Skip to main content

Tahukah anda otak burung unte lebih kecil dari mata nye.... - PANAS-


Tahukah hampa, masalah overheating ni merupakan masalah utama bila membeli laptop.  Sebab desktop mempunyai pengaliran udara yang lebih baik kerana saiz casing yang besar berbanding laptop yang mempunyai saiz yang kompak. Kalau awal-awal beli mungkin takdak masalah.  Tapi kalau dah bertahun mungkin masalah ni akan datang dan berupaya untuk menjahanamkan laptop yang disayangi.

Tanda-tanda laptop overheated:

  • Selalu shut down sendiri secara tiba-tiba.

  • Skrin laptop tiba-tiba freeze/hang dan berlaku banyak kali.

  • Bahagian bawah laptop berhampitan dengan kipas terlalu panas walaupun hanya Operating System (OS) sahaja yang berfungsi.  Tak bukak game pun.

Biasanya bila suhunya dah terlalu tinggi laptop akan off sendiri untuk mengelakkan kerosakan pada hardware.  Tapi kalau sistem ni tak berfungsi laptop anda akan menjadi seperti ini:


kite bakor.!!



Bila hardware rosak terutamanya motherboard memang tinggi kos pembaikannya.  Lagi baik beli latop baru je sebab mungkin harga laptop baru lebih kurang dengan harga motherboard. 

Cara nak mengurangkan kepanasan laptop:

  • Kalau disebabkan habuk yang melekat pada kipas laptop, compressed air bolehlah digunakan.  Tapi nak guna kena ada skillnya macam kat sini dan saya masih belum mempunyai keberanian untuk mencubanya.

  • Jangan letak laptop atas permukaan yang lembut contohnya atas katil atau sofa sebab ia akan menghalang pengaliran udara di bawahnya.  Kalau tak percaya boleh try letak laptop atas katil dan atas lantai.  Rasa perbezannnya.

  • Jangan simpan laptop yang masih ‘on’ dalam beg.  Konon-konon malas nak shut down.  Skrinnya boleh rosak akibat kepanasan.  Jadi, baik hibernate atau shut down dulu sebelum simpan.

  • Pakai cooler pad.  Dari semurah RM 5  sampai ratusan ringgit pun ada (macam Cooler Master).  Kalau kaki gamers mungkin perlukan yang mahal ni.  Tapi kalau yang pengguna biasa yang RM10 pun dah cukup.  Tapi kalau mahal pun bila habuk dah melekat tak guna jugak kan.  Oleh itu, silalah bersihkan kipasnya selalu.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Apa Itu Phishing.?

Apa itu Phishing.?  Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.  Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.  Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing. E-mel palsu adalah alat yang paling banyak digunakan untuk mela