Aiishhhh... Perang dingin ni dah berlanjutan selama setahun. Aku tak sangka aku akan gaduh dengan sahabat baik aku sendiri. Memang tak sangka. Gaduh macam gaduh dengan awek. Tapi aku terima hakikat yang kawan baik aku tu LELAKI. haha. tak mungkin aku nak pujuk dia macam pujuk awek. Memang dasarnya LELAKI EGO. Aku tak mahu mengalah, dia pun sama. masing masing ada tembok egois setinggi tembok israel - palestin. mungkin itu puncanya perang dingin ini berlanjutan sekian lama. Bila di scan dan tilik mencari punca permasalahan, memang nya aku rasa bersalah pulak. Terlalu jujur kah aku.? huhu. Arghh.. aku tepis ke sisi dinding perasaan bersalah itu. Aku rasa aku buat benda betul. Siapa suruh kau tak terima hakikat. p/s: aku rindu kat hang bodoh
Ikhmal Malique's Blog