Skip to main content

Lari Ikut jantan??? Apakah!!!!!!!


KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan
diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.   

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.

Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - Bernama

p/s: berat nanag..lari ikut jantan rupanya..

apakah
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/gadis-hilang-di-kuantan-mengaku-tak-diculik-1.34104

Comments

IamJoonet said…
baru naik tajuk di jamban.seb aku masuk sini.cukup kertas merah yang luah dulu..panas hati aku.instinct aku..memang sah-sah budak ni lari ikut jantan..kesian mak bapak dia..nauzubillahminzalik
Cikgu Ma said…
dah pandai menipu...ish..ish, apa la budak2 sekarang...

jgn bawak awek masuk umah plak ye..hihi
Unknown said…
ishhh cm tue ke pakwe..bkn nk ajar awez jd bek...malah bawak duk umh skali lak...famly laki tue pn bersubahat sama gak.hmmm...
manusia xpkai akal..erghhh..suke mnysahkan org lain..
Akemal said…
kesian mak dia..hmm..sabo je lah..
DakwatHitam said…
gatal sgt..kawinkan je la....

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

*Update* Jom Sertai Bloglist Kertas Warna Merah!!

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Segmen : Jika Aku Pelakon Popular ...... Alkisahnya, semasa buat rondaan bersekutu dari bolg ke blog, sampailah ke blog Mak Dara   yang mengugguli anugerah Worst Blog Of The Year baru baru ni di Worlds Blogger & Social Media Awards 2012. Dia ada buat segmen berkisarkan industri seni lakon. almaklumlah orang industri perfileman katakan.. jom jawab soalan ringkas yang ditanya dalam segmen ini. Mak Dara Tanya : Nama glamo