Skip to main content

Dari Blogger Untuk Blogger

Ini hanya sekadar pendapat aku.
Pernah terfikir tak, kenapa kita berblogging? hanya sekadar untuk di jadikan diari atau hanya sebagai lubuk duit yang tak pasti?

Aku lebih suka anggap Blog sebagai NOVEL, bukan nya DIARI. Ye la kan, Novel semua orang boleh baca kalau diari sorang sorang diri je baca.

Ada orang mungkin suka dengan blog kita, mungkin ada yang tidak. Bergantung kepada hati orang yang membacanya dan pembawaan penulis blog itu sendiri.

Tujuan Blogging
Jika di tanya tujuan, macam macam lah jawapan yang kita dapat. Semua ada visi dan misi dalam berblog. ada yang nak terkenal lah, yang nak buat pendapatan sampinganlah, luahkan perasaanlah dan macam macam.

Macam aku jugak, aku berblogging sebab aku minat menulis. Cita cita zaman sekolah dulu aku nak jadi macam A,Samad Said. hehe..

Tulis apa saja yang kita mahu.
Tulis lah apa saja yang anda rasa nak tulis, asalkan tidak melanggar hukum syariat. Jangan malu dengan kutukan dan pandangan sinis rakan rakan.mereka saja je tu nak uji mental kita kuat ke tidak.

Novel Cinta atau Diari cinta
harus kita sedar yang blog yang kita cipta ini akan di baca oleh ratusan, ribuan, malah jutaan orang. Malah mungkin suatu hari nanti blog kita akan jadi rujukan oleh generasi akan datang. So menulis lah sebaik mungkin. Jangan cincai cincai.

Matang atau Santai
Ramai blogger contohnya macam aku mempunyai masalah dalam proses kematangan dalam penulisan. contohnya gaya bahasa dan kata ganti nama. nak guna "saya" atau "aku".Jadi, pendapat aku, proses kematangan tu berlaku pelan pelan. Mungkin ianya mengambil masa. Santai? sudah semestinya lah. ayat tungging terbalik pun ok kalau sampai maksudnya, tak gitu..?

Belajar untuk jadi terbaik
Ada orang tu..

*Dulu tak pandai edit gambar, sekarang dah master photoshop
 (kes nak buat header)

*Dulu karangan dapat C sekarang dapat A+
(sebab praktis karangan bercerita hari hari dalam blog)

*Dulu tak pandai IT, sekarang dah boleh cipta dan design WEB
(edit edit blog, mekap blog, ubah ubah coding)


Ok lah, ini hanya sekadar pandangan aku sahaja. Semoga anda lebih bersemangat untuk berblogging.
Maafkan aku, entry ini terlalu skema. arghhhhh..adakah hormon kematangan aku telah tiba???

lemak atau otot?



Comments

OKje said…
Suka baca entri ni....memang sesuai sangatlah tajuknya tu.....he..he.. apa pun OKje rasa, rata-rata bloggers memang memang minat menulis kot..... bukan mudah untuk menulis sebenarnya kalau orang tu tak minat menulis!

Admin said…
Kena buat banyak entri ... insyaAllah .. anda akan belajar untuk jadi seorang penulis blog yang baik
Bunda_nora said…
info yg menarik sedang menambah baik hasil penulisan..insyaAllah..

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.