Skip to main content

Apa yang anda perlu tahu: Ubuntu



Perisian Bebas atau Sumber Terbuka

Pada lewat tahun 1980-an, menjadi kebiasaan bagi peminat atau pengatur cara program komputer untuk berkongsi perisian serta kod sumbernya. Ketika itu, sistem operasi (OS) Unix banyak diguna pakai oleh industri dan akademik. Bagaimanapun, OS ini menjadi terlalu ketat dengan paten sehingga menghalang pengguna komputer bebas untuk menukar kod-kod programnya.
Richard Stallman, seorang saintis komputer melahirkan projek untuk mencipta klon kepada

OS Unix yang dipanggil GNU - akronim bagi “GNU's Not Unix” yang mana mengamalkan dasar “kebebasan perisian”. Falsafah Perisian Bebas (Free software) atau Sumber Terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod sumber, berkongsi dan melakukan perubahan tanpa sebarang halangan. Richard percaya konsep ini lebih menyihatkan serta lebih natural dengan sifat manusia. Perisian Bebas juga lebih fleksibel untuk disesuaikan mengikut kehendak dan keadaan pengguna.

Apa Itu Linux dan Apa Itu Kernel?

Apabila GNU berkembang, banyak aplikasi UNIX telah pun diklon dan secara praktikalnya
boleh dikatakan terdapat jumlah perisian yang mencukupi untuk dijadikan suatu OS yang
baru akan tetapi GNU kekurangan satu item penting yang dipanggil kernel.

Kernel merupakan jantung kepada mana-mana OS yang melakukan fungsi asas seperti
menjadi “orang tengah” dalam komunikasi antara perisian dan perkakasan.

Pada tahun 1991, seorang pelajar Universiti Helsinki, Linus Benedict Torvalds melakukan
projek peribadi untuk menghasilkan kernel. Kernel ini pada asalnya ingin dinamakan Freax
oleh Linus walau bagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke yang menjaga server untuk
memuat turun kernel ini menamakan direktori Linus sebagai Linux. Sejak itu, Linux diguna
sebagai nama rasmi kernel ini. Keadaan bertambah rancak apabila Linus mengeluarkan versi kernelnya sebagai Perisian Bebas yang mana mendorong lebih banyak penyumbang kod menyertai projek ini dan seterusnya mematangkan kernel ini untuk digunakan secara massa.
Akhirnya, Linux digabungkan dengan aplikasi-aplikasi GNU menjadikannya sebuah OS
yang lengkap yang dipanggil GNU/Linux. Tetapi ramai pengguna komputer berasa
janggal memanggilnya GNU/Linux kerana tulisannya yang panjang serta pelik dari segi
bunyi. Maka kebanyakkan orang hanya menyebutnya Linux.

Apa Itu Distribution?
Oleh sebab, Linux bersifat bebas maka sesiapa sahaja boleh menyunting kod-kodnya dan menghasilkan OS baru berasaskan Linux. Ini menyebabkan pelbagai variasi Linux wujud diluar sana. Variasi-variasi inilah yang disebut sebagai distribution atau dalam singkatannya sebagai distro. Antara distro Linux yang terkenal termasuklah Ubuntu, Debian, Red Hat, Fedora, openSUSE dan pelbagai lagi.

Apa Itu Ubuntu?

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi Linux yang paling popular di kalangan pengguna desktop. Pertama kali dikeluarkan pada 20 Oktober 2004. Ia menekankan pada kepenggunaan dan keselamatan. Ubuntu diasaskan oleh Mark Shuttleworth, seorang ahli perniagaan dari Afrika Selatan. Perkataan Ubuntu berasal dari puak Zulu, Afrika yang bermaksud “kemanusiaan kepada yang lain” atau “humanity towards others”.

Sokongan

Ubuntu mendapat sokongan pembangunannya dari syarikat Canonical Ltd. dan juga ahli komunitinya yang ramai. Ubuntu juga akan mengeluarkan versi baru setiap enam (6) bulan iaitu pada bulan April dan Oktober tiap-tiap tahun. Kemaskini dan naik taraf Ubuntu adalah percuma. Terdapat dua jenis sokongan bagi versi Ubuntu iaitu versi Long Term Support (LTS) dan bukan LTS.

Versi dan Tempoh Sokongan

Long Term Support (LTS) ---> Tiga (3) tahun untuk Desktop Edition, Lima (5) tahun untuk Server Edition.
Biasa atau bukan LTS ---> 18 bulan untuk Desktop Edition dan Server Edition.

Versi Keluaran

Ubuntu versi baru akan dikeluarkan pada setiap enam (6) bulan yang mana nombor versi itu dipilih mengikut tahun dan bulan ia dikeluarkan. Ia juga akan menggunakan nama kod (codename) bagi setiap versinya. Nama ini dipilih dalam dua perkataan dan menggunakan huruf permulaan yang serupa pada kedua-dua perkataan.

Keperluan Minimum Ubuntu

Sebelum anda melakukan proses pemasangan Ubuntu, pastikan komputer anda mempunyai spesifikasi minimum seperti :

CPU 700 MHz
RAM 256 MB
Ruang Cakera Keras 4 GB


SUMBER/KREDIT : Buku Panduan Asas Ubuntu 10.04 LTS Desktop Edition

Comments

sky love said…
This comment has been removed by the author.
sky love said…
cayalah student piploma..hehe..>_<
alia zainol said…
ubuntu ni alia guna time kt matrik dulu hehe :P
Anonymous said…
tang mana nak download OS ubuntu ni,bg link leh x
Akemal said…
http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download

boleh usha kat link nih...

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.