangX ini lebih mirip kepada  aplikasi web sosial seperti Facebok. Ini memberi peluang kepada seluruh penguna blog di malaysia dan nusantara untuk sama sama berkomunikasi dengan mengunakan aplikasi ini. untuk memahami apa itu nuffnangX, anda boleh la menonton video di bawah ini. Lepas tengok video ni, baru aku tahu cara sebut nuffnang dengan betul. hehe   Cara mudah mengunakan nuffnangX Sebenarnya Nuffnang sendiri telah menjelaskan bagaimana untuk mengunakan NuffnangX di blog mereka. Jadi anda boleh la membacanya di sini Panduan Mudah Mengunakan NuffnangX