Skip to main content

Melayu Boleh

Melayu Boleh

Melayu Boleh | Asal usul perkataan 'Melayu' sebenarnya masih lagi belum dapat di sahkan oleh sejarawan. Namun ada terdapat beberapa bukti sejarah yang boleh di ambil rujuk mengenai asal usul frasa 'Melayu',  antaranya,

  • Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

  • Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

  • Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

  • Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

  • Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Rujukan :  Tutor STPM

melayu boleh

Begitulah serba sedikit info bagaimana terma 'Melayu' boleh di ambil. Sebagai bangsa melayu, sejauh manakah kita memahami asal usul salasilah bangsa melayu itu sendiri? Bolehkah anda menjawabnya?
Orang melayu amat menghargai dan menjunjung budi pekerti yang tinggi. Dengan sikap sopan santun dan adab yang sopan. Kenapa kita tidak boleh mengekalkannya?

Melayu Boleh Dengan Islam

Agama merupakan panduan hidup. Tanpa agama seseorang itu akan pincang. Dengan agama islam ini akan membolehkan sesuatu bangsa akan berjaya di dunia dan akhirat. Amalan baik yang dituntut syarak sebagai contoh menghormati ibu bapa, bersopan santun, berbudi bahasa, dan lain lain lagi semuanya sudah lama di amalkan oleh bangsa melayu. Sebab itulah bangsa melayu boleh menjadi indah di mata dunia kerana iannya berlandaskan syariat. Oleh itu, kita semestinya kena kuatkan iman di dada.


Melayu Boleh Dengan Melayu

Untuk menjadi melayu yang serba boleh dan berjaya, kita mestilah bersatu padu dan bekerjasama. Buangkan perasaan hasrat dengki dan iri didalam hari. Sentiasalah saling hormat menghormati dan bersatupadu di antara satu dengan yang lain.


Contoh Melayu Boleh

Terdapat beberapa figura usahawan orang melayu yang boleh dikatakan berjaya dalam bidang masing masing. Antaranya
  • Syed Mokhtar Al-Bukhari
  • Sharil & Shariman Samsudin
  • Mokhzani Mahathir
  • Azman Hashim
  • Kamarudin Meranun
  • Ahmadyuddin Ahmad
  • Eleena Azlan Shah
  • Abdul Hamed Sapawi
  • Nazir Razak
  • Hamdan Mohamad
Sumber : Majalah Niaga


Melayu Boleh di Internet

Jika kita lihat di media carian google, kata kunci 'melayu boleh' memaparkan senarai medium lucah melayu yang boleh menjatuhkan mertabat orang melayu itu sendiri. Suatu ketika dahulu kita di kejutkan dengan lambakan video 3gp melayu di internet dan penyebaran nya secara berleluasa dia kalangan anak muda remaja waktu itu. Aku tau lah zaman tu aku jadi pengawas sekolah, rajin jugak buat operasi rampas telefon. Yang menariknya budak perempuan pun jadi tokan 3gp lucah.!!

Akibat kegersangan seekor dua 'melayu' yang mempopularkan 'melayu boleh' dengan medium lucah sehingga memaparkan persepsi negetif orang luar terhadap 'melayu boleh' amatlah di kesali. sepatut nya perkataan 'Melayu Boleh' seharusnya mengambarkan melayu yang boleh menghadapi cabaran, dan melayu yang berjaya dalam perbagai bidang.

Jadi marilah kita bersama sama join contest seo ini untuk membersihkan kata kunci 'melayu boleh' daripada sisi buruk kelucahan yang merosakkan minda anak muda. Lagi ramai, lagi bagus. barulah misi dan visi contest seo ini berjaya.

Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh Eca, JomStadi, Akma Omar, AkuPenghibur, CikLalili, AsyrofStudio, Boni Kacak, MenulisMenconteng, Fuh [dot] My, Media Siber, Gempak [dot] org, GilerKentang, NurMujahidah, & Pelik [dot] My, BlogFyna, Pondok Kecil

Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...