Showing posts with label Blogger Plagiarism. Show all posts
Showing posts with label Blogger Plagiarism. Show all posts

19 December, 2012

Blogger Plagiarism - Masalah SEO

Filled under:

Blogger Plagiarism ini adalah satu masalah. Menciplak hasil tulisan orang lain tanpa credit atau sekurang kurangnya kebenaran adalah salah.

Aku sebenarnya tak kisah pun kalau korang nak amik atau copy paste bulat bulat hasil penat jejari jemari aku menaip, tapi sekurang kurangnya berilah credit dari mana sumber yang kau copy tu. Ini tak, ayat 5 baris je aku tulis, semua 5 baris tu kau sapu bulat bulat. haha.

Bukan apa, ini masalah bro, masalah, kalau makcik google dapat kesan alamat berkubur le blog yang kau bina cantik cantik tu silap silap aku pun kena sekali. Konsep jatuh hukuman dia sama macam undang undang rasuah. huhu. Aku tak nak la blog aku kena ban ngan google.

keratan rentas dari blog yang mengciplak ayat 5-6 baris aku.
Untuk artikel sebenar (original) ayat 5 - 6 baris aku boleh lihat di sini  

Untuk saudara/ saudari dari blog tu, aku tak marah aih.. takkan la isu ciplak 5 -6 baris ni aku nak marah-marah kat ang. bukan niat aku nak kecoh kecoh. huhu. tapi sedarlah, aktiviti macam ni akan rugikan kau suatu hari nanti.

nak ciplak boleh, tapi tolong la edit sikit. jangan bagi sama 100% tukar sikit ayat. tambah tambah untuk ayat bahasa pasar, tukarkan kepada bahasa baku contohnya.

kalau malas sangat nak edit letak je link sumber dari mana kita copy. ok, muahh. !

Posted By Kemal Merah4:06:00 AM