Skip to main content

Janji Ditepati Menepati Akan Tetapi..

Asalamualikum, sebelum apa apa aku tegaskan belog buruk aku ini bukan belog politik. Politeknik pun jauh sekali. Apa yang di aku tulis ini hayalah sekadar pendapat peribadi, bukannya dipengaruhi / mempengaruhi mana mana pihak. Aku cuma salah seorang Rakyat biasa.

Kecoh dekat facebook dan belog belog sekarang ini isu lagu tema Sambutan Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012. Bila kita sebut KEMERDEKAAN atau MERDEKA semestinya kita bayangkan semangat PATRIOTIK yang CINTAKAN NEGARA dan KEAMANAN.

Salah satu cara untuk mentejermah semangat Cintakan Negara, maka sebuah lagu akan di cipta untuk menaikkan semangat patriotik rakyat. contoh lagu patriotik yang terbaik yang dihasilkan ialah "Merah mu bara semangat Waja" rasanya semua rakyat malaysia tahu lagu tu.

TETAPI untuk tahun 2012 sempena
sambutan kemerdekaan ke 55 ini satu lagu baru dicipta untuk di jadikan tema Sambutan Kemerdekaan ke 55. Lagu yang aku maksudkan ialah "Janji Ditepati".

Secara peribadi nya, selepas aku dengar lagu 'Janji Ditepati' ini aku gelak guling guling.
Bagi aku lirik 'Janji Ditepati' langsung tak mengambarkan semangat patriotik. Lirik entah apa apa. fokus utama lirik itu ialah untuk kita 'membalas budi'.

Aku tahu banyak yang Kerajaan sedia ada ini membuat banyak budi untuk rakyat.contoh nya Klinik 1 malaysia, BR1M dan TR1MA dan macam macam lagi. Tetapi bukakan itu salah satu tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan untuk rakyat. Kalau ikhlas, kenapa perlu risau untuk PRU13 14 15 insyaAllah masih ada pengundi.

Dengan munculnya lagu hot tu, rakyat semakin tertanya tanya adakah kemudahan dan budi yang di berikan untuk kita selama ini hanyalah satu umpan untuk kita memakan budi. huhu...




Comments

Miss Syahbanu said…
betul2 setuju sgt..lirik ntah apa2..janji lah,balas budi lah..mana patriotiknya..x best lgsng..
fasha amira said…
yg ni memg setuju sgt2..memg kerajaan tolong rakyat bnyk, but no need nak sampai mcm ni skali..tu tnggungjawab dorg,hak rakyat jugak..
Akemal said…
huhu. sama sama la kita tunggu lagu tersebut diubah..
Anonymous said…
gelak guling2 jugak..haha.. =D

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...