Skip to main content

5 Cara Menjadi Blogger Paling Popular

5 cara menjadi blogger paling popular 

Gambaq tak ada kena mengena ini tajaan BEN10

1. Gedik kan diri di facebook.

Jika anda seorang yang bersikap serius dan jarang senyum walaupun menonton lawak opera van java, anda sepatutnya kena mentranformasikan diri anda untuk menjadi seorang yang gedik atau erti kata lain riang ria.
Post sekurang kurangnya enam keping gambar yang menutup aurat tapi gedik di fanpage facebook anda, dan letaklah caption yang annoying dan merujuk kepada link entri blog anda. Persetankan orang nak kutuk, biaq pi kat dia.!

2. Komen blog orang lain secara ramah dan berhemah.

Teknik ini adalah asas untuk menjadi blogger popular. Ianya macam anda sedang menghadiri perjumpaan wajib di warung warung kopi setiap petang. Tunjukkan diri anda ini ramah dengan komen komen yang bernas dan mencakna fikiran. Bukan dengan komen komen yang lari dari tajuk asal.

3. Menghadiri event atau majlis yang mengumpulkan semua blogger.

Jika anda ada sedikit ruang dan masa, anda juga digalakkan untuk menghadiri majlis majlis atau event yang mengumpulkan blogger blogger. sebagai contohnya seminar buat duit dengan blog, anjuran akedemi denaihati.com.

Apa jauh sangat tempat event tu? ok nanti ramai ramai kita minta taukey denaihati.com buat tour seminar seluruh malaysia.

4. Kontrovasi (macam mana ejaan sebetulnya?)

Buat gimik atau entri kontrovasi dalam blog anda. Plan satu kontrovasi keji dan pastikan anda sudah menyediakan penyelesaian untuk kontrovasi tersebut. Cara ini amatlah merbahaya jika anda tidak plan sebetul betulnya. Jika anda bijak dan berhati kering, nescaya anda akan popular dalam masa yang singkat. silap silap muka anda akan di paparkan di papan notis orang orang yang dikehendaki di balai polis.

5. Mengampu blogger lain yang sudah popular

kerapkan buat entri berkenaan blogger blogger popular. tarik perhatian mereka dengan pujian pujian tahap dewa dalam setiap entri anda. Tunjukkan yang anda amat mengagumi blogger popular tersebut. walaupun anda baru saja kenal blogger tu dalam sehari, anda perlu tulis mengenai blogger popular tu bagaikan anda kenal dia bertahun-tahun.

Senarai Blogger Popular Untuk di Ampu

sekian. Terima kasih luangkan masa anda untuk membaca entri merapu ini. semoga anda semua berjaya mencipta nama sebagai blogger popular. Nanti kalau dah berjaya jenguk jenguk la blog ni. jangan sombong- sombong. Allah pandang kita semua sama saja. muah! wasalam..

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Apa Itu Phishing.?

Apa itu Phishing.?  Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.  Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.  Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing. E-mel palsu adalah alat yang paling banyak digunakan untuk mela