Skip to main content

Blogger dan Perempuan Cantik - Epilog SEO

Masih lagi tergiang-ngiang jeritan panggilan subuh dari perempuan cantik itu. Kehidupan sebagai blogger kadang kala jua terbabas dari landasan waktu. 3, 4 pagi baru mahu melelapkan mata. bukan apa, waktu itu saja line internet laju. haha.

#Blogger ini sentiasa di kelilingi perempuan cantik, di sediakan makan, minum, dan dijaga nya ketika sakit. Kehidupan bagaikan di syurga bila bersama nya, tetapi bila berjauhan, parah kerinduan menikam jiwa.

Pada suatu hari ini perempuan cantik yang selalu blogger banggakan menghilangkan diri. puas dicari entah manakan pergi. Dijenguk sana kemari, blogger hairan tidak pasti, kemanakah menghilang perempuan
cantik itu pergi.
Sumber : gegel

Pecah peluh kerisauan, di SmS, GPs untuk dijejak, perempuan cantik hilang walaupun setapak. Blogger mengutuskan kapal terbang kertas di udara, usaha mencari perempuan cantik yang tiada jauh dari pandangan mata.


Dipandang nya langit gelap gelita, petanda datangnya kegelapan menjelma, bulan mengambang menjengah tiba, perempuan cantik masih belum tiba.
Sumber : gegel
Kemana hilangnya perempuan cantik pujaan blogger itu.??

Dike heningan malam itu, terkujat blogger takala terdengar jeritan lagu Kosong Najwa Latip dari henpon 3310. Terdengar suara merdu di hujung talian.

"Asalamualaikum, ni mak nih. mak ada kat umah paklong dengan pak hang. saja la nak buat gempak tinggai hang sorang. padan muka hang. k lah, jaga rumah elok2."

Comments

Unknown said…
ahahaha...hang ditinggalkan mpuan cabtik tersebut dan diamanahkan utk menjaga rumah...sila jaga rmah dgn baik ya...hahhaha
Unknown said…
akmallllllll! gena nak buat artikel menarik lazimnya tue?? siap srcollbox ag tu?

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

*Update* Jom Sertai Bloglist Kertas Warna Merah!!

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...