Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Blogger & Forum CariCyber.com

Sticky Post Entry Jika di tanya kepada otai-otai penulis blog apakah tip-tip  yang dapat dikongsikan untuk menaikkan sesuatu jenama blog dan membuatkan blog anda  dikenali ramai , salah satu rahsianya adalah dengan berforum . ya dengan berforum, berforum salah satu cara untuk meningkatkan traffic dan  mempopularkan blog mahupun si penulis blog itu sendiri. tapi itu bukanlah tujuan utama. kita anggap ianya sebagai bonus.  Terdapat banyak site Forum yang terdapat di malaysia contohnya caricyber.com. Admin merasakan Forum caricyber.com adalah Forum yang sesuai untuk

Nuffnang Blogopolis 14 Julai 2012

Baru baru ini Nuffnang Malaysia melancarkan satu event yang akan mengumpulkan blogger-blogger ternama di Malaysia. Event yang di beri nama Nuffnang Blogpolis itu akan di adakan pada 14 julai 2012 nanti bertempat di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Daripada 7 pagi sampai 8 malam. Jadi ini adalah peluang untuk anda untuk mengorek

1st GiveAway by Fatin & Fatini

Asalamualaikum, GA ini aku tahu daripada blog cik Ikaa debab tu, aku dengan rasminya akan join GA ni walaupun tak ada sapa nak tag aku. Hu sedihnya.. GA ni mudah sikit, hanya perlu buat post dan penuhi syarat-syarat penganjur, dan terpulanglah kepada pihak penganjur untuk pilih siapa yang akan dapat hadiah yang di janjikan.  GA yang aku menyertai tanpa di tag ini (uhu..malunya..) ialah GA daripada Blog Fatini & Fatin . Menurut risikan dan penyiasatan, ini adalah GA yang pertama kali di anjurkan oleh mereka. 

Running Man Episode 101 : CSI Gold Robbery Case

Tipu lah kalau siapa siapa yang tak pernah tengok Verity Show dari Korea nih, Running Man. Selepas episode yang ke 100 Running Man War Of God yang boleh tahan la lawak nya, 1 Julai nanti akan datang pulak episode baru Running Man iaitu CSI : Gold Robbery Case. Artis jemputan yang di nyatakan

GERMANY vs ITALY UEFA EURO 2012 FREE Live Streaming

Live Streaming Video Football UEFA Euro 2012 Friday (29 June) 02:45 (GMT +8) Perlawanan yang di tunggu tunggu. Siapakah yang akan beraksi di Final EURO 2012 menemani Spain? Bagi rakan rakan yang tidak dapat menyaksikan perlawanan bolasepak Euro 2012 di antara GERMANY vs ITALY  di kaca tv, bolehlah menonton secara langsung menerusi live streaming boleh diikuti di link yang disediakan. LINK   

HARI CAPS LOCK SEDUNIA - 28 JUNE

TAHUKAH ANDA, SETIAP 28 JUN TIAP TIAP TAHUN IANYA MERUPAKAN HARI ISTIMEWA BUAT PENGUNA INTERNET IAITU HARI CAPS LOCK ANTARABANGSA ( INTERNATIONAL CAPS LOCK DAY) MAKA TDAK HAIRAN LAH KALAU KITA VIEW FACEBOOK, ADA YANG UPDATE STATUS DALAM HURUF YANG BESAR GEDABAK.

Nur Ikaa Story's - Bakul yang Mengujakan

Sebenarnya ini adalah Post Penghargaan buat Blogger yang wajahnya iras iras Ayu Raudah pelakon tu, huhu. Blogger yang aku maksudkan ialah Nur Ikaa daripada blog Nur Ikaa Story's. http://bakul2011.blogspot.com Terima kasih daun keladi Ikaa ye sebab sudi letakkan Feed blog Kertas Warna Merah ni di Blog kamu ye. Meh nak sayang sikit, mmmmmuuuaaahhhhh! Untuk pengetahuan anda semua, Di dalam Blog Nur Ikaa Story's ini ada satu section yang mengumpulkan pelbagai Tutorial yang berkaitan dengan blogger. Jadi kepada rakan rakan yang baru nak berjinak jinak dengan Blog, atau kepada yang tercari cari tutorial untuk memperkemaskan, mempercantikkan blog boleh la

Contest Word Search Puzzle

Contest yang aku join kali ni boleh dikatakan agak menarik dan mencabar minda. Walaupun hadiah yang ditawarkan ialah Bedak Arab dan Perfume, ada aku kesah. haha. untung untung

Senaman Rahsia Mario Balotelli yang Hebat

Siapa yang tak kenal Balotelli, beliau mempunyai skill dan serangan yang cukup ampuh di padang, tetapi mempunyai kelemahan dari segi mental dan perasaan. Ada saja yang tak kena bagi beliau. Tetapi tahukah anda, Balotelli mempunyai satu senaman khas yang mmbuatkan beliau menjadi

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Tadi Ustaz Zamri ada post mengenai Hukum Pilihanraya Jika Dilaksanakan Pada Musim Haji . Dan pihak daripada Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)  telah melaksanakan syura yang di pengerusikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman untuk merungkai tentang pemasalahan ini. Berikut aku kongsikan daripada facebook Ustaz Zamri persetujuan yang di capai dalam syura itu. Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji Oleh Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya

Yahoo dapat Header Free!

Tadi di facebook, ada seorang hamba Allah ni, nama nya cik Norafizani empunya blog  www.norafirazani.com , beliau ada Freebies yang agak menarik untuk dikongsikan iaitu HEADER BLOG. Freebies tu hanya untuk 15 orang yang pertama komen entry ni  http://www.norafirazani.com/2012/06/freebies-header-free-for-you.html  . memandangkan aku ni tak pandai buat header, dan sepanjang aku berblog ni aku memang tak letak header. hu.. kadang kadang jeles o tengok header orang lain yang smart smart. huhu Header yang aku dapat nih, aku akan letak bila blog ini dah bertukar template baru. Dynamic View ni aku saja je test pakai untuk sebulan. Nak buat kajian skit dari segi traffic. hehe. Cbox pun aku tak letak, sebab nak buat experiment Bounce Rate blog nih. ok lah ni aku nak tayang header baru aku, jangan jeles, huhu.. Terima kasih daun keladi, nanti buatlah lagi ye cik Nora. ^^

Cara Masukan dan Boot Beini mengunakan Pendrive

Asalamualaikum, Baru baru ini seorang sahabat aku meminta tutorial bagaimana nak masukan Beini kedalam Pendrive. Ye la kan, mudah sikit guna pendrive. boleh bawa pergi kemana mana. Untuk lebih memahami bagaimana nak masukan Beini yang digunakan untuk kerja hacking wifi ni, aku letakkan video lah senang. Senang nak paham. Video tutorial ini sumbangan doktor. Cara Hack Wifi Mengunakan Beini p/s: jangan salah guna

EURO 2012 - Punca Kekalahan England kepada Italy (18SX)

Tengok tak perlawanan di antara The Lions vs Azzurri pagi tadi. Perlawanan yang senget itu mengheret kepada penentuan penalti. Dan padahnya kesilapan Ashley Young dengan Ashley Cole meranapkan impian England untuk ke Final EURO 2012. Ni pula gambar yang aku perolehi dari facebook. Aku rasa inilah punca kekalahan England. jangan zoooom! sengalllllllllll..

Saiful Apek Bebas Tuduhan Dadah

Pelawak dan Pelakon yang disayangi ramai, Saiful Bukhari Apek dibebaskan oleh mahkamah majestret petaling jaya, daripada tuduhan memasukkan dadah cap ganja ke dalam badan dua bulan yang lalu. Menerusi laporan Berita Harian, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29.

Hero Bertopeng Budak Lelaki Zaman Kanak Kanak Dulu

Masih ingat tak lagi anda dengan hero hero yang pernah mewarnai zaman kanak kanak anda dulu. huhu. Walaupun masa tu tak pandai lagi boleh tengok jam, tapi kita masih boleh agak secara automatik bila cerita kartun yang kita minat tu akan disiarkan di tv. haha. Baiklah, ini ada beberapa watak hero yang menjadi pilihan aku dan mungkin pilihan anda juga. :) Ultraman Taro CyberCops Flash Man Mask Man Satria Baja Baju Hitam  Jetman (Jet tow Jet tow jet tow man.!!! hehe) Mighty Morphin Power Ranger

REPUBLIC CZECH vs PORTUGAL UEFA EURO 2012 FREE Live Streaming

Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Friday (22 June) 02:45 (GMT +8) Pagi nanti perlawanan suku akhir bola sepak UEFA EURO 2012 diantara Republic Czech vs Portugal akan berlangsung pada 2.45 pagi. Bagi kepada peminat peminat bola sepak yang tidak boleh mengikuti perlawanan ini di kaca tv, bolehlah menikmati perlawanan yang dijangka sengit ini di Link yang di sediakan. Link

Cara Dapatkan Semula File yang Terdelete atau Hilang

Pergi ke pekan membeli tudung,   Tudung dipakai merah pekat, Apa gunanya maju beruntung, Kalau tak mahu bayar zakat. Asalamualaikum, Pernah tak anda tiba tiba terdelete satu file yang amat penting contohnya assignment yang nak kena hantar pada esok pagi? Pernah tak file MP3 atau Movie anda tiba tiba hilang akibat di delete oleh virus yang durjana? Baiklah, kali ni aku nak kongsikan satu tools yang boleh kita gunakan untuk dapatkan balik file atau folder yang kita terdelete secara sengaja atau tak sengaja, iaitu WinUtilities Undelete. Sebenarnya banyak lagi tool tool yang boleh kita gunakan untuk recover data contohnya recuva, tetapi kebanyakannya memerlukan pembelian dahulu sebelum kita boleh recover balik data tu, jadi cadangan aku, gunalah  WinUtilities Undelete.   Jika ditanya mengenai keberkesanannya, aku dah cuba mengunakan  WinUtilities Undelete ni untuk mendapatkan balik Movie Gerimis mengandung  Mengundang yang aku terdelete secara  Permanently De

Koleksi Metro Arena yang Mentroll

Ini adalah sebahagian koleksi paparan Metro Arena Metroll haha.

Skypy Buddies - Miho

Penangan skype, lepas beberapa hari dengan terinstallnya skype ini aku cuba mengunakannya secara semaksimum yang mungkin. huhu. kenalkan ni salah sorang buddies aku dalam dunia blogging. tak pernah berjumpa pun secara live. tapi apa gunanya skype ni kan. haha. aku cuba menakutkan beliau dengan gaya muka gorgon. Miho ni blogger jugak. memandangkan dia dah start belajar, jarang pulak dia update blog. Asal nya kami nak buat video conference ramai ramai , tapi almaklumlah kepantasan internet bak siput babi. Yang si liniey tu pulak aku tak nampak dia, tapi dia nampak aku. tak adil tak adil. Ikaa ghaib entah kemana. Jamal, Zhaf, Ikaa, Umi, Liniey, jaga jaga, aku akan menghantui skype korang, haha ^^

Kembali Guna Skype

Misteri kehilangan jejaka yang menjadi pujaan ramai di Skype sebulan lebih yang lepas akhirnya terjawab apabila beliau secara tiba tiba muncul di skype di saat semua orang merindui beliau. haha. Lama betul tak guna skype. Nasib ingat lagi password, kalau tidak jangan harap aku nak sign up balik. huhu. lepas log in tu pun ada 2 orang budak je online. si Liniey dengan Gumiho. Selalu nya ada Jamal, Zhaf, Ikaa, Umi, Nadea tapi kali ni tak ada pulak. kemanakah mereka semua hilang??

Blogger Underground Hebat!

Ok, kita lupakan nama nama besar dalam dunia blogging, kita letak tepi dulu Denaihati..Akubiomed..AbgHensem ,Ben dan lain lain. Kita fokus kepada blogger blogger underground. Maksud underground pada dunia blogging ni bagi aku Blogger yang tak dikenali tetapi ada pengikut yang tersendiri. Masing masing dalam tema penulisan dengan gaya yang tersendiri. kadang kala boleh menjadi inspirasi bagi semua yang membacanya. 1. Arra Ahmad 2. Cikgu Ma 3. IkaFantasi 4. Misz Nadea 5. Zhafwan 6. Ikaa 7.  Hazaikazulkafli Aku bagi 7 blog aja dulu, jom view blog yang aku rasa ohsem ni.  Lagi satu aku bukan kaki ampu blogger otai ok.. haha. tak abis abis promote blogger otai. -_-"

Al-Fatihah - Perginya Seorang Murabbi Tarbiyah

Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman meninggal dunia ketika berusia 73 tahun jam 6.15 bertarikh 14 Jun 2012. Masih menanti berita pemergian Ulama' Agung ini di kaca TV atau di laporan laman berita-berita terkini negara.  Setakat jam 11 malam, hanya di Harakahdaily sahaja yang memaparkan berita pemergian arwah.  Ya Allah.semoga dipermudahkan segalanya. daripada Allah kita datang,kepada Allah kita kembali. Artis meninggal diagung-agungkan, ulama' meninggal tiada siapa peduli.. bahkan ulama' itu sendiri,masyarakat tidak kenal .akhir zaman.  -JKKK

Euro 2012 Juara Pilihan Lelaki Comel

Fenomena perlawanan bolasepak berprestij EURO 2012 sememangnya dinantikan oleh semua peminat bolasepak di seluruh dunia. Setelah enam hari perlawanan yang menemukan jaguh jaguh bolasepak antarabangsa, rata rata nya menunjukkan persembahan perlawanan yang amat menabjubkan! Lihat sahaja pertembungan pasukan hebat di kumpulan B. DENMARK, PORTUGAL, BELANDA , dan GERMAN . Pastinya peminat peminat tak senang duduk apabila melihat pasukan pilihan mereka beraksi. Begitu juga dengan saya, Pasukan pilihan saya yang akan menjadi juara pada EURO 2012 kali ini ialah GERMANY .  Lihat sahaja perlawanan pembukaan tempoh hari, German berjaya menewaskan Portugal dan baru baru ini German berjaya menamatkan saingan Belanda setelah menewaskan Oranje dengan jaringan dua gol berbalas satu. Teruja bukan, walaupun skuad oranje yang di barisi dengan banyak pemain ternama, dan mempamerkan persembahan yang mantap, German mampu menewaskan Belanda. Apa apa pun, bola itu bulat. apa saja boleh ter

Watak Perwatakan Pengguna Di Facebook

Watak  Perwatakan Pengguna Di Facebook Blog Pilihan Hari Ini :  http://www.zhafwanbasheer.com 1. MODEL Tukar gambar setiap hari 2. PENJENAYAH Tukar nama setiap hari… 3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh – 71M@T -> Jimat) 4. WARTAWAN suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting ! 5. PENGGANAS Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) 6. BINTANG FILEM Suka update status setiap 5 minit 7. BINGUNG Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’ 8. PERASAN HEBAT Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==” 9. BUDAK HINGUSAN Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmb

NETHERLANDS vs GERMANY UEFA EURO 2012 FREE Live Streaming

Satu lagi Perlawanan yang cukup menarik malam ni.    Live Streaming Video Football :   UEFA Euro 2012 Thursday (14 June) 02:45 (GMT +8) Bagi rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak Euro 2012 di antara   NETHERLANDS vs GERMANY secara langsung menerusi live streaming boleh diikuti di link yang disediakan. LINK PROMOSI TEMPAHAN WEBSITE

DENMARK vs PORTUGAL UEFA EURO 2012 FREE Live Streaming

Malam ni perlawan Bola sepak kumpulan B EURO 2012 best.! Live Streaming Video Football :   UEFA Euro 2012 Thursday (14 June) 00:00 (GMT +8) Bagi rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak Euro 2012 di antara   DENMARK vs PORTUGAL secara langsung menerusi live streaming boleh diikuti di link yang disediakan.   LINK PROMOSI TEMPAHAN WEBSITE

Rubiks Cube - Skill yang Hilang

Pernah main rubiks cube.? alah yang susun susun warna tu.. Hasil daripada pengaruh member aku la tuh, sampai sanggup beli rubiks cube original plak tu. haha.  tadi terjumpa rubiks cube yang aku beli masa belajar kat penang. lama dah tak main sampai lupa nak solvekan last step macam mana.! Sebahagian koleksi rubiks. gambar lama nih. Rubiks Cube  4x4x4 4x4x4 dan 3x3x3

Perkhidmatan Membuat Website

Asalamualaikum, Sekarang ni saya ada buat promosi untuk tempahan membuat laman web dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang berminat untuk  membuat laman  Laman Web Korporat, Perniagaan, E-Commerce, Persendirian, mahupun Final Semester Project, boleh la Add  dan menghubungi kami di facebook ini untuk pertanyaan lanjut.  https://www.facebook.com/dorae.mon.9028

IRELAND vs CROATIA UEFA EURO 2012 FREE Live Streaming

Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012   Monday (11 June) 02:45 (GMT +8) Saksikan perlawanan bolasepak EURO 2012 diantara  IRELAND VS CROATIA Secara Langsung Menerusi Live Streaming.   LINK     

SPAIN vs ITALY UEFA EURO 2012 FREE Live Streaming

SPAIN VS ITALY UEFA Euro 2012 FREE Live Streaming Monday (11 June) 00:00 (GMT +8) Saksikan perlawanan bolasepak EURO 2012 diantara  Spain vs Italy Secara Langsung Menerusi Live Streaming. LINK

Germany VS Portugal UEFA Euro 2012 FREE Live Streaming

German VS Portugal UEFA Euro 2012 FREE Live Streaming Sunday (10 June) 02:45 (GMT +8) Bagi rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak Euro 2012 di antara GERMAN VS PORTUGAL secara lanngsung menerusi live streaming boleh mengikutinya di link yang disediakan berikut.   LINK   LIVE STREAMING NETHERLANDS VS DENMARK

Netherlands VS Denmark UEFA Euro 2012 FREE Live Streaming

Netherlands (Belanda) VS Denmark UEFA Euro 2012 Live Streaming Sunday (10 June) 00:00 (GMT +8) Bagi rakan rakan yang ingin menyaksikan perlawanan bolasepak Euro 2012 di antara BELANDA vs DENMARK  secara lanngsung menerusi live streaming boleh mengikutinya di link yang disediakan berikut. LINK LIVE STREAMING GERMAN VS PORTUGAL

Live Streaming Malaysia Lawan Singapura 8 Jun 2012

Perlawanan persahabatan antarabangsa,  Singapura vs Malaysia 8 Jun 2012  ini akan bermula pada jam 7.30 malam ini dan ianya akan disiarkan secara langsung menerusi  Astro Arena 801 . Bagi mereka yang tidak berpeluang menonton secara live, anda juga boleh menonton Live Streaming Malaysia vs Singapura 8 Jun 2012 menerusi link live streaming dibawah. Link

Control Panel Missing Fix

Kesan daripada virus mungkin akan menyebabkan sistem komputer anda akan terganggu, salah satu kemungkinan kesan nya ialah Control Panel di Start anda hilang. Berikut saya sediakan penyelesaian atau Fix untuk Control Panel yang hilang.  1. Cari gpedit.msc di (C:\WINNT\system32\gpedit.msc) atau (C:\WINDOWS\system32\gpedit.msc) 2. “Double click” fail itu. 3. Pergi ke ‘User configuration‘ -> ‘Administrative Templates‘ ->’Control Panel’ 4. Pilih ‘Prohibit Access to Control Panel’ dan klik 2 kali Disabled 5. Tandakan Disabled dan Apply. 6. Untuk mendapatkan hasilnya, PC anda perlu di ‘Restart’ atau 1. Klik Kanan pada Start Menu 2. Klik pada Properties 3. Pilih Start Menu — > Start Menu >> Customize … Start Menu Control Panel 1 4. Pilih Advanced — > Control Panel >> Display as a menu Start Menu Control Panel 2

Isu - Isu Bosan Dalam Dunia Blogging

Berikut adalah beberapa Isu Isu  bosan yang pernah wujud dan masih lagi wujud dalam aktiviti Blogging di  Malaysia. 1. Follower "I Follow You Follow I", "Follow Me Back", "Please Follow I Balik", "Follow I Dulu, Baru I Follow You".  2. Segmen / Giveway Ada Blogger baru dan lama masih tak paham perbezaan Giveway dan Segmen. Join pun untuk sekadar menikmati habuan. Penganjur pulak motif hanya yang utama 'TINGKATKAN FOLLOWER'  disamping itu "Segmen ini hadiah apa ye?" "Segmen ni ada hadiah tak?" "Giveway? mesti join!!!!" 3. Traffic  "10 views je hari ni" 4. SEO Berexperiment dengan menulis entry yang berbaur lucah dengan harapan tersangkut di ampaiyan google. "seorang awek melucahkan dirinya di hadapan seorang gay yang montel lagi gebu" 5. Otai Blogging Dianggap Dewa. Terlalu merendah diri, selalu hilang keyakinan bila berhadapan dengan contest - contest yang b

Crack WEP WiFi Dengan Beini

Tutorial ni khas untuk budak korea Gjun Hapis.  Gunakan sebaik mungkin, biar berpada pada.  Klik icon yang berlambang Botol Susu kat bawah tu

Kertas Warna Merah Kini Lebih Merah

Asalamualaikum, jangan terkejut, ini memang blog kertas warna merah. Dalam bulan Jun ni ada sedikit perubahan dalam template blog ini. Sengaja la aku tukar. Terasa jemu pulak dengan tema merah hitam, Template yang aku cuba untuk bulan ni ialah produk khas yang di sediakan dalam blogger.com iaitu dynamic view. Memang agak sedikit dummy, tapi apa salahnya untuk mencuba. ^^

Sesi Bertaaruf Bersama Bloggers

Alhamdulilah, dah tamat pun Segmen yang sekadar picisan dari banyak banyak segmen yang lain. Terima kasih pada perserta yang join Segmen aku nih. Berikut adalah 3 orang sahabat yang sudi bertaaruf bersama Merah. yang best nya semua perempuan. ^^ huhu. Anda semua boleh juga berkenalan dengan mereka dengan klik Url blog yang di sediakan.. ^^ Nama Tuan Tanah : Ikaa Nama blog : Nur Ikaa Story's Url : Http://bakul2011.blogspot.com            nama saya : Asma binti supardi     nama blog : Diary chubby     url blog : http://syesukepoohhhh.blogspot.com       SALAM PERKENALAN DARI SAYA : Nama : Umizza Nama Blog : ✿Miss Umi's Zone✿ Url Blog : http://mylove-norazumi.blogspot.com