Skip to main content

BackTrack 5 - Aku Newbaby

Akhirnya berjaya juga aku habiskan download benda ni, sehari semalam juga download ni nak siap. almaklumlah speed internet kat malaysia ni macam mana kan. tak pernah aku download file sebesar ni, kalau movie pun tak la nak sampai 1 Gb pun kan. Tapi benda ni 2.5 GB lebih. damn.

Tapi tak apa, oleh kerana nafsu yang membuak buak untuk mengetahui dan merasai pengalaman mengunakan benda ini aku gagahi juga menanti setiap titisan pergerakan bit bit IDM hingga ke akhirnya,

haha. ayat tak boleh blah.

benda yang aku maksudkan itu ialah BackTrack 5 R2.

ya, mungkin aku agak noob dalam distro linux jenis yang macam ni,ini kerana BackTrack bukanlah distro yang yang dikenali ramai seperti Ubuntu.

Sebelum tu, aku terangkan apa itu
BackTrack. BackTrack ialah sistem operasi yang berasaskan linux (ubuntu) yang di gunakan untuk kerja kerja yang berkaitan dengan pengujian keselamatan sistem komputer. (ini apa yang aku paham)

Ok aku paham, ramai pembaca blog KWM ni bukan lah mempunyai asas dalam bidang komputer. ok, kat sini aku terangkan, apa itu sistem operasi komputer.

Sistem operasi komputer tu secara umum ialah windows yang yang kita pakai la di komputer.
contoh :
Microsoft = windows XP, windows 7 dll.
Linux = Ubuntu, Fedora, RedHat, BackTrack dll.

paham? maafkan aku kalau info di atas salah, kalau salah betulkan.ayat di atas aku tulis berdasarkan kepahaman aku saja.

Jadi apa kelebihan BackTrack, didalam versi BackTrack 5 yang baru aku godek godek semalam, BackTrack ini mempunyai pelbagai macam tool dan sofware security yang di gunakan untuk melakukan pengujian security. so, tak payah la susah susah nak mencari di merata rata tempat. dan download satu satu lepas tu install pulak satu satu,  semua dah ada dalam BackTrack ni.!

kalau kita google mengenai backtrack, banyak feedback yang kita dapat mengenai berkaitan dengan hacking kan. ya, Bactrack juga sering digunakan oleh pakar pakar cyber untuk melakukan pengujian kelemahan komputer client dan macam macam lagi.

contohnya, seorang jurutera komputer melakukan ujian untuk menentukan tahap keselamatan sistem maklumat di syarikat nya dengan mengenalpasti dan mencari kelemahan-kelemahan yang terdapat client di syarikat itu supaya dapat mencegah dari kecurian maklumat oleh pihak lain. hu paham? ayat aku reka sendiri nih. aku tak tahu macam mana nak terangkan. ini ja aku mampu terangkan.


Aku pun baru ja nak belajar cara cara nak menggunakan tool dalam BackTrack 5 ni. hu.. rupanya banyak lagi yang aku tak tahu.

Comments

Miss Syahbanu said…
fuyoooo...hehe..byk tul benda2 pasal komputer nih kan haha..mmg x brp reti bab2 ni sume..
ikaa said…
hah merah nk hack????
ikaa said…
hah merah nk hack????

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Segmen : Jika Aku Pelakon Popular ...... Alkisahnya, semasa buat rondaan bersekutu dari bolg ke blog, sampailah ke blog Mak Dara   yang mengugguli anugerah Worst Blog Of The Year baru baru ni di Worlds Blogger & Social Media Awards 2012. Dia ada buat segmen berkisarkan industri seni lakon. almaklumlah orang industri perfileman katakan.. jom jawab soalan ringkas yang ditanya dalam segmen ini. Mak Dara Tanya : Nama glamo

Movie Ustaz Mu Tunggu Ku Datang

Ustaz Mu Tunggu Ku Datang | Filem Ustaz Mu Tunggu Ku Datang yang menampilkan Ajak dan Sharol SHIRO baru sahaja mulakan ditayangkan pada hari ini (28/11/2013) di pawagam. Seperti tak biasa, aku pun turut sama menyaksikan ustaz mu tunggu ku datang full movie di pawagam  GSC Amanjaya dengan my brother yang besday dia hari ini jugak. Secara keseluruhan ok lah movie ni. Apa yang hendak disampaikan oleh Piree Andre (macam mana nak eja?) sampai kepada penonton. Tahniah kepada tuan pengarah. Banyakan lagi filem dakwah macam ni banyak banyak. Kepada anda yang belum menonton, boleh la pergi menonton di pawangam GSC yang berdekatan. Sudah sudah la tu download movie kat internet. . .  hehe Sedikit Sinopsis Ustaz, Ku Tunggu Mu Datang. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup. Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut b...