5 Panduan Memilih Makanan Sempena Bulan Puasa Makan di Bulan Puasa Ramadhan | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan penuh rahmat, bulan ramadhan al-mubarak. Di sini saya Dr. Ikhmal akan memberikan sedikit info mengenai panduan memilih makanan sempena bulan puasa yang akan tiba. Semoga kita sama sama meningkatkan kualiti ibadah puasa kita dengan menjaga pemakanan yang betul lagi sihat. Perut Kenyang, Ibadah Tenang, Hati Senang. 1. Kurangkan Makanan Berlemak Kurangkan pengambilan makanan berlemak terutamanya lemak tepu seperti sumber sumber lemak daripada binatang, contohnya mentega dan keju. Lemak seperti ini mengandungi kolestrol yang sangat tinggi. Minimakan kuantiti minyak setika ketika hendak mengoreng atau menumis semasa menyediakan hidangan berbuka puasa. 2. Lebihkan Buah Buahan Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah buahan tempatan seperti belimbing, pisang, betik, tembikai mempunyai khasiat yang sangat tinggi berband...
Ikhmal Malique's Blog