Skip to main content

Sejarah Kaum Israel & Review Benjamin Netanyahu dalam YouTube - Awesome Worldview Project

Umum sekarang ni (dari kaca mata muslim) melihat negara israel adalah satu negara yang kejam, penjajah, terrorist, perampas, busuk kaki dan hati dan sebagainya. hanya sebahagian 'Makhluk Allah' dari eropah dah sebelah timur tengah mengangap perkara yang sama tentang negara Yahudi Laknatullah ini. ada juga yang tak kurang menyokong negara Yahudi ini. Mereka bagaikan
dikaburkan dengan limpahan Rezeki yang diberikan oleh Israel untuk mereka. baru baru ni perdana menteri Israel Benyamin Netanyahu mengatakan bahawa negara Yahudi Laknatullah pimpinan beliau adalah satu satunya negara di timur tengah yang menghargai DEMOKRASI dan KEBEBASAN. malah dalam wawancara tersebut Benyamin Netanyahu ni kata kebanyakan negara-negara yang bergolak adalah disebabkan dipimpin rezim militan Islam. Netanyahu juga melabelkan Iran, sebagai negara yang dipimpin dengan kepimpinan diktator. menurut nya lagi Israel adalah satu-satunya negara yang menghargai hak asasi manusia, dan satu-satunya negara yang menghargai rakyat Arab, 20 peratus warga Israel orang Arab. Mereka menikmati semua hak-hak special di Israel. apa kejadah ini semua.???bayangkan dengan berjuta-juta umat manusia kat dunia ini mendengar perbohongan sandiwara muka seposen pemimpin Yahudi Laknattullah ini kat Youtube, sebab wawancara tu dilakukan oleh Youtube dalam mode World View Project. penulisan entri kali ni agak serius sikit, tak pernah-pernah aku tulis panjang-panjang macam nih. sekadar nak berkongsi pengetahuan dengan kawan-kawan blogger. aku juga nak kongsi sedikit info pasal sejarah kaum israel yang dipetik dari laman sesawang ittutor.net. sekadar ingin berkongsi ilmu..

"Melalui al-Quran, bangsa Yahudi dikenali dengan bani Israel. Bertitik tolak dari keturunan nabi Ibrahim a.s. Melalui salasilah nabi-nabi yang disertakan bersama dengan artikel ini, nabi Ibrahim a.s. mendapat dua cahaya mata iaitu nabi Ishak a.s. dari isterinya yang pertama, Siti Sarah dan nabi Ismail a.s. dari isterinya yang kedua, Siti Hajar.

Dari salasilah keturunan nabi Ishak a.s., keturunan Yahudi/Israel dilahirkan. Perkataan Israel itu sendiri berasal dari gelaran nabi Yaakub a.s. yakni anak kepada nabi Ishak a.s. Dari situ maka lahirlah bangsa Yahudi yang digelar sebagai Bani Israel. Berbalik kepada salasilah nabi Ismail a.s., dari keturunannya lahirlah bangsa Arab.

Setelah Nabi Ishak, semua keturunan nabi telah diserahkan kepada bangsa Yahudi. Pendek kata, ramai nabi yg telah diturunkan kepada mereka. Nabi Ya'kub, nabi Yusuf, nabi Musa, nabi Yunus, nabi Syu'aib, nabi Ayub, nabi Zulkifli dan ramai lagi. Kenabian telah dianugerahkan kepada Yahudi hinggalah ke nabi Isa a.s. Nabi Isa adalah nabi berbangsa Yahudi yg terakhir.

Dalam masa yg sama, keturunan Arab yg muncul dari salasilah Nabi Ismail a.s. mengalami ketandusan nabi. Tiada nabi yg diturunkan kepada bangsa Arab, sehinggalah hadirnya Nabi Muhammad s.a.w., khatimul anbiya' penutup segala nabi. Harus diingatkan, turunnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah selepas zaman Nabi Isa A.S.

Dengan kehadiran nabi Muhammad s.a.w., bangsa Yahudi bagaikan menerima satu tamparan yang hebat memandangkan selama ini segala keturunan nabi dianugerahkan kepada bangsa mereka. Dan dengan tiba-tiba sahaja seorang nabi muncul dari `sepupu` mereka iaitu bangsa Arab. Bahkan mereka masih tetap menanti kedatangan nabi yang baru dari kalangan bangsa mereka, yang ternyata adalah satu penantian yang sia-sia. Oleh kerana itu, bangsa Yahudi tidak mampu menerima fakta ini dan menolak terus-terusan kerasulan baginda s.a.w. Apabila mereka menolak kerasulan nabi Muhammad s.a.w., ini bererti secara automatiknya mereka telah menolak Islam. Di sini juga para alim ulama berpendapat, Allah s.w.t. ingin menunjukkan kepada manusia sekalian alam, bahawasanya agama Allah itu tidak hanya diturunkan kepada sesuatu bangsa sahaja. Sesiapa pun mampu menganuti Islam selagi mana masih berpegang kepada al-Quran dan sunnah, tidak kiralah samada mereka berketurunan Parsi, Turki dan sebagainya.

Bangsa Yahudi telah dibawa masuk ke Palestin untuk kali pertamanya oleh Nabi Musa a.s. ketika melarikan diri dari cengkaman fir'aun di Mesir. Dalam peristiwa inilah, laut merah telah dibelah dua dan bani Israel yg diketuai nabi Musa telah menyeberanginya dgn selamat. Fir'aun dan bala tenteranya pula telah musnah ditelan ombak. Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Palestin/Jerusalem, dan Allah tetapkan tanah suci ini sebagai mukim tetap mereka. Tapi dengan syarat!
Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) az-Zikr (Lawh Mahfuz), bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba Ku yang soleh.
(Al-Anbiya':102)

*perkataan bumi dalam ayat tersebut merujuk kepada tanah suci Palestin.

Dan bangsa Yahudi tidak mematuhi syarat-syarat yang telah Allah tetapkan dan tidak beramal soleh. Dari sejarah, bangsa Yahudi telah diusir keluar oleh Allah sebanyak dua kali.

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu, "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakkan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka maharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri; dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagai mana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
(Al-Isra':4-7)

Hukuman 1: Bala tentera dibawah perintah Nebuchadnezzar dari Babylon (kini Iraq) telah datang menyerang Jerusalem pada 587 sebelum Masihi. Bangsa Yahudi telah dibunuh, kota mereka telah dihancurkan, tempat beribadat mereka (termasuk Masjid yg telah dibina oleh Nabi Sulaiman A.S) telah dirobohkan. Manakala yg masih hidup telah dibawa pulang ke Babylon utk dijadikan hamba-hamba abdi.
Hukuman 2: Bala tentera Rom dibawah perintah General Titus telah sekali lagi menghancurkan kota Jerusalem pada 70 selepas Masihi. Kehancuran kali ini lebih dahsyat dan parah berbanding yg sebelumnya. Bangsa Yahudi yg masih hidup telah diusir keluar sama sekali dari kota Jerusalem.

Sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan maha pengasihani. Allah tidak akan menjatuhkan hukuman kepada hambaNya tanpa sebarang sebab musabab. Begitu jugalah yg telah terjadi kepada kaum Yahudi. Maka setiap hukuman di atas adalah untuk dosa-dosa yg berikut:-

Dosa untuk hukuman 1: Merubah isi kandungan kitab Taurat sesuka hati untuk menghalalkan yang haram. Diantaranya, mereka telah menghalalkan riba' keatas kaum-kaum lain.

Dosa untuk hukuman 2: Membunuh ramai para anbiya'. Diantaranya nabi Zakaria a.s dan nabi Yahya a.s. Mereka juga cuba menyalib nabi Isa a.s.......Wallahualam"

ittutor.net.

Comments

Akemal said…
kalau ada tersilap info atau pun maklumat, sila tegur ok.. ^^
Israel bangsa yg diberkati, juga bangsa yg berkali2 mendapat kutukan/hukuman.

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...