Skip to main content

OhBlogger | Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia

Blog Pendidikan Untuk Blogger Malaysia | OhBlogger


ohblogger, hasrul hassan
OhBlogger Logo
Mencari ilmu itu adalah satu tuntutan, tidak kisahlah itu ilmu duniawi atau akhirat asalkan ianya memberi manfaat. Begitu juga dengan PENULIS LAMAN BLOG, atau Pembangun Laman Blog. ianya sudah pasti memerlukan ilmu untuk mengelakkan apa yang anda bina atau tulis selama ini menjadi SAMPAH atau taik di internet.
Bagi anda yang memerlukan panduan mengenai strategi atau tips mengenai dunia blogging, OhBlogger kelolaan blogger Hasrul Hassan ada menyediakannya. Dari A - Z mengenai panduan blog ada di blog beliau.


Sekilas Mengenai Hasrul Hassan - Pemilik OhBlogger


hasrul hassan, ohblogger
Hasrul Hassan - OhBlogger

Profile

Lahir pada 1976 di Batu Gajah, Perak. Kini menetap di Penang. Telah berblog sejak 2007; merupakan seorang suami dan bapa kepada 3 cahayamata. Berpengalaman dalam menulis jurnal dan tesis serta manual kepenggunaan, kini berkongsi ilmu dan pengalaman tentang blog terutama blogspot. Pernah berkhidmat dengan pasukan penyelidik USM dalam bidang kejuruteraan Trafik dan Lalulintas. Berkelulusan ijazah dalam Sains Komputer dan merupakan seorang yang aktif dalam komuniti SEMESTI.

Kepakaran

Kepakaran dalam membantu blogger blogspot Malaysia menghasilkan sebuah blog yang menarik, berkandungan berkualiti, mantap SEO (Search Engine Optimization) serta mesra pengunjung dan pembaca menerusi perkongsian ilmu berblogging terbaik daripada blogger-blogger yang telah berjaya, serta memastikan setiap blog dapat membina jenama sendiri dan meningkatkan trafik sehingga tiga kali ganda dalam hanya kurang dari sejam!

Lihat lagi di SINI


OhBlogger - Membantu Blogger Baru

Untuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya, anda memerlukan seorang mentor. Dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mentor sedikit sebanyak dapat membantu anda daripada terkial kial dan akhirnya hilang semangat untuk berblog. OhBlogger mempunyai pelbagai artikel panduan untuk blogger baru untuk mula berblog sehinggalah menjadi pakar SEO. Anda hanya perlu taipkan apa yang anda ingin tahu di kotak search OhBlogger sahaja. mudahkan.


OhBlogger - Panduan SEO Mudah

Masih lagi tercari cari sumber traffic percuma melalui enjin carian? jangan risau di OhBlogger di sediakan panduan ringkas dan padat mengenai SEO. Apa yang menariknya panduan SEO yang ada di OhBlogger adalah mudah untuk difahami oleh blogger baru.


Dengan panduan yang di sediakan oleh OhBlogger ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam membangunkan laman blog yang berkualiti.
Jadi untuk blogger yang baru nak panaskan enjin, jom sama sama kita mantapkan ilmu blogging. InsyaAllah Blog yang kita bina ini akan bermanfaat untuk orang di luar sana. walaupun anda menulis blog peribadi. Jom godek godek OhBlogger sekarang!


Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...