Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tips blogger

Ambil Kesempatan Jana Trafik Bermusim

Jana Trafik Bermusim | Memandangkan beberapa hari yang sudah aku ada hal di kolompo dan lepas balik dari kolompo tu aku demam kura maka blog ini terkuranglah updatenya. Alexa rank pun drop menjunam bagaikan graf keadaan ekonomi di malaysia. Jadi aku boleh buat kesimpulan, rank alexa mementingkan ke update tan sesebuah blog . melampau ayat. haha. Dengan hingus yang meleleh dengan keadaan writer's block , aku tak tahu apa nak menulis. idea bagaikan terhalang oleh hingus hingus. Kebetulan waktu ini adalah musim bola sepak. Semuanya melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia. Kejohanan Pesta Bola Merdeka lah...Persahabatan Antarabangsa lah..jadi apa salahnya kita blogger biasa biasa ni update mengenai musim bola ni. Bagi aku pula kesempatan untuk menjana trafik bermusim ni menjadi kegemaran untuk buat entri live streaming perlawanan bola sepak. screen shoot Entri Live Streaming di kala Demam Kura Kira ok la kan walaupun demam kura masih lagi boleh dapatkan beberapa ribu paling b...

Blogger Lepas Tangan Menyusahkan

Aku ni bukan yang suka desak mendesak orang. Aku cuma seorang blogger lelaki yang agak penyayang dan amat meminati bunga melur. Mungkin sikap melembutkan diri dan hati ni membuatkan ada orang yang sanggup naik tocang pijak kepala. HOW DARE YOU! Kalau dah diberi tanggungjawab tu harap di sempurnakan dengan baik, apatah lagi bila berurusan dengan orang ramai. Jangan tiba tiba hilang tanpa berita dan membuatkan orang lain tertanya tanya. Attitude bro.. attitude. Aku tahu sesetengah orang memang ada hal yang menyebukkan diri mereka sampai ada kalanya ada tanggungjawab yang lain bagaikan terlepas pandang.  Kalau student semestinya sibuk dengan pelajaran, final projek and so on. Aku pun dah pernah jadi student dengan final projek yang membuatkan kami satu kelas tensyen tak tidoq sebulan. Aku paham... Tapi takkan kerana sesuatu hal yang lain tiba tiba menjengah dan dah tak nak pandang pekerjaan yang sebelum ini yang dah dibuat. Tambah tambah lagi bila berurusan dengan orang lain....

Cara Bijak Mendapatkan Trafik Blog & Website

Cara Bijak Mendapatkan Trafik Blog & Website | Trafik merupakan satu salah satu aspek yang sangat penting dalam blog mahupun website. Dengan terdapatnya aliran trafik yang menuju ke blog anda, ianya sedikit sebanyak membantu 'menghidupkan' blog anda. Malah trafik juga penting terutama untuk blogger yang cari makan dengan blog. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan trafik dengan bijak dan paling penting berterusan. Di sini aku nak kongsikan sedikit, sedikit je ok... Dapatkan Trafik Bijak dengan SEO Aku hairan dan pelik kenapa ada sesetengah blogger baru atau lama yang menyampah dengan frasa 'SEO' ni. Sikit sikit SEO, sikit sikit SEO. Bagi aku, SEO ni menolong kita mendapatkan trafik, sebab MEMANG TUGAS SEO UNTUK DAPATKAN TRAFIK. SEO ni kita boleh aplikasinya walaupun kita hanya ada blog peribadi. Jadi belum terlambat untuk kita pelajari SEO ni. Macam macam teknik ada sampaikan ada teknik SEO Merah Jambu ! Dlvr.it Bantu anda Dapatkan Trafik. Salah...

Balada Seorang Blogger

Assalamualikum  Balada Seorang Blogger | Aku ni hanyalah blogger picisan. Ibarat hanya sebatang tiang. Keseorangan di temani lalang. Nasib baik ramai yang sayang. chewah. Dah berapa tahun aku berblog secara underground. Alhamdulilah, blog segan segan merah celup ni ada juga yang sudi nak baca. Terima kasih. mai sini aku nak kiss pipi. Aku pun dah lupa blog Kertas Warna Merah ni dah version yang ke berapa. Macam macam stail aku tukar. Mungkin agaknya masa tu versi BETA kot. Almaklum lah main blog ikut teradap ja. main belasah ja. edit edit lepas tu tak jadi. lepas tu tukar baru.  Tahniah buat rakan blog yang sezaman debut dengan aku. tahun 2009 rasanya. Ramai yang dah berjaya dengan blog masing masing, siap dapat anugerah bagai. Tapi aku masih lagi di takuk yang sama. Dalam lubang yang sama. Nak berblog mesti kena ada MINAT dan TUJUAN. Sama la macam kita kumpul setem. kita kumpul setem sebab kita MINATkan, dengan berTUJUAN setem tu kita harap pada satu hari nanti...

Video Teknik Penulisan Blog

Teknik Penulisan Blog | Menulis blog merupakan medium yang masih lagi diterima walaupun ada persaingan dengan lambakan media sosial yang ada pada masa kini. Namun, untuk menjadikan sebuah blog yang berjaya mestilah mempunyai guide atau panduan yang boleh kita ikuti. Ini ada sedikit teknik penulisan blog yang boleh anda belajar. Apa yang istimewanya, tips ini di sampaikan oleh ustaz popular, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Dalam video ini ada pelbagai macam teknik, trik dan tips untuk anda menguasai penulisan blog. Selamat menonton teknik penulisan blog daripada UZAR ini... 

Cara Aktifkan Search Description di Blogspot

Cara Aktifkan Search Description di Blog Blogspot Memandangkan aku ni jenis blogger nombor lima dalam 7 jenis ragam dalam blogger MALAYSIA aku akan cuba jawab sebaik mungkin pertanyaan yang singgah. Buat soalan yang belum terjawab tu, aku mohon bersabar sebab aku mencari timing yang sesuai untuk menjawab soalan. Sebab aku tak la pandai sangat. Shutdown laptop pun cari butang tak jumpa. Cara aktifkan search description di blog blogspot | Dalam entri yang lepas lepas aku ada cerita mengenai kepentingan search description dalam menguatkan lagi entri daripada segi SEO. Rujuk entri ini Kepentingan Search Description . Untuk pengetahuan anda, blog aku yang buruk ini tak adalah hebat dalam struktur optimasi SEO. H1 H2 semua tungging terbalik. Aku malas nak edit. sebab aku hingat bila dah pakai thesis ni tak payah nak edit edit dah. hehe. Jadi Search Description ini boleh membantu. Untuk cara mengaktifkan search description di blog blogspot anda perlu. Lihat di baha...

7 Ragam Blogger Malaysia

 Ragam Blogger Malaysia Yang Selalu Kita Lihat Ragam Blogger Malaysia | Entri kali ini hanyalah sekadar entri santai bacaan ringan. Tiada kaitan samada yang masih hidup, mahupun yang akan mati. Tak ada niat nak perli perli. sesaja je nak bagi panas hati. hehe. Blogger Sombong Ragam paling popular sekali dalam arena blog MALAYSIA, Blogger Sombong. Tak kisah la blogger baru atau lama, ada juga seketul dua blogger yang memang ekk!. Tapi sombong macam mana pun tetap digemari peminat peminatnya.   Blogger Lelaki Pecinta Wanita Ragam seterusnya adalah blogger yang boleh dikatakan agak pecinta wanita. Blogger ini selalu ada untuk blogger wanita, awek, atau pun janda yang singgah di blog mereka. Bersikap rasis kepada kaum lelaki yakni sama jenis dengan nya. Seringkali sedia menjawab atau membalas komen atau entri daripada blogger wanita, kalau blogger laki dia buat derk je.   Blogger Syok Sendiri Blogger syok sendiri ini adalah ragam tanpa ...

OhBlogger | Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia

Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia | OhBlogger OhBlogger Logo Mencari ilmu itu adalah satu tuntutan, tidak kisahlah itu ilmu duniawi atau akhirat asalkan ianya memberi manfaat. Begitu juga dengan PENULIS LAMAN BLOG, atau Pembangun Laman Blog. ianya sudah pasti memerlukan ilmu untuk mengelakkan apa yang anda bina atau tulis selama ini menjadi SAMPAH atau taik di internet. Bagi anda yang memerlukan panduan mengenai strategi atau tips mengenai dunia blogging, OhBlogger kelolaan blogger Hasrul Hassan ada menyediakannya. Dari A - Z mengenai panduan blog ada di blog beliau. Sekilas Mengenai Hasrul Hassan - Pemilik OhBlogger Hasrul Hassan - OhBlogger Profile Lahir pada 1976 di Batu Gajah, Perak. Kini menetap di Penang. Telah berblog sejak 2007; merupakan seorang suami dan bapa kepada 3 cahayamata. Berpengalaman dalam menulis jurnal dan tesis serta manual kepenggunaan, kini berkongsi ilmu dan pengalaman tentang blog terutama blogspot. Pernah berkhidmat dengan pasukan p...

Teknik Marketing Skill Cara Kak Ton Comel

  Kak Ton Ajar Kita Marketing Skill Fenomena Kak TON COMEL yang melanda malaysia sekarang ni memang amat mengagumkan sampaikan budak kecik pun dah terikut ikut dengan tag line, ' kak ton comel tak..'COMELLLLL! Dari sini kita boleh nampak permainan Jutawan Kosmetik ni. Cara dia promosi barang dia. kalau sebelum tag line tu di popularkan, kita tak kisah pun apa yang dia merepek-repek di Wanita Hari ITU TV3 . Lepas Tag Line tu keluar, habis meletop satu malaysia. sampai ada parody lagi. huhu. Marketing Skill Cara Kak Ton Sebelum itu, aku nak habaq kat hangpa semua (tiba tiba loghat kedah) aku ini bukan lah pandai sangat dalam marketing marketing ni. So kalau tersilap tu maafkan lah saya hanya seorang budak komputer ja.. perdagangan pun dapat 3B. Ni aku tulis ikut sesedap rasa.hehe Smart Provocation  Kita tengok cara Kak Ton provokasi minda rakyat malaysia, sampai bebudak kecik pun  tau tag line dia. mula mula bila kita dengar iklan tu kita rasa macam melu...

Tips Kuno Zaman Batu Blogging Yang Terbaik

Tips Blogging Terbaik Tips Blogging Terbaik - Salah satu aspek yang paling penting dalam membangunkan blog yang berjaya dan berkembang adalah dengan adanya hubungan dua hala di antara Blogger dengan Blogger yang lain . Cara paling mudah untuk menghubungkan sesama blogger atau pembaca dari luar ialah 'komen'. Kuasa 'Komen' ini sangat hebat. Kalau tak percaya cuba konsisten komen setiap blog yang anda follow selama seminggu dan lihat hasilnya. Kalau betul caranya, dalam masa sehari pun anda boleh lihat hasilnya, Kalau orang tanya APA TIPS TERBAIK DALAM BLOGGING, salah satunya jawapan KUNO sejak dari dulu masih lagi jawapan nya ada ialah komen. Jadi blogger baru, manfaatkan teknik kuno ini untuk mempromosikan blog anda dengan komen blog orang lain secara berhemah dan ramah. Network Semakin Berkembang Dengan komen juga, anda boleh membina network. Dengan jaringan yang terjalin ini mewujudkan satu ikatan ukuwah sesana blogger, Jadi tak adalah anda rasa kese...

5 Cara Menjadi Blogger Paling Popular

5 cara menjadi blogger paling popular  Gambaq tak ada kena mengena ini tajaan BEN10 1. Gedik kan diri di facebook. Jika anda seorang yang bersikap serius dan jarang senyum walaupun menonton lawak opera van java, anda sepatutnya kena mentranformasikan diri anda untuk menjadi seorang yang gedik atau erti kata lain riang ria. Post sekurang kurangnya enam keping gambar yang menutup aurat tapi gedik di fanpage facebook anda, dan letaklah caption yang annoying dan merujuk kepada link entri blog anda. Persetankan orang nak kutuk, biaq pi kat dia.! 2. Komen blog orang lain secara ramah dan berhemah. Teknik ini adalah asas untuk menjadi blogger popular. Ianya macam anda sedang menghadiri perjumpaan wajib di warung warung kopi setiap petang. Tunjukkan diri anda ini ramah dengan komen komen yang bernas dan mencakna fikiran. Bukan dengan komen komen yang lari dari tajuk asal. 3. Menghadiri event atau majlis yang mengumpulkan semua blogger. Jika anda ada sedikit ruang dan masa...

Blogger.com Naik Taraf Template Setting

klik untuk tumbesaran yang sempurna Sebenarnya aku pun tak tahu bila perubahan dari segi template setting ni berlaku. Tiba tiba je. Nampak nya perubahan kali ni membuatkan blogger.com tampak lebih pro. Siap ada kaler kaler. Dengan tambahan fungsi 'jump to widget' pula dapat memudahkan kita untuk jump terus kepada coding widget yang kita mahu. Tak la mata ni berpinar pinar cari coding tak jumpa..

1 Tips Memenangi Contest 'Apa Seronoknya Blogging"

Asalamualikum, terima kasih buat rakan rakan yang telah melibatkan diri dalam contest simple Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013 . Penyertaan masih dibuka kepada semua blogger malaysia. cepa t.!! tarikh tutup pen yertaan adalah 01.04.201 3. Baik lah di sini a ku akan dedahkan tip tip atau teknik untuk anda semua cara memenangi contest simple ini. Aku harap dengan panduan ini , dapa tlah korang buat entri yang bagus dan menarik hati juri. Dalam tug asan yang diberi, aku ada meminta anda semua untuk tulis satu entri ringkas tentang apa seronok nya blogging. Untuk menulis entri yang ringkas dan menarik, ciri ciri penulisan yang basic mesti ada. iaitu :- 1.permulaan (pendahuluan)    2.isi 3.penutup     Jangan abaikan ia walaupun a nda menulis entri ringkas atau pendek macam mana sekalipun. penting tu tau . Sekian. (eh, entri ni tak ada penutup)  

Demam Konsisten Dalam Penulisan Blog

Demam Konsisten Dalam Penulisan Blog 'ha! senyum sorang sorang!' Lepas baca entri brader berambut kpop Syaifuddin Alias mengenai Tips Menulis Blog Dengan Baik , aku tertanya tanya, adakah selama sejak tahun 2011 sampai waktu sekarang ini, aku menulis dengan baik? Manfaat kah atau Kualiti kah penulisan aku selama ini? Bagimana pemerimaan pembaca dengan penulisan aku yang agak santai dan kejam ini? huhu. tepuk dahi tanya diri sendiri. haha Masalah utama yang melanda blogger blogger macam aku ini ialah demam konsisten . Pada awalnya berblog, aku dapat rentak sekurang kurangnya 2 entri sehari. Tapi atas sebab munasabab yang tertentu contohnya cuti panjang atau ada hal hal yang menidakkan aku untuk berblog, terus jari jemari runcing aku ni (cewah) kaku dan kejung. Rugi oo jangan jadi macam aku. sebab tu la level aku masih tahap level 1 walaupun dah 3 tahun berblog. haha. Percayalah, kalau anda sebagai blogger baru atau blogger yang baru berjinak jinak dengan dun...

Dari Blogger Untuk Blogger

Ini hanya sekadar pendapat aku. Pernah terfikir tak, kenapa kita berblogging? hanya sekadar untuk di jadikan diari atau hanya sebagai lubuk duit yang tak pasti? Aku lebih suka anggap Blog sebagai NOVEL , bukan nya DIARI . Ye la kan, Novel semua orang boleh baca kalau diari sorang sorang diri je baca. Ada orang mungkin suka dengan blog kita, mungkin ada yang tidak. Bergantung kepada hati orang yang membacanya dan pembawaan penulis blog itu sendiri. Tujuan Blogging Jika di tanya tujuan, macam macam lah jawapan yang kita dapat. Semua ada visi dan misi dalam berblog. ada yang nak terkenal lah, yang nak buat pendapatan sampinganlah, luahkan perasaanlah dan macam macam. Macam aku jugak, aku berblogging sebab aku minat menulis. Cita cita zaman sekolah dulu aku nak jadi macam A,Samad Said. hehe.. Tulis apa saja yang kita mahu. Tulis lah apa saja yang anda rasa nak tulis, asalkan tidak melanggar hukum syariat. Jangan malu dengan kutukan dan pandangan sinis rakan rakan.mereka saja ...

Kualiti Atau Kuantiti dalam Penulisan Blog

Zaman internet dan dunia cyber yang serba canggih ni, Blog memang sudah tidak asing lagi. Setiap hari mesti ada 10000000++ atau lebih blog baru yang di hasilkan. Di Malaysia, arena Blog juga semakin pesat berkembang. Semakin ramai rakyat Malaysia gemar menulis dengan media elektronik ini di tambah pula dengan kemasukan gadjet gadjet yang memudahkan lagi  penulisan Blog. Kualiti atau Kuantiti. Sebenarnya, dalam penulisan blog ini kuantiti dan kualiti sama sahaja pro kontra dia. Sama juga seperti kita menulis dengan Pena di Kertas. Semakin banyak kita menulis, semakin baik dan berkualiti penulisan yang dapat kita lakukan.   Oh maafkan saya, entry ini terlalu skema. :p Song Ji Hyo Running Man datang Malaysia??

Kesilapan Umum Blogger yang Perlu Di beri Perhatian

Asalamualaikum, tadi aku ada cerita sedikit mengenai ada budak yang baik hati nak bagi aku tudung bawal dalam entri ini.  Sekarang aku rasa macam nak menulis pulak kesilapan yang selalu sangat blogger blogger ni buat. Kesilapan ini memang rasanya agak remeh temeh, tapi aku rasa memang memberi kesan yang besar. Kesilapan yang aku maksudkan adalah semasa kita Follow sesuatu blog, berapa ramai yang letak link blog anda di profile Google Friend Connect.? Aku rasa Backlink di situ lebih berkualiti daripada anda letakkan link di shoutbox. Maka tak hairan lah kalau kita google "Tips untuk terindeks di google" salah satu jawapan yang di beri oleh old timer blogger ialah Follow Blog yang banyak follower. Tapi kalau kita follow saja tanpa letakkan link, tak ke sia sia tu. Lagipun ini akan memudahkan pemilik blog yang anda follow tu pergi ke blog anda. contoh Follower yang

Apa yang Blogger Indonesia Kutuk tentang Malaysia

Memang tidak di nafikan, Indonesia dan Malaysia tidak sebulu dari dulu lagi. Apa yang di paparkan di TV contohnya kerjasama ekonomi mungkin hanyalah propa untuk menggaburkan mata kita. Apatah lagi dengan cyber war di antara Malaysia dengan Indonesia. Hm. Semoga pihak berwajib memantau perkara ini. Sewenang wenang nya media indonesia kutuk-kutuk Malaysia. Ini apa yang ditulis oleh blogger tersebut.

Blogger & Forum CariCyber.com

Sticky Post Entry Jika di tanya kepada otai-otai penulis blog apakah tip-tip  yang dapat dikongsikan untuk menaikkan sesuatu jenama blog dan membuatkan blog anda  dikenali ramai , salah satu rahsianya adalah dengan berforum . ya dengan berforum, berforum salah satu cara untuk meningkatkan traffic dan  mempopularkan blog mahupun si penulis blog itu sendiri. tapi itu bukanlah tujuan utama. kita anggap ianya sebagai bonus.  Terdapat banyak site Forum yang terdapat di malaysia contohnya caricyber.com. Admin merasakan Forum caricyber.com adalah Forum yang sesuai untuk

Blogger Underground Hebat!

Ok, kita lupakan nama nama besar dalam dunia blogging, kita letak tepi dulu Denaihati..Akubiomed..AbgHensem ,Ben dan lain lain. Kita fokus kepada blogger blogger underground. Maksud underground pada dunia blogging ni bagi aku Blogger yang tak dikenali tetapi ada pengikut yang tersendiri. Masing masing dalam tema penulisan dengan gaya yang tersendiri. kadang kala boleh menjadi inspirasi bagi semua yang membacanya. 1. Arra Ahmad 2. Cikgu Ma 3. IkaFantasi 4. Misz Nadea 5. Zhafwan 6. Ikaa 7.  Hazaikazulkafli Aku bagi 7 blog aja dulu, jom view blog yang aku rasa ohsem ni.  Lagi satu aku bukan kaki ampu blogger otai ok.. haha. tak abis abis promote blogger otai. -_-"