Skip to main content

7 Ragam Blogger Malaysia

 Ragam Blogger Malaysia Yang Selalu Kita Lihat


Ragam Blogger Malaysia | Entri kali ini hanyalah sekadar entri santai bacaan ringan. Tiada kaitan samada yang masih hidup, mahupun yang akan mati. Tak ada niat nak perli perli. sesaja je nak bagi panas hati. hehe.


Blogger Sombong

Ragam paling popular sekali dalam arena blog MALAYSIA, Blogger Sombong. Tak kisah la blogger baru atau lama, ada juga seketul dua blogger yang memang ekk!. Tapi sombong macam mana pun tetap digemari peminat peminatnya.












 

Blogger Lelaki Pecinta Wanita

Ragam seterusnya adalah blogger yang boleh dikatakan agak pecinta wanita. Blogger ini selalu ada untuk blogger wanita, awek, atau pun janda yang singgah di blog mereka. Bersikap rasis kepada kaum lelaki yakni sama jenis dengan nya. Seringkali sedia menjawab atau membalas komen atau entri daripada blogger wanita, kalau blogger laki dia buat derk je.











 

Blogger Syok Sendiri

Blogger syok sendiri ini adalah ragam tanpa sedar. Sentiasa bermegah megah dengan pencapaian. semua dia nak heboh. Kesan daripada syok sendiri adalah beliau berjaya memperoleh pendapatan yang agak mengagumkan. Sapa kata syok sendiri ni tak bagus?

















 

Blogger Malas Update

Bukan malas sebenarnya, tapi tak ada idea nak update blog. hehe.Kadang kadang sampai berbulan bulan blog tak update. Mungkin kerana busy kerja sampai tak terupdate blog.Sentiasa berada di list terbawah bloglist di blog.


















 

Blogger Jiwang

Sentiasa update mengenai hubungan dengan teman lelaki atau teman wanita. Sentiasa memuja awek atau pakwe di blog, sampaikan banner pun letak gambar bermesraan makan tuti frutti denga pasangan. Selalunya blog macam ni dihalimunankan daripada pengetahuan ahli keluarga yang lain.














 

Blogger Sedih

Ragam blogger sedih ini amat sedih sekali, selalu menulis hal hal yang menyedihkan didalam blog. Awek minta putus terus dimakinya awek tu dalam blog, mungkin itu sebagai salah satu cara terapi meluahkan perasaan sedih.













 

Blogger Gila Gila

Ragam blogger ini mungkin yang menarik sekali. blogger gila gila ni sangat menghiburkan hati pambaca nya. ada saja entri gila dan tak masuk akal untuk di kongsikan kepada pembaca. Walaupun bukan 100% benar, cukuplah sekadar untuk menghiburkan hati. Tapi awas, jangan jadi gila babing.










Comments

Saya dari Indonesia, Saya suka blog ini, kapan kapan awak mampir lagi :)
ZachSaMe said…
saya cuma malaysia blogger yang nak bina nama sendiri hehe

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Apa Itu Phishing.?

Apa itu Phishing.?  Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.  Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.  Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing. E-mel palsu adalah alat yang paling banyak digunakan untuk mela