Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Melayu Boleh

Melayu Boleh

Melayu Boleh Melayu Boleh | Asal usul perkataan 'Melayu' sebenarnya masih lagi belum dapat di sahkan oleh sejarawan. Namun ada terdapat beberapa bukti sejarah yang boleh di ambil rujuk mengenai asal usul frasa ' Melayu ',  antaranya, Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang be