Skip to main content

Izzue Islam Sah Bergelar Suami Kepada Awin Nurin

Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin


Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin | Perkenalannya dengan Awin adalah pada ketika dia bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue selepas dia menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.

Bertempat di Dewan Shah Alam, hari ini berlangsungnya majlis pernikahan pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam yang sah bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin.

Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 9.45pagi tadi diijabkabulkan sendiri oleh bapa Awin iaitu Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Izzue, 23, bijak merahsiakan percintaan dengan pengurus sendiri selama 5 tahun malah Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada bulan Jun 2012 tanpa pengetahuan peminat.

Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga & mengambil konsep indoor garden sebagai tema.


sumber: OhArtis

Tahniah buat Izzue islam dan awin nurin, semoga berbahagia sampai ke jannah.

Comments

Popular posts from this blog

*Update* Jom Sertai Bloglist Kertas Warna Merah!!

Seni Dalam Facebook edisi Najwa Latif (erkkkk..)

Ni aku nak tayang chat aku bersama Najwa Latif Cinta Muka Buku Teks tu....

SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER

SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER