Skip to main content

Balada Seorang Blogger


Assalamualikum 
Balada Seorang Blogger | Aku ni hanyalah blogger picisan. Ibarat hanya sebatang tiang. Keseorangan di temani lalang. Nasib baik ramai yang sayang. chewah.

Dah berapa tahun aku berblog secara underground. Alhamdulilah, blog segan segan merah celup ni ada juga yang sudi nak baca. Terima kasih. mai sini aku nak kiss pipi.

kertas-merah

Aku pun dah lupa blog Kertas Warna Merah ni dah version yang ke berapa. Macam macam stail aku tukar. Mungkin agaknya masa tu versi BETA kot. Almaklum lah main blog ikut teradap ja. main belasah ja. edit edit lepas tu tak jadi. lepas tu tukar baru.

 Tahniah buat rakan blog yang sezaman debut dengan aku. tahun 2009 rasanya. Ramai yang dah berjaya dengan blog masing masing, siap dapat anugerah bagai. Tapi aku masih lagi di takuk yang sama. Dalam lubang yang sama.

Nak berblog mesti kena ada MINAT dan TUJUAN. Sama la macam kita kumpul setem. kita kumpul setem sebab kita MINATkan, dengan berTUJUAN setem tu kita harap pada satu hari nanti akan bernilai.. Sama la dengan Blog.

Jika anda yang baca entri jiwang ni blogger baru, aku nak ucapkan teruskan semangat menulis. Tak payah terfiikir nak glemer dengan blog. Mantapkan penulisan blog dulu. Belambak tips tips untuk menulis blog dengan baik. Cuma perlu rajin explore.

Lagi satu teruskan belajar sesuatu yang baru. Contohnya Belajar SEO, mahupun CODING blog. baru la tak bosan dalam berblog. Lepas tu kongsikan apa yang anda sudah belajar. Baru lah ilmu yang korang dapat tu berkembang. banyak manfaat kalau kita rajin berkongsi ilmu. Aku pun masih lagi dalam proses pembelajaran walaupun dah tua bangka. hampa yang muda muda beruntung. energi lebih. :p (puihh)


Ok lah, aku nak pi baca buku Kitab SEO Merah Jambu jap. Tak habis habis lagi ni. Tua tua ni lambat sikit na hadam.

Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...