28 November, 2013

Movie Ustaz Mu Tunggu Ku Datang

Ustaz Mu Tunggu Ku Datang | Filem Ustaz Mu Tunggu Ku Datang yang menampilkan Ajak dan Sharol SHIRO baru sahaja mulakan ditayangkan pada hari ini (28/11/2013) di pawagam. Seperti tak biasa, aku pun turut sama menyaksikan ustaz mu tunggu ku datang full movie di pawagam  GSC Amanjaya dengan my brother yang besday dia hari ini jugak.

ustaz-ku-tunggu-mu-datang-full-movie-download

Secara keseluruhan ok lah movie ni. Apa yang hendak disampaikan oleh Piree Andre (macam mana nak eja?) sampai kepada penonton. Tahniah kepada tuan pengarah. Banyakan lagi filem dakwah macam ni banyak banyak.

download-ustaz-ku-tunggu-mu-datang

Kepada anda yang belum menonton, boleh la pergi menonton di pawangam GSC yang berdekatan. Sudah sudah la tu download movie kat internet. . .  hehe

Sedikit Sinopsis Ustaz, Ku Tunggu Mu Datang.

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka  dan kedua - dua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai masalah.

Selamat Menonton Ustaz, Mu Tunggu Ku Datang Full Movie di pawagam!!!

1 Comments:

Liniey Nor said...

merahhhhh...im cominggg!!

http://iamliniey.blogspot.com/2013/11/berwajah-baru-sudah.html