Skip to main content

Blogger Lepas Tangan Menyusahkan

Aku ni bukan yang suka desak mendesak orang. Aku cuma seorang blogger lelaki yang agak penyayang dan amat meminati bunga melur. Mungkin sikap melembutkan diri dan hati ni membuatkan ada orang yang sanggup naik tocang pijak kepala. HOW DARE YOU!


Kalau dah diberi tanggungjawab tu harap di sempurnakan dengan baik, apatah lagi bila berurusan dengan orang ramai. Jangan tiba tiba hilang tanpa berita dan membuatkan orang lain tertanya tanya. Attitude bro.. attitude.

Aku tahu sesetengah orang memang ada hal yang menyebukkan diri mereka sampai ada kalanya ada tanggungjawab yang lain bagaikan terlepas pandang.  Kalau student semestinya sibuk dengan pelajaran, final projek and so on. Aku pun dah pernah jadi student dengan final projek yang membuatkan kami satu kelas tensyen tak tidoq sebulan. Aku paham...

Tapi takkan kerana sesuatu hal yang lain tiba tiba menjengah dan dah tak nak pandang pekerjaan yang sebelum ini yang dah dibuat. Tambah tambah lagi bila berurusan dengan orang lain.

Sibuk kalah menteri sekali pun aku rasa menteri tu masih lagi mampu nak update status kat facebook, tinjau tinjau ada notification, siap update status pasal harga minyak naik.(agak agak sapa menteri tu, hehe) jadi apa salahnya hang yang terlalu sibuk tu alang alang dah log in facebook beritahu la atau buat penguguman or something di status facebook hang tu. (hang bukan nama sebenar)

Sayang betul bila blogger yang berpotensi maju di masa hadapan dan ramai kenalan blogger blogger senior mula buat hal. Untung baru beberapa hari join community blogger dah ramai kenalan blogger hebat hebat. kalau buat segment atau event ramai yang pakat pakat nak taja, support macam macam. Kalau jadi blogger underground macam aku ni jangan harap nak dapat semua tu. buat contest belum tentu ada orang nak join.haha. Bila dah diberi percayaan tu buatlah yang terbaik. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan orang. Nanti bila orang yang selama ni di belakang hang mula hilang kepercayaan terhadap hang, habis la misi dan visi hang selama ni. Lain la kalau hang dah berubah misi dan visi hang dalam blogging ni?

Koloni Blogger Malaysia ni kecik ja.. alih alih pi mai tang tu jugak.

Marah ka? tak lah, aku bukan marah pun. Nak bagi nasihat lagi la tak reti. Jadi anggap la ni semua mimpi. muahh!


Comments

Unknown said…
ehehe..bunga melur? maksud nama saya ^^

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Apa Itu Phishing.?

Apa itu Phishing.?  Phishing merupakan percubaan untuk melakukan jenayah penipuan dengan mendapatkan maklumat sensitif, seperti username, password dan butiran kad kredit, dengan muncul sebagai entiti yang dipercayai dalam sebuah komunikasi elektronik. Bank online, eBay, PayPal dan lain-lain adalah target umum seorang penggodam.  Phishing biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan sering mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di sebuah website.  Phishing adalah contoh dari teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Percubaan untuk menangani peningkatan jumlah insiden phishing termasuklah melalui perundangan, latihan kepada pengguna, kesedaran masyarakat, dan langkah-langkah teknikal. Percubaan phishing yang terbaru telah menyasarkan pelanggan bank dan perkhidmatan pembayaran dalam talian. laman jejaring sosial seperti Orkut juga merupakan target phishing. E-mel palsu adalah alat yang paling banyak diguna...

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.