Skip to main content

Chromebook : Inovasi Terbaru dari Google

 Chromebook : Inovasi Terbaru dari Google


Zaman dah berubah, laptop dan komputer pun mengalami evolusi, kalau dulu komputer sebesar bilik, tapi zaman sekarang kecenet (kecik) je, siap boleh sorok-sorok bawah sarung bantal.


Chromebook 

Baru baru ini google ada memperkenalkan laptop yang mempunyai ciri ciri istimewa yang diberi nama Chromebook. Chromebook? seakan akan Google Chrome pulak kan.

Chromebook adalah tiang komputer peribadi (laptop) yang menjalankan pengoperasian Chrome OS. Makna kata, sama sahaja seperti laptop yang sedang anda gunakan itu cuma dia tak pakai windows 7 or Ubuntu, tapi pakai Chrome. Klik untuk tahu apa itu Ubuntu

Keistimewaan Chromebook

Apa yang menariknya mengenai chromebook ini, ianya tidak mempunyai hard disk. Jadi kat mana nak simpan movie movie korea, mp3 nasyid dan tesis mahupun asigment ???
Chromebook ini sebenarnya beroperasi dengan Cloud (Awan) Awan yang aku maksudkan disini ialah Storan Awan bukan Awan Dania.

Makna nya, chromebook ini tidak mempunyai perisian tetapi aplikasi dari google contohnya google doc dan etc, so semua kerja kerja anda data data semua tu diuruskan oleh storan awan.

Dengan tiadanya sofware-sofware dalam tu, ini menjadikan chromebook boleh boot dalam beberapa saat sahaja.Pejam celik dah boleh guna.



Tapi yang pastinya, anda haruslah mempunyai line internet. wifi atau berukbang ke. so kalau tidak kita tengok chromebook ini macam ketul batu je ..

untuk memahami lebih lanjut mengenai chromebook, kakak kakak abang2 adik2 sekalian boleh la tonton privew chromebook di bawah.


Sumber :
http://www.google.com/intl/en/chrome/devices/landing.html

Sumber gambar :
Pakcik Google.com

Comments

Tieah Madian said…
Ahh. Rajin pulak kau update pasal teknologi. Hehe. Orang semua sibuk dengan iphone 5 je sekarang ni.
fizalinolie said…
Thanks yer kerana sudi singgah dan follow blog saya. Nice info about chromebook :)
Hazmin Hamudin said…
Nak lawan macbook ni... Tapi macbook tetap di hati... hehe
Unknown said…
ala..x mampu..tp best nie kalau dapt deh..;)
cerita best said…
pakjoe nk beli 5 la jap g nk bg dekat tuan blog 1 hehehe
Unknown said…
Samsung dengan Google bergabung ye ? hehe .. jgn tiru Apple lagi sudah laa.. kang tak pasal2 Google kena saman pulak .. blogger nak buat apa nanti ? huahua
Anonymous said…
first skali bila tau pasal chrome book aritu din pikir satu je mcm mana nk men game hehe lau x dak line tenek boleh buat alas lapik kaki je kan? haha
dya nasir said…
haha..sush lh kalau xde line internet..hihi.. seperti tgk dinding.haha

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Apa Itu Phishing.?

Apa itu Phishing.?  Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.  Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.  Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing. E-mel palsu adalah alat yang paling banyak digunakan untuk mela