Asalamualaikum, dah join segmen Sesi Bertaaruf bersama Blogger ? kalau belum jom cepat cepat join. mudah saja. Baiklah, kali ni aku nak menulis mengenai tentang sesuatu perkara yang jarang jarang orang biasa macam aku ni tahu.terutama pakcik makcik datuk nenek diluar sana, Seperti tajuk yang anda lihat. Backdoor. Jadi apa itu backdoor? Sebelum aku lanjutkan penulisan aku mengenai backdoor ni, aku harap anda semua dapat memahami dan membaca entry aku yang tak seberapa ini sampai habis. ambil lah masa 5 - 10 minit, bukan apa, entry ini penting untuk orang orang biasa, makcik pakcik yang di luar sana ni untuk menjamin keselamatan di dalam dunia siber yang penuh tipu daya ini. Apa itu backdoor. Sebagai pengenalan, Backdoor boleh dikenali sebagai program atau cebisan malware yang amat berbahaya kerana ianya membolehkan seorang Hacker / Cracker mengendalikan, mencuri data, mengenalpasti password atau apa saja di komputer anda tanpa di ketahui oleh anda. Contoh : Anda sedang se...