Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Sebab Lain Kenapa SCM Player Tidak Mesra Blogger

Assalamulaikum, baca tajuk entri ni macam nak gaduh je kan. releks. dan bawak bertendang, sebenarnya ini hanyalah sekadar entri respon dari entri tips pasang lagu untuk blogger baru . Dalam entri tersebut banyak feedback yang aku dapat, dan rata ratanya semua tidak bersetuju pemasangan lagu di blog dengan mengunakan scm player. Selain daripada menambah keberatan blog dan loading ter'dua' kali, ini adalah mungkin lagi salah satu sebab kenapa scm player tak sesuai untuk blog. rujuk print screen comment di bawah ini.  sahabat kita, zizie daripada blog ice princess maklumkan yang ada sesetengah kolej kolej yang memblock blog mahupun web yang pakai scm player. kalau nak tahu beliau dari kolej mana, sila tanya zizie. walaupun tak semua yang block, tapi aku rasa itu macam satu kerugian, mana la tahu ANDAI KATA ada pelajar atau student tersebut yang mencari maklumat dan maklumat tu ada di dalam blog anda tapi sayang nya blog anda tidak dapat di akses kerana adanya scm playe

Live Streaming malaysia vs singapura AFF Suzuki 25.11.2012

Untuk rakan rakan yang tidak dapat menyaksikan perlawanan malaysia vs singapura di AFF Suzuki Cup malam ini di televisyen, bolehlah menonton perlawanan malaysia vs singapura secara live streaming di link yang di sediakan. live streaming malaysia vs singapura AFF Suzuki Cup 2012 25.11.2012 8.45PM live streaming 1

Baru Balik Dari Bercuti

Matahari Terbenam di Pantai Kuala Perlis Assalamulaikum,  Baru balik daripada cuti cuti utara malaysia. Nikmatilah pemandangan matahari terbenam pantai kuala perlis hadiah dari aku untuk hangpa semua. pandai tak aku snap gambar tu?  Beberapa hari tak update blog rasa janggal pulak. haha. Sebenarnya banyak cerita yang nak aku tuliskan, tapi releks dulu. Tengok Malaysia vs Singapura di AFF SUZUKI jap. huhu p/s: Update blog dah macam update status facebook.

Burger McD Percuma

Sementara Umat Islam di Malaysia duk berbalah  pasal burger percuma mekdi,    Saudara kita di palestine ada yang tak sempat nak makan walaupun sekeping roti..

www.mcdonalds.com.my | Kena Hack?

Tak dapat nak pastikan laman web mcdonalds ni kena hack atau di tutup buat sementara waktu. Umum mengetahui mekdi adalah franchise yang berasal dari israel. Save Palestine

Tips pasang lagu di blog untuk blogger baru

Tips pasang lagu di blog untuk blogger baru ini hanyalah sekadar pendapat aku. Jadi andai kata aku tersilap tulis, maafkan lah aku ok. Ini hanya pendapat dan cadangan peribadi aku. Letak lagu dalam blog bagi aku tak salah. Terpulang pada anda. cuma cadangan aku, kalau nak letak lagu dalam blog jangan ambil dari scm music player. Ambillah daripada youtube. "TAPI SAYA NAK AUTOPLAY , bila orang buka je blog boleh dengar lagu pilihan saya." buat anda yang belum tahu, youtube membolehkan kita play lagu atau video secara automatik. cara ini belambak lambak ada dalam google. taip je ' cara letak lagu youtube autoplay ' mesti jumpa punyalah. "TAPI SAYA NAK LAGU SAJA BUKAN VIDEO" ok macam ni, youtube juga membenarkan kita adjust saiz gambaran video kan. jadi anda boleh adjust saiz video tu ikut suka hati anda. anda buat lah video tu nampak butang play/pause sahaja. "KENAPA TAK BOLEH AMBIL DARI SCM?" emm, tak semua blogger pakai unifi dik. ha

2012 Tahunku Yang Kacak

2012 Tahunku Yang Kacak ini adalah contest seo yang di anjurkan oleh blogger syaifuddin alias . Apa yang menariknya, contest 2012 tahunku yang kacak ini di taja oleh master master blogger dan sudah pastinya hadiahnya lumayan.! 2012 tahunku yang kacak Dalam penglibatan aku dalam dunia blogging pada tahun 2012 ini boleh di katakan agak kacak. kacak yang aku maksudkan disini adalah 'lebih baik' dari tahun sebelum sebelum nya. Alhamdulilah, dalam tahunku 2012 ini aku berjaya menyempurnakan beberapa experiment dalam blogging. Dan aku sekarang semakin ' kacak dengan hasil experiment '. 2012 Tahunku Yang Kacak Bukan aku nak merasa bangga, tapi PUAS. Setelah sekian lama aku berblogging, baru sekarang aku merasakan kepuasan dalam berblog. kepuasan itu tiba dalam tahun 2012. Betullah kata pujangga, belajarlah dari pengalaman, tak cukup kalau kita hanya sekadar membaca tutorial atau teknik blogging kalau kita tak praktikan nya. kita mesti cuba. kalau kita tak c

HH Ajak Kenal Blogger Baru

Assalamualikum, cikgu hasrul hassan ada buat segmen lagi. Kali ini HH ajak kenal blogger baru. tunggu apa lagi jom kita libatkan diri dalam segmen ini. Hasrul Hassan Salam perkenalan dari saya, anda boleh panggil saya mal atau nama glemer saya merah (cewah).  Blog kertas warna merah ini telah wujud sejak 2009. waktu tu masih lagi budak budak rebina, blog pun dah macam hidup segan mati tak mahu. bayangkan 1 entry 1 tahun. haha Blog yang anda lihat sekarang ni adalah hasil comeback selepas setahun saya tidak berblogging. so kira blogger baru lagi la kan, HH kan? hehe TUJUAN BERBLOGGING Tujuan asal saya berblog adalah nak cari duit poket masa zaman belajar dulu. Sekarang fokus untuk berblog semakin meluas dan saya banyak menulis mengenai pelbagai isu semasa, teknologi, blogging, dan internet. Ada kala nya saya ada juga menulis mengenai cerita peribadi sikit sikit. senang kata blog ni dah jadi blog rojak. Sekarang Berblogging sudah menjadi hobi saya. Buat yang baru mengenal

My Seong

To : Seong's daughter I can;t steal your heart so I only steal my tears Satu hal yang tak bisa ku lupakan dirimu Saat kita jalan tanpa rasa itu dan kau mengenalku Itu awal sebuah kisah cinta dimulai Meski ku tahu aku bukanlah pilihan yang terbaik Ku sudah ada yang punya, begitu juga dirimu Tapi terasa lebih dari cukup kau menyayangiku apa adanya Meski akhirnya berpisah, kita tak perlu terpisah Hanya dengan rasa cintaku kau akan melekat di jiwaku Meski ku tahu aku bukanlah pilihan yang terbaik Ku sudah ada yang punya, begitu juga dirimu Tapi terasa lebih dari cukup kau menyayangiku apa adanya Meski akhirnya berpisah, kita tak perlu terpisah Hanya dengan rasa cintaku kau akan melekat Kau telah melekat di jiwaku . vector by : DinGraphic song by : Kerispatih

cara membuat ttakji

Keyword ' cara membuat ttakji 'sering kali tersenarai di dalam senarai keyword blog merah ini. walaupun tak banyak mana adalah seketul dua keyword 'cara membuat ttakji ' pada setiap minggu. ttakji atau ddakji. Pic by: Hangukindo Tapi malang sekali buat orang yang mencari cara cara nak buat ttakji di blog ini, anda memang tak akan menjumpainya di sini. Minta maaf banyak banyak sebab aku tak pandai nak buat tutorial. kalau nak juga tutorial cara buat ttakji ni, boleh pujuk nur ikaa. suruh dia buat tuto pasal ttakji. Bagi yang belum tahu apa itu ttakji atau ddakji. ttakji adalah salah satu permainan tradisional budak budak korea. Buat sementara itu, ini ada blogger dari indonesia yang boleh  tunjukkan cara cara membuat ttakji . Terima kasih mas.. (cewah) Tapi aku rasa main tepuk kad best lagi.  Video bebudak korea main ttakji atau ddakji

Juara Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2012

Sebentar tadi telah berakhirnya program bintang kecil rtm peringkat kebangsaan 2012 . Juara bintang kecil rtm 2012 kali ini jatuh kepada adik nur syahdina nadiah dari sabah.  Tahniah buat adik nur syahdina nadiah. Peserta pertandingan terdiri daripada Fatmawati Helmi dan Nur Syuhada Afiqah dari Sarawak, Danial Chuer dan Nur Syahdina Nadiah (Sabah), Anis Natasya (Zon Timur), Nur Emilia Natasha (Zon Utara), Abdul Razzaq Muqri (Zon Selatan), Abby Norlila (Zon Tengah) dan Awangku Muhamad Nurehsan Luqman (Brunei). Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/15/bintang-kecil-rtm-peringkat-kebangsaan-2012-sabtu-ini/#ixzz2CT3yb2SJ Peserta pertandingan terdiri daripada Fatmawati Helmi dan Nur Syuhada Afiqah dari Sarawak, Danial Chuer dan Nur Syahdina Nadiah (Sabah), Anis Natasya (Zon Timur), Nur Emilia Natasha (Zon Utara), Abdul Razzaq Muqri (Zon Selatan), Abby Norlila (Zon Tengah) dan Awangku Muhamad Nurehsan Luqman (Brunei). Read more: http://www.theborneopost.com/2

Blogger Penyumbang Traffic

Assalamualikum, sejak akhir akhir ini, kelibat traffic yang masuk ke dalam blog kertas warna merah ini adalah daripada blogger artis terkenal. Biar betul, sejak bila pula mal berkawan dengan artis ni? Ayu Raudah Apakah, ayu raudah? biar betul kau kemal. haha. Blogger yang aku maksudkan yang menjadi top referer minggu ini adalah daripada blog bakul ini traffic tak seberapa Terima kasih kepada nur ikaa yang sudi berkonspirasi dengan aku.  berkenaan dengan ayu raudah, muka ikaa ada iras iras ayu raudah kan. kan. hehe..

Manfaat Berkongsi Ilmu Untuk Blogger Baru

Dah baca entri sebelum ni mengenai cara dapatkan traffic melalui gambar dengan mudah ? kalau belum boleh la baca. Ini ada sedikit perkongsikan tambahan mengenai cara dapatkan traffic melalui gambar , bagi yang dah tahu tu boleh la tambah apa yang patut di bahagian komen. as you can see, menurut pakcik akubiomed , google crawler tidak boleh membaca extension jpeg. makna kata, google tak boleh crawl gambar yang anda upload. jadi amat penting untuk kita letakkan sedikit ayat, atau keyword di bahagian 'alt' kalau malas pun sekurang kurangnya rename gambar atau letak caption di bahagian gambar. Sebenarnya tak rugi pun bila kita kongsi ilmu. ilmu tak berkurang malah bertambah tambah kan ^^ Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menjana traffic percuma daripada gambar, boleh la mengetahui lebih lanjut daripada entri ini ; cara mendapatkan traffic melalui gambar. Apa pula kata anda?

Blogger vs Vlogger

Vlog atau video log ni sama tetapi tidak serupa dengan blog. Kalau Vlog ianya berkonsepkan video berbeza dengan blog yang mementingkan penulisan. Persamaan nya cuma satu iaitu berkongsi atau 'sharing' cuma pendekatan dan cara yang berbeza. http://www.youtube.com/user/aie89 Kalau anda kaki tangan youtube anda mesti tidak asing lagi dengan matlutfi, kyopropaganda, amanwan, mentol pecah, aie89, alifstyle dan ramai lagi bakat bakat vlogger malaysia. Blogger sebagai Vlogger Sebenarnya ramai blogger blogger malaysia sudah menceburi bidang vlogging ini. Maria Elina (macam mana eja?)  Boni Kacak dan ramai lagi. Aku dulu pun pernah juga ber vlogging. Masa tu zaman muda mudi tahun 2010 rasanya. Aku ada juga buat beberapa video. Rakam video HD bukan main, tapi lepas edit jadi 240p je. haha. masa tu edit guna wmm je.. Oleh kerana aku ni pemalu, aku padam hampir semua video aku dan cuma tinggal 1 je video untuk di jadikan kenang kenangan. dan sekarang aku fokus untuk berblog

Live Streaming Malaysia vs Hong Kong 14.11.2012

Pada 14.11.2012 akan berlangsungnya perlawanan bola sepak persahabatan di antara malaysia vs hong kong . Setelah tewas dalam beberapa perlawanan sebelum ini skuad malaysia di harapkan akan bangkit dengan kemenangan ke atas hong kong malam nanti. Live Streaming Malaysia vs Hong Kong 14.11.2012 Jadi untuk rakan rakan yang tidak dapat menonton siaran langsung perlawanan malaysia vs hong kong 14.11.2012 di astro arena boleh lah menonton malaysia vs hong kong menerusi live streaming yang di  sediakan ( live streaming akan di update sejam sebelum perlawanan) live streaming malaysia vs hong kong 14.11.2012 8.45 PM Streaming 1 Streaming 2 Streaming 3 Streaming 4

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Live di Astro Oasis

Kemah keming ustaz azhar idrus yang di tunggu tungu sebelum ini akhirnya akan menemui anda di kata tv malam ini. Astro Oasis sebelum ini telah menunda penyiaran penceramah hebat dari terengganu yang dikatakan akan bersiaran pada bulan julai lepas. Jadi jangan lupa jom tonton kemah keming ustaz azhar idrus di astro oasis malam ini pukul 7.30 PM Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Live di Astro Oasis

Jersi Baru Harimau Malaya | Malaysia

Ini adalah rupa terbaru kit, atau jersi harimau malaya . Orang cakap baju ni budak budak tadika je yang pakai, sebab design dia tak berapa nak lawa. Orang lain yang cakap bukan aku yang cakap ok..^^ Baju ter baru harimau malaya ini di kuasakan dengan jenama NIKE. Semoga dengan jersi terbaru harimau malaya ini dapat memberikan aura kemenangan dan kejayaan kepada skuad malaysia dalam saingan AFF SUZUKI tak lama lagi. Sumber gambar : http://mynewshub.my

Nice Guy | Innocent Man | Episode 1 - 18 Eng Sub

Korean Drama Nice Guy | Innocent Man Sinopsis: The drama is a melodrama which depicts the story of a man called Kang Ma Roo ( Song Joong Ki ) who has been hurt by a woman he loves called Han Jae Hee ( Park Si Yeon ) and how he continues his own life by using several women. He sacrificed his well being for his girlfriend only to be dumped by her for another man. Then, he sets off to take revenge on her with the help of his best friend. He approaches Seo Eun Gi ( Moon Chae Won ), the daughter of the chaebol group executive in order to execute his revenge. Best sebab ada Lee Kwang Soo kot. hehe     Watch Innocent Man a.k.a Nice Guy English Sub Here! Episode 1 - 18

Misi Maal Hijrah 1434H

Asalamulaikum, berusaha untuk menjadi seorang muslim atau hamba yang baik dan terbaik kepada Allah adalah perlu. Biasalah, kita ini hanya manusia biasa, adaka kalanya tersasar dari landasan kehidupan. Misi Maal Hijrah 1434H Tapi apabila kita tersasar, adalah kita akan 'reset' balik kedudukan kita ke landasan yang betul? Tepuk Dahi Tanya Diri Sendiri. Ini adalah segmen khas daripada Cikgu Hasrul bersempena tibanya tahun baru islam Maal Hijrah 1434H, untuk segmen ini kita perlu kongsikan apa azam atau hajat sebagai seorang muslim pada tahun baru hijrah ini. Sebagai seorang muslim, sudah semestinya aku ingin perbaiki diri aku untuk jadi lebih baik. Aku nak perbaiki diri aku sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai, abang, sebagai pekerja, sebagai jiran dan macam macam lagi (insyaAllah..) Untuk hijrah 1433H ni, aku rasa aku dah abaikan tanggungjawab aku sebagai anak dan abang kepada adik adik aku. Sebenarnya aku bukan tinggal bersama family. so aku harap, untuk hijrah

Blog Yuyu Zulaikha Di Godam Peminat

haih.. susah betul jadi lelaki kacak ni. haha. KONON.! Selepas percubaan mengorat Yuyu Zulaikha tak beberapa nak menjadi, aku pasrah. siapalah aku. hanya lelaki di sebelah tiang. awak semua ada baca tak entri dari brader ikmal yang bertajuk Twitter Najwa Latip di Godam yang peminat tegar si najwa latif ni sanggup godam twitter najwa latif . alahai.. kesian kat najwa. dah la tengah SPM. si pengodam tu pun kena berhati perut la sikit. ngomong ngomong, berpandukan isu twitter  najwa latif di godam peminat tegar, apa kata aku akan buat perkara yang sama kepada Yuyu Zulaikha iaitu Blog Yuyu Zulaikha Di Godam Peminat.  Hahaha... Bukak facebook pun password salah, ada hati nak godam godam.  kupukupukecik.blogspot.com

Eca Year End Giveaway #2.

Sementara assignment 2012 tahunku yang kacak masih lagi di draf, apa kata jom kita ramai ramai meriahkan giveway dari blogger underground popular ni. Untuk makluman, giveway dari cik eca ini berepisode dan ini adalah episode yang ke 2. Dia cakap banyak sangat hadiah. Dan segala hormatnya aku menjemput rakan blogger aku. awek perlis dan abang graphik untuk sama sama join giveway ini. Banner Year End's Giveaway&Contest oleh  ecadwinkyasha.com  ditaja oleh    jijieasriella.com  ,  zafikstory.blogspot.com ,  mialiana.com ,  sop.name.my  ,  duniashida.com  , ihaveasweetsmile.blogspot.com ,  syaisya.com ,   aziazidah.blogspot.com  ,  www.kisahemasputih.com  ,  hazwanhairy.com  , nugrulsakura.blogspot.com ,  greennnpandacraft.blogspot.com  , mymatatajam.blogspot.com ,  akuayut.blogspot.com  ,  hotchouz.blogspot.com , lobaksusue.blogspot.com

Jatuh Cinta Dengan Awek Blogger

Bagaikan terkesima, terbungkam kelu apabila melihatnya. Adakah aku sedang mengalami zaman zaman kematangan yang tragis di usia usia belia ini? Ayu bulat matanya, membuatkan ku tergoda. huisssshhhh adakah ini permainan syaitan! Tolong katakan tidak.....! Terdiam bersahaja apabila melihatnya, biasalah orang terkenal, popular, ada saja lelaki yang memerhati. dipujuk dirayu bersilih ganti. Wahai awek blogger yang cun lagi putih + sawo sawo matang skit, tolong la nikah dengan sapa sapa dengan kadar yang segera. agar aku boleh melupakan mu.. ... http://kupukupukecik.blogspot.com       p/s : semoga adik musang bahagia bersama si dia.. 

iPhone 5 Gadget Impian

iPhone 5 gadget impian Sebenarnya ini adalah adalah satu perkongsian menarik daripada Denaihati.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPhone 5 Gadjet Impian , boleh la layari laman sesawang beliau. Kenapa Saya Minat IPhone 5 1.Bergambar dengan IPhone 5 Sebenarnya aku ni suka juga tangkap gambar. Tapi aku tak ada kamera. nak beli DSLR aku rasa kena selesaikan dulu PTPTN tu kan. hehe. Jadi selama ni aku bergambar dengan menggunakan kamera makcik aku ja. Jadi adalah baik aku tak lepas kan peluang dapatkan IPhone 5 ini. Lagipun, aku baca review tentang IPhone 5 semuanya mengatakan kualiti kamera IPhone 5 adalah terbaik. 2. Berblogging dengan IPhone 5 Teknologi zaman sekarang dah semakin canggih. begitu juga dengan perkembangan gadjet. Jadi kali ini aku taknak lepaskan peluang untuk berblogging dengan IPhone 5. Muat naik gambar dan menulis entri di dalam dengan hanya menggunakan IPhone 5 tidak kira dimana saja kita berada. 3. Bermain 'Game' dengan IPhon

Harimau Oh Harimau

Tengok perlawanan malaysia vs thailand tadi? perrrrrrrggggghhh. sakit hati. Rasa nak mebai pun ada. haha. cakap lebih, kutuk lebih, diorang penat penat main kat padang, kita kutuk kutuk ja depa. kesian.. Orang cakap harimau malaya simpan kuku. kalau betul simpan kuku tak apa lah, harap perlawanan persahabatan  terakhir menentang hong kong , team malaysia tunjuk kemampuan sebenar. Rekod Perlawanan Persahabatan Malaysia 2012 29/02 : Fillipina 1 - 1 Malaysia 28/04 : Malaysia 6 - 0 Sri Lanka 01/06 : Malaysia 0 - 0 Fillipina 08/06 : Singapura 2 - 2 Malaysia 12/06 : Malaysia 2 - 0 Singapura 11/09 : Malaysia 0 - 2 Vietnam    16/10 : Hong Kong 0 - 3 Malaysia 03/11 : Vietnam 1 - 0 Malaysia 07/11 : Thailand 2 - 0 Malaysia   14/11 : Malaysia - Hong Kong

Semak Keputusan UPSR 2012 Online

semakan online upsr Untuk adik adik yang mengambil peperiksaan UPSR 2012 , anda boleh la s emak online keputusan peperiksaan UPSR secara di atas talian. Anda hanya perlu buat beberapa langkah mudah untuk mengetahui keputusan UPSR se cara online. Caranya untuk semak keputusan upsr secara online adalah seperti berikut. 1. Pergi ke laman web SAPS,  saps.moe.gov.my 2. Klik butang  Semakan Ibu Bapa  yang berwarna merah. 3. Masukkan  No Kad Pengenalan  atau  Sijil Surat Beranak  dan pilih Sekolah Rendah seterusnya klik butang Semak Laporan . Manakala yang ingin semak keputusan peperiksaan upsr secara sms, boleh ikut langkah langkah di bawah ini. Cara semak  keputusan upsr secara sms. - Semakan SMS: Taip  UPSR  [ angka giliran ] dan hantar ke  15888 - Contoh:  UPSR BC001A040  hantar ke  15888  Selamat berjaya adik adik untuk keputusan peperiksaan upsr 2012 yang akan datang. 19.11.2012 ni kan. Good Luck!  

Kepala Gangster

gua tak kisah apa yang lu nak cakap pasal gua. lu nak azan, silakan azan gua. gua sikit pun tak lari. sekali gua jentik lu, 100 kaki lu melambung. Hidup dan mati bukan di tangan lu la sial.. heiiiiiii!!!!!!! lu sembang... lu hantam ma, kasi mati ini hali satu kali, gua pun suda bosan hali2 tengok lu punya muka lu tau ka??  Buka Sini ok ok, gua selender. lu bawak geng. gua selender.

Live Streaming Vietnam vs Malaysia 3.11.2012

untuk rakan rakan yang ingin menyaksikan live streaming malaysia vs vietnam pada malam nanti melalui live streaming , bolehlah menyaksikan perlawanan persahabatan kelas A malaysia vs vietnam di link yang di sediakan. Harap skuad Raja dapat mempamerkan mutu dan persembahan terbaik bola sepak malaysia . go go! Live Streaming Vietnam vs Malaysia 3.11.2012 Live Streaming 1 Live Streaming 2

Contest SEO Terbesar Akhir Tahun dari Syaifuddin Alias

Nampaknya blogger mesra rakyat Syaifuddin Alias dari www.spudinpunya.com sudah umumkan contest seo terbesar akhir tahun ni di blog beliau. rujuk link ini Contest kali ni lebih mencabar, menurut Syaifuddin penilaian contest bukan semata mata hanya terindeksnya entry di google tetapi pada masa yang sama kena kreatif dalam pengolahan kata kunci yang diberi. Nak tahu apa kata kunci atau tajuk yang akan di nilai ? rujuk link di atas. Ini satu usaha yang baik oleh SP, ini boleh dijadikan sebagai latihan untuk kita tulis entri entri yang berkualiti, jadi aku galakkan kepada blogger blogger baru join contest seo ini. Sedikit sebanyak memberi pengalaman pada korang. Aku pun masih lagi belajar untuk hasilkan entri yang bagus bagus. Jadi, tak ada alasan untuk katakan tidak pada contest ini. Buang rasa malu buang rasa segan, buang rasa tak yakin. Apa apa pun kita join dulu, menang tak menang belakang kiraaaaaa... Habuan hadiah amatlah lumayan. 500+ Ringgit Malaysia! dan di jangka aka

Harimau Muda vs Tampines Rovers Live Streaming 2.11.2012

Harimau Muda vs Tampines Rovers Live Streaming Untuk rakan rakan yang tidak dapat menonton h arimau muda vs tampines rover di live tv dan ingin menyaksikan perlawanan terakhir skuad harimau muda ini dalam liga singapura secara live streaming , bolehlah menyaksikan perlawanan harimau muda vs tampines rovers di link yang di sediakan. Date/Time: 2 November 2012 - 20:15 Competition: Singapore S.League Venue: Jalan Besar Stadium (Singapore) Live Streaming 1 Live Streaming 2 [kesulitan amat di kesali, link akan di update jika ada masalah]

Adam dan Hawa OST | Muara Hati sudah 2 Juta View di Youtube

Drama adam dan hawa betul betul memberi impak kepada penonton. Kekuatan drama adam dan hawa ini sedikit sebanyak disumbangkan dengan kekuatan lagu ost adam dan hawa itu sendiri. sampai mak aku pun minat lagu ni. Lagu muara hati ini di nyanyikan oleh gandingan mantap daripada bintang akedemi fantasia Hafiz AF dan Dato' Siti Nurhaliza telah mencapai 2 juta lebih tontonan di youtube. Semasa entri ini di 'publish' angka view menunjukan angka 2,566,938. aftalentaesb Lagu ost drama adam dan hawa ni di beri sentuhan magis oleh komposer Manusia Putih atau nama betul dia Adi 6ixth Sense. manakala video klip muara hati adalah daripada Ghaz Abu Bakar. Memang terbaik video klip muara hati ost adam dan hawa ini walaupun simple je video klip tersebut. hitam putih temanya. p/s: amacam boleh jadi penulis hiburan tak aku? huhu. expirementasi. 

Pelangi Kehidupan

  Lirik Pelangi Kehidupan  OST Qalesya Ada satu yang hilang Didalam hatiku Mengusik lara hati Saat menginginkanmu Terapi luruh jiwaku Sejak kau pergi Dan aku hanya diam Biarkan kau menghilang Dan untuk selamanya Kini haruskah aku sendiri Tanpamu lagi Temani aku Lihat hatiku merintih diri Menantikan mu Dalam pelukanku.. Rindu kat adik musang (Gumiho)