Asalamualikum, alkisahnya baru baru ni gempar apabila seorang makcik terkantoi gambo nye di internet yang menunjukkan dia membela anjing... amatlah terserlah kemesraan mereka. dalam banyak-banyak haiwan mahupun serangga kat dunia nih, kenapa la makcik tu pilih nak bela anjing. kenapa tidak arnab, kura-kura mahu pun ayam.
dan berduyun-duyun la di facebook mahu twitter yang mengheboh-hebohkan cerita sensasi ni. ada yang kutuk ada yang sokong makcik tu.
ada jugak yang komen-meng komen tanpa asas ilmu agama. main pakai komen ja.. siap boleh buat fatwa sendiri. huhu. betul kita bebas memberikan pendapat, tapi mestilah berlandaskan hukum syariat.
kita ambil pendapat dari ulama alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah saw.
: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain]
merujuk daripada hadis tu MEMBELA ANJING SEBAGAI HOBI ADALAH HARAM.
bagaimana pula dengan memegang, menyentuh anjing tu, haram jugak ke.? huhu. umum masyarakat kita masih lagi tak paham dengan isu ' Haram Sentuh' ni.
Babi dan anjing ni ialah najis mughallazah (najis berat) yg kita perlu samak jika tersentuhnya dalam keadaan tidak kering. Bila sebut bab najis ia bukanlah suatu yg haram disentuh tapi bila dah kena tu wajiblah kita sucikan supaya tak jejaskan ibadah.
Mungkin disebabkan ia najis berat dan pengharaman makan babi or anjing dan sekutunya inilah yg membuatkan kita keliru sebenarnya. Tak haram pun sentuh tapi wajib disucikan.
lepas ni kalau nampak gambo seorang muslim yakni islam pegang anjing atau babi, jangan duk kata pulak "eww..budak tu pegang anjing.HARAM.!!" padahal budak tu nak tolong anjing tu yang jatuh dalam lubang.
lepas ni kalau nak komen gambo makcik tu kena komen " apasal dia ni bela anjing, haram bela anjing sebagai hobi" bukan nya "apasal dia ni pegang anjing, haram dalam islam pegang anjing"
kesian kat adik-adik yang semakin konfius dalam agama bila baca komen-komen kat FB anda tu..huhu..
p/s : lari dari anjing takut kena tokak. sakit ooo
lebih baik peluk babi dengan anjing dari peluk awek
Comments