Showing posts with label maal hijrah. Show all posts
Showing posts with label maal hijrah. Show all posts

11 November, 2012

Misi Maal Hijrah 1434H

Asalamulaikum, berusaha untuk menjadi seorang muslim atau hamba yang baik dan terbaik kepada Allah adalah perlu. Biasalah, kita ini hanya manusia biasa, adaka kalanya tersasar dari landasan kehidupan.

Hasrul Hassan, Segmen Maal Hijrah 1434H, Hijrah, 1434H
Misi Maal Hijrah 1434H
Tapi apabila kita tersasar, adalah kita akan 'reset' balik kedudukan kita ke landasan yang betul? Tepuk Dahi Tanya Diri Sendiri.

Ini adalah segmen khas daripada Cikgu Hasrul bersempena tibanya tahun baru islam Maal Hijrah 1434H, untuk segmen ini kita perlu kongsikan apa azam atau hajat sebagai seorang muslim pada tahun baru hijrah ini.

Sebagai seorang muslim, sudah semestinya aku ingin perbaiki diri aku untuk jadi lebih baik. Aku nak perbaiki diri aku sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai, abang, sebagai pekerja, sebagai jiran dan macam macam lagi (insyaAllah..)

Untuk hijrah 1433H ni, aku rasa aku dah abaikan tanggungjawab aku sebagai anak dan abang kepada adik adik aku. Sebenarnya aku bukan tinggal bersama family. so aku harap, untuk hijrah 1434H ni, aku dapat balik dan tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak dan abang. amin...

Selamat menyambut Maal Hijrah 1434H kepada anda semua. semoga kita di berkati Allah swt. InsyaAllah..


Posted By Kemal Merah3:14:00 AM