Skip to main content

Blogger vs Vlogger

Vlog atau video log ni sama tetapi tidak serupa dengan blog. Kalau Vlog ianya berkonsepkan video berbeza dengan blog yang mementingkan penulisan. Persamaan nya cuma satu iaitu berkongsi atau 'sharing' cuma pendekatan dan cara yang berbeza.
http://www.youtube.com/user/aie89

Kalau anda kaki tangan youtube anda mesti tidak asing lagi dengan matlutfi, kyopropaganda, amanwan, mentol pecah, aie89, alifstyle dan ramai lagi bakat bakat vlogger malaysia.

Blogger sebagai Vlogger

Sebenarnya ramai blogger blogger malaysia sudah menceburi bidang vlogging ini. Maria Elina (macam mana eja?)  Boni Kacak dan ramai lagi.

Aku dulu pun pernah juga ber vlogging. Masa tu zaman muda mudi tahun 2010 rasanya. Aku ada juga buat beberapa video. Rakam video HD bukan main, tapi lepas edit jadi 240p je. haha. masa tu edit guna wmm je..

Oleh kerana aku ni pemalu, aku padam hampir semua video aku dan cuma tinggal 1 je video untuk di jadikan kenang kenangan. dan sekarang aku fokus untuk berblog.


Vlog ini aku rakam masa tengah study di kulim tahun 2010. Alkisahnya baru lepas final exam, aku dengan member serumah merancang untuk jalan jalan makan angin. haha. kalau nak tengok aku zaman muda mudi boleh tonton video di atas. Anda ada vlog? jom kongsikan.

Lepas tengok vlog Boni Kacak aku rasa macam nak bervlog balik.!

Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

*Update* Jom Sertai Bloglist Kertas Warna Merah!!

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...