Showing posts with label running man memory. Show all posts
Showing posts with label running man memory. Show all posts

17 February, 2013

Menjadi Content Creator (cc) di Fanpage Facebook RM

 Baju Running Man Murah

Alkisahnya baru baru ni ada sebuah fanpage yang agak ramai likers yang mencari content creator atau cc yang baru untuk fanpage facebook.

Memandangkan aku ni amat suka benda benda yang pelik-pelik dan tambah tambah benda yang tak pernah aku buat, aku pun massage lah kat admin fanpage tu, habaq nak join jadi cc.

 Maka bermulalah kareir aku sebagai content creator.


Running Man Memory ini sebenarnya ialah fanpage untuk menjual merchandise running man. Macam macam design running man yang brader tu jual.  Sepanjang permerhatian aku sejak jadi content creator yang tugas aku hanya post benda benda berkaitan running man, memang laku gila baju yang brader tu jual. Almaklumlah, ramai peminat running man malaysia sekarang ni.

Rupa rupanya aku tidak keseoarangan, ada lagi beberapa cc yang ada. semua nama nickname hebat- hebat belaka. Tapi aku?

Aku cuma letak nama KEKURA sebagai nickname untuk setiap post aku. haha.


nama tak glemer langsung.

Jadi Buat peminat runningman malaysia yang nak beli baju running man yang murah dengan design yang cantik dan cun, kunjungi Running Man Memory .

Posted By Kemal Merah2:49:00 PM