Skip to main content

Senyum Perlu Ikhlas

Asalamualaikum, teringat zaman-zaman dulu waktu dizaman persekolahan,tersenyum-senyum aku bila dikenangkan. aku rasa zaman terbaik pada aku adalah zaman sekolah. memang best lah pergi sekolah. macam-macam hal pada waktu tu yang mewarnai zaman tu. walaupun bukan dalam di kalangan pelajar yang cerdik atau  yang terbaik, tapi aku still enjoy. Rugi la kalau budak zaman sekarang tak manfaat kan zaman sekolah diaorang. rugi weh.....rugi.!!

Mak aku cakap, "bio blaja tak pandai, tapi mesti mau pergi skolah,mau nak blajo"
Abah pulak cakap "Abah nak kau blajo"(abah jenis x banyak cakap,tapi aku paham)


kata kata tu la yang membuatkan aku menyambung pelajaran dan berterusan membelajarkan diri.huhu(ayat macam gampang).

walaupun susah macam mana pun, abah tetap cari duit
untuk menyekolahkan anak-anak nye. walaupun abah tak banyak sembang dengan anak-anak beliau, tapi setiap patah perkataan walaupun pendek, mesti ada makna. sapa-sapa yang tak paham, akan terus tak paham.huhu.. tapi aku paham, dia nak anak dia belajar, berjaya.

Semoga Adik aku yang dua orang tu rajin-rajin la pergi sekolah. kita blajar ni bukan untuk puaskan hati mak ngan abah, tapi untuk kita jugak suatu hari nanti. suatu hari nanti hampa akan rasa apa yang aku rasa. baru hampa tau pasaipa mak abah suruh p skolah.Zaman Dewasa tak sama macam zaman budak2 dik oi...^^

semut berkata "Akmal, tajuk entry tak sama dengan post ko". haah..kenapa tajuk entry ni 'Senyum Perlu Ikhlas', nampak macam tak ada kena mengena ja. pehal ni kemal..huhu. senyum ni ada macam macam jenis, senyum mesra..senyum bermakna..senyum sinis dan sebagainya. sebenarnya teringat masa zaman sekolah dulu waktu join team nasyid sekolah. hah.? akmal bernasyid.???? omg..omg..haha.yup, dulu waktu zaman tu, aku ada join team nasyid. join pun secara tak sengaja, kes nak tolong member-member yang tak cukup korum nak pergi pertandingan.

Dalam banyak-banyak lagu nasyid yang tercipa, aku suka lagu Senyum. bukan lagu senyum cap malique dengan najwa tu, lain nih. antara bait2 lirik yang masih aku ingat,

:Senyum seindah suria kan membawa bahgia, senyumlah dari hati duniamu berseri..senyum..seperti rasullulah..senyumannya bersinar dengan cahaya:(lain aku tak ingat..hehe)

kita tengok muka orang senyum pun sejuk je hati kita.. tambah-tambah awek lak kan, haha.. tak apa lah awek orang pun. tapi lagi best kita tengok muka orang tua kita tersenyum kerana kita kan. 

senyum itu sedekah, sedekah dapat pahala. so, macam mana nak dapat pahala cemey tu.? jawapan nye adalah senyum tu biar lah ikhlas. ^^ kan.kan.
maka ikhlaskan diri anda, kalau saya senyum awok mesti senyum sekali, kalau kita senyum semua orang berjangkit, kalau semua senyum dunia tiada penyakit (pinjam ayat najwa..)

ukuwah fillah...

"Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri"








p/s: Suka tengok Fatin Amirah senyum, dia senyum dengan mata-mata nye sekali.




Comments

Anonymous said…
sapa fatin amirah tu..hahhaa..ako kenai ark..
Akemal said…
tak..hahah...jgn gtau dia weh..haha...^^
Orang Kita said…
yup,, ikhlas tu pnting~~ ^^
AnakPakZohar said…
senyum.. tak perlu kata apa-apa... senyummmm.... (^__^)

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...