Skip to main content

Senandung Semalam 3 Julai 2013

Senandung Semalam 3 Julai 2013


Semalam 3 Julai 2013
Kali pertama aku naik kereta api. sepanjang umur hidup tak pernah naik kereta api, tapi pada 3 Julai 2013, aku berjaya merasai menaiki kereta api walaupun hanya dari Sungai Petani ke KL Sentral. Itu pun atas alasan teman Uncle ada urusan dengan client di sana. kami decide nak naik pengangkutan awam. senang dan mudah.

Semalam 3 Julai 2013
Alhamdulilah Bestday aku yang ke 23 Tahun. Muda lagi kacak lagi kot. haha, Apa yang menariknya, aku menyambut bestday dalam kereta api yang pertama kali aku nak naik.Kiranya Hari Ini Dalam Sejarah la.

Semalam 3 Julai 2013
Aku ingat kan tak ada orang nak wish happy bestday kat aku dalam gerabak kereta apai ni. Almaklumlah tak aku ni tak berdunia dengan orang. hehe. Lucky, ada juga member ingat kat aku ini. Thanks Liniey, Adik Musang, dan Taukey Beras Jasmine. Anda sentiasa jadi yang pertama!

Semalam 3 Julai 2013
Aku tersedar dari lamunan kereta api tanah melayu yang berhenti di stesyen terakhir KL Sentral. Destinasi pertama kami tuju mestilah ke tandas. Selesaikan hajat yang tersangkut dalam kereta api. haha. Dalam kereta api ada tandas, tapi tak senyaman mentari. Depan tandas tu ada sekumpulan mamat kelantan patani duk melepak. Dah la hinggap. Hisap rokok. Sembang deraih pulak tu. Sedikit sebanyak membantutkan hajat kami.


Semalam 3 Julai 2013
Nak dijadikan cerita, My Uncle di uji Allah ketabahannya. Sejumlah wang tunai sepekej dengan dompet dan telefon bimbit lesap dalam sekelip mata. Rupanya ada penyeluk saku 'bilik termenung' KL Sentral. Kurang ajaq.
Modus Operandi sindiket penyeluk saku 'bilik termenung' ialah dengan sengaja merosakan penyangkut di balik pintu tandas. Dan melatak kan penyangkut baju di bahagian tangki simbah. Dengan itu si penyagak mengambil kesempatan kekalutan ketika hendak membuang hajat. Ciss...

Semalam 3 Julai 2013
Semasa hendak membuat laporan polis, di pondok balai polis KL Sentral, Polis BANTUAN yang bertugas pada pagi itu memaklumkan yang pegawai polis yang incharge dalam membuat laporan belum lagi sampai. Pukul 8.30 baru polis sebenar yang nak incharge tu datang. Polis bantuan tu mencadangkan kami pergi buat laporan polis di brickfield. Aku ingat kan dekat. cara dia habaq jalan nak pergi balai polis tu macam dekat. Tapi jadah betul makcik P.Bantuan tu, cakap dekat je..dekat je.. jalan kaki pun sampai. cis. tunjuk arah pun lintang pukang. Dah la tinggal sehelai sepinggang ikutkan hati nak naik teksi, tapi apakan daya terpaksa berjimat sebab ada berapa hinggit ja di tangan. Buat pertama kalinya aku dan uncle aku tawaf hotel hilton sebab nak cari jalan ke balai polis brickfield. Setiap kali aku jumpa polis di tepi jalan untuk bertanyakan arah, semua bagi laluan berbeza, naik pening aku. Almaklumlah Orang Kampung.Mana pandai nak jengah kota. Nak buli aku ka apa?

Semalam 3 Julai 2013
Last last, kami decide patah balik ke pondok polis KL sentral. Kesian my Uncle. Terpaksa berjalan jauh. Alhamdulilah pegawai yang bertugas dah ada. Pertama kali pihak polis panggil aku 'Encik' aku rasa tua. Uncle membuat laporan polis mengenai kehilangan baragan berharga. Terima kasih kepada Cop Samsudin yang melayan aduan kami. Macam macam cerita rupanya aku dengar di pondok polis KL Sentral.

Semalam 3 Julai 2013
Cerita 1 :Sementara menunggu giliran untuk membuat laporan polis, kami di sajikan dengan adengan gari mengari. Pihak polis telah menangkap seorang rakyat dari tanah besar cina yang memeras ugut seorang kakak yang comel lagi cun. Kesian kakak tu.

Semalam 3 Julai 2013
Cerita 2: Di sebalik cerita kakak yang di peras ugut, lain pula cerita dengan seorang makcik bersama anak OKU nya. Alkisahnya dia daripada johor bahru di jemput anak tirinya ke Kuala Lumpur. Tapi apabila tiba di Kuala Lumpur, anak tirinya gagal dihubungi. GHAIB. Sedih betul. apabila orang yang dia harap tidak muncul muncul tiba untuk menjemputnya. Tinggal lah si makcik itu bersama Anak OKU nya. Mungkin taktahu selok belok dan kehabisan wang, makcik tu terpaksa meminta bantuan di balai polis yang kami nak buat laporan tu. Di sebalik kekejaman tikus tikus besi yang memamah konkrit, ada juga yang prihatin dengan makcik tu. Brader brader polis bantuan hingga lah ke makcik cleaner, pakat pakat menderma wang ringgit dan membelikan tiket untuk makcik tu pulang ke johor.

Semalam 3 Julai 2013
Cerita 3: Jenayah Berkolar Putih rupa rupa nya wujud. aku ingatkan dalam drama swasta saja ada penjenayah berkolar putih. Lain ceritanya daripada makcik itu tadi. Ada sekumpulan anak muda daripada jabatan kebudayan. Salah seorang daripada mereka kehilangan BAGASI. dan suspek utama ialah Mat Saleh mana tah. Mak Aih, Mat saleh pun ambil kesempatan menyamun di Malaysia?

Semalam 3 Julai 2013
Selepas selesai membuat laporan polis, kami memikirkan bagaimana untuk pulang ke kedah. Dengan wang tambang yang tak mencukupi. Alhamdulilah, terima kasih untuk family di kampung. Mujurlah dalam dompet biru rabak aku ni ada kad bank hidup segan nak mati. Pindahan dari sepupu sebanyak RM 3 juta lemon berjaya di pindahkan. Kami selamat tiba di sungai petani dengan menaiki bas dari pudu ke SP. Bertolak pukul 2 sampai pukul 8 malam. Tahniah buat pakcik driver tu, mematuhi had laju.

Semalam 3 Julai 2013
Kepada banyak sangat aku ulang ulang tarikh 3 Julai 2013 ni?

Semalam 3 Julai 2013
Saja la aku nak bagi hampa ingat 3 Julai tu besday aku. hahaha. Gamak la depa. lupa besday . Asyik ingat besday budak serawak tu ja...kita ni mana la nak ingat kan.. (tiba tiba,)

Semalam 3 Julai 2013
Duk tunggu cupcake durian.

Buat my Uncle, sabaq banyak banyak ok. orang yang makan duit haram ni tak boleh nak p mana. Tak dapat basalan di dunia, dia dapat balasan akhirat. harap si pencopet tu cepat cepat bertaubat.
Harap pengalaman ala koboi yang aku kongsikan ini  sama sama membuatkan kita berjaga jaga. Sentiasa Beringat ingat sebelum keringat membuahkan ketuat. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Apa Itu Phishing.?

Apa itu Phishing.?  Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.  Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.  Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing. E-mel palsu adalah alat yang paling banyak diguna...

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.