Lin Dan boleh di katakan musuh tradisi bagi Datuk Lee Chong Wei, masih ingat tak Olimpik 2008? kemenangan pada waktu itu berpihak kepada Lin Dan dan sudah semestinya Datuk Lee Chong Wei akan memastikan peristiwa tewas di Beijing tak akan berulang di London 2012. Apa apa pun kita nantikan Perlawanan Akhir Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan. Mengimbas pertemuan pada final Sukan Olimpik 2008, Chong Wei berkata keadaannya kini berbeza ketika lawannya beraksi di gelanggang sendiri dan kini Arena Wembley adalah gelanggang berkecuali. Bagaimanapun, Chong Wei mengakui beliau kini mula rasa tertekan sama seperti sebelum menemui Lin Dan pada perlawanan akhir di Beijing pada 2008. Mengikut statistik, Lin Dan mempunyai kelebihan ke atas Chong Wei dengan memenangi 20 daripada 29 pertemuan antara mereka. Pada pertemuan terakhir semasa Kejohanan All England, Mac lepas, Lin Dan mendahului 21-19 pada set pertama dan 6-2 pada set kedua apabila Chong Wei menarik diri ...