Skip to main content

Izzue Islam Sah Bergelar Suami Kepada Awin Nurin

Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin


Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin | Perkenalannya dengan Awin adalah pada ketika dia bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue selepas dia menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.

Bertempat di Dewan Shah Alam, hari ini berlangsungnya majlis pernikahan pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam yang sah bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin.

Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 9.45pagi tadi diijabkabulkan sendiri oleh bapa Awin iaitu Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Izzue, 23, bijak merahsiakan percintaan dengan pengurus sendiri selama 5 tahun malah Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada bulan Jun 2012 tanpa pengetahuan peminat.

Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga & mengambil konsep indoor garden sebagai tema.


sumber: OhArtis

Tahniah buat Izzue islam dan awin nurin, semoga berbahagia sampai ke jannah.

Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Segmen : Jika Aku Pelakon Popular ...... Alkisahnya, semasa buat rondaan bersekutu dari bolg ke blog, sampailah ke blog Mak Dara   yang mengugguli anugerah Worst Blog Of The Year baru baru ni di Worlds Blogger & Social Media Awards 2012. Dia ada buat segmen berkisarkan industri seni lakon. almaklumlah orang industri perfileman katakan.. jom jawab soalan ringkas yang ditanya dalam segmen ini. Mak Dara Tanya : Nama glamo

Movie Ustaz Mu Tunggu Ku Datang

Ustaz Mu Tunggu Ku Datang | Filem Ustaz Mu Tunggu Ku Datang yang menampilkan Ajak dan Sharol SHIRO baru sahaja mulakan ditayangkan pada hari ini (28/11/2013) di pawagam. Seperti tak biasa, aku pun turut sama menyaksikan ustaz mu tunggu ku datang full movie di pawagam  GSC Amanjaya dengan my brother yang besday dia hari ini jugak. Secara keseluruhan ok lah movie ni. Apa yang hendak disampaikan oleh Piree Andre (macam mana nak eja?) sampai kepada penonton. Tahniah kepada tuan pengarah. Banyakan lagi filem dakwah macam ni banyak banyak. Kepada anda yang belum menonton, boleh la pergi menonton di pawangam GSC yang berdekatan. Sudah sudah la tu download movie kat internet. . .  hehe Sedikit Sinopsis Ustaz, Ku Tunggu Mu Datang. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup. Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut b...