Skip to main content

The Twinnies - si kembar yang 'jazz'.!

Hampa semua minat K-Pop lebih dari ais pop.? hampa minat Justin biebier (sengaja dieja begini) lebih daripada Justin Bubur.? Mahupun hampa minat Rebeeca Black, lebih daripada Masked Rider Black.? (bodoh, aku dah start merapu..hehe)
memandangkan ini bukan blog hiburan, macam Beautiful Nara tuh, aku akan olah review nih ikut sedap jari aku. maka, kalau ada terguris hati mu, maafkan lah aku sayang.

baiklah, kita lupakan semua tu sebentar, kita cari kelainan, asyik dengar lagu korea jah...pulun dengaq, tapi haram satu pun tak paham,(kena batang idung). sikit-sikit K-Pop, memang la tak dinafikan, depa tu comel-comel..putih, gebu..Hensem, tapi Akmal & the Band lagi ensem..haha.

Tapi ni lagi comel bro..segak lak tu,(pujian ini berbayar), seingat aku aku stalker view diaorang nih, sebelum kemunculan Yuna, seingat aku la.. masa tu band hujan tak top lagi pun, noh masa tu duk sibuk promosi lagu Bila aku Sudah Tiada versi record dengan henpon kat myspace.(aku lupa password myspace aku).

tanpa melengahkan bacaan hampa, aku 
memperkenalkan,
TheTwinnies .!!!

Gambar aku amik kat fanpage depa ni, memang sengaja sekerat aku amik. aku mintak izin tau nak amik gambo nih.

meski pun diaorang nih tak membawa muzik cap K-pop, malah stail muzik jazz menjadi pilihan dua orang pemuzik kembo ini.budak-budak yang mengelarkan diri mereka, 'the twinnies' ini berasal dari utara tanah air, Perlis. botol kicap pun ada nama, nama diaorang nih ialah Atikah & Atirah Norddin. Atikah tu kakak, si Atirah tu adik, yang Akmal tu pulak adik ipar kepada si Atikah tu, dan En.Norddin tu macam bakal mertua si Akmal tu la..(haha...gurau jah, sah aku kena maki lepas nih)

mungkin diorang ni tak dikenali macam nama-nama besar yang lain, tapi dalam lebel indiependence, diorang nih bukan lah makhluk asing bagi penduduk setempat mahupun luar kerana, diorang nih selalu bermain muzik untuk dinner2, dan event2.

dan baru-baru ni, aku terkesima dengan suara jazz. ye ke jazz.?, si atikah dalam lagu Dalam Hati memang A+++ wa cakap lu.

yang mana tak minat muzik cap jazz mahupun folk nih mesti akan meminati muzik cap jazz lepas dengar lagu nih. kalau tak percaya, cuba dengar.



secara jujurnya, dalam banyak-banyak presenter youtube, aku lebih prefer 'the twinnies' dari presenter2 yang lain. Najwa Latif.? oh no... percent  keminatan aku kepada beliau dah menurun sejak dia join mainstream.

the twinnies ni jugak ada jugak buat cover-cover lagu dengan stail mereka sendiri. so lepas ni boleh lah godek-godek youtube cari cover depa nih.

dengan bakat yang ada nih, aku rasa kalau betul cara nya, diorang nih boleh pergi jauh. dan persetankan mereka yang tak mau follow up budak-budak indie, nih, konon nya tak ada market. puih.!! (uih, sabar kemal)

kat sini aku tinggal kan band profile diorang, klik sini . jemput jemput la singgah nye, jangan lupa singgah page kertaswarnamerah gak. haha.

akhir kata, bila nak buat lagu nasyid ala2 jazz.? hehe..style pa weh....




p/s: ainan tasneem tu sapa.?



Comments

IamJoonet said…
thumbs up kemal...1st time kenai depa around 2009....time LI..mmg havoc gila...gitar karen tak salah men lagu i'm yours...huh...mmg salute an...najwa latif...na..na...tak masuk dalam list...ainan tasneem?oh..lagi ah...hahha..muncul yuna dalam pertengahan 2008 tak salah...lepas tu hujan...forsure...depa terbaik....<3
twinnies said…
terima kasih banyak banyak kertas wana merah! ;) - twinnies
hanis rahman said…
awesome girls! muka macam familiar laa dua org nii..hehe
kashaa said…
mak aihhh.. sore die.. heaven!

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.