Skip to main content

Kontes Review Klinik Cinta

Kontes Review Klinik Cinta


Kontes Review Klinik Cinta | Kontes kali ini menarik dan lumayan juga hadiah yang di tawarkan. Apa yang anda perlu buat adalah buat satu artikel review mengenai sebuah laman blog menarik iaitu Klinik Cinta [dot]com. Jadi jom ramai ramai kita meriahkan Kontes Review Klinik Cinta sekarang.

kontes-review-klinik-cinta

Dalam artikel sebelum ini, secara kebetulan saya sebagai arjuna yang kecewa dalam percintaan telah membuat satu prolog review mengenai laman Klinik Cinta. Dalam entri yang ringkas tu saya ada memperkenalkan barisan doktor doktor yang boleh membantu anda mencari idea atau nasihat mengenai cinta. lihat entri tersebut di sini : Apa Susah Klinik Cinta kan Adooo..

Klinik Cinta [dot]com merupakan blog yang menyajikan perkongsian kisah kisah cinta, tips, ayat cinta dan sebagainya.Dah nama pun 'klinik' sudah semestinya Klinik Cinta ini menyediakan pelbagai ubat ataupun vaksin yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepedihan dan kekecewaan yang terhiris di hati ini dalam bentuk penulisan motivasi yang di sediakan oleh pakar pakar penulisan dunia blog malaysia. (tu dien ayat)

Sebagai isi dalam artikel Kontes Review Klinik cinta ini saya sebagai pemerhati 3S iaitu senyap, santai, stylo, setakat ini saya amat berpuas hati dengan tampilan antaramuka Klinik Cinta. Di sini saya sediakan skrin shoot laman Klinik Cinta untuk tatapan pembaca di luar sana.

kontes-review-klinik-cinta

Pada pandangan saya secara serius, susunan template untuk klinik cinta sudah terbaik dan cuma ada dua cadangan yang saya ingin usulkan.

Candangan Pertama Klinik Cinta

Untuk menambahkan lagi seri muka laman Klinik Cinta ini saya cadangkan untuk menambahkah widget slideshow di paparan utama klinik cinta. sekurang sekurangnya ia akan menambahkan lagi 'profesional look' dalam laman klinik cinta ini.

Cadangan Kedua Untuk Klinik Cinta

Untuk merancakkan lagi klinik cinta sebagai komuniti erti cinta sejati, saya cadangkan klinik cinta mempunyai chat room, ataupun forum. Hubungan dua hala di dengan pembaca akan mengukuhkan lagi Klinik Cinta di hati pembaca dalam masa yang panjang dan kekal lama. InsyaAllah Klinik Cinta akan menjadi laman komuniti untuk rakyat malaysia berkongsi, memberi pendapat dan berinteraksi sesama sendiri mengenai cinta di Klinik Cinta [dot] com.

Itulah sedikit cadangan saya untuk Klinik Cinta dalam kontes review klinik cinta ini. saya nak beri komen lebih lebih tak berapa nak pandai sebab saya pun gagal dalam percintaan banyak kali dah, haha. tiba tiba tak ada kena mengena langsung. haha.

Eh, Maafkan saya . . .

Setakat itu sahaja cadangan yang saya boleh usulkan. 'First Impression' blog mungkin boleh di usahakan lagi. Penulisan boleh di mantapkan lagi, selitkan kisah kisah ala carpen romantik lawak yang sekurang kurangnya dapat menarik pembaca novel atau carpen online di internet.

Apa yang penting kerjasama berpasukan di antara krew aka doktor dalam Klinik Cinta mesti kuat dan teguh. Seronok oo kalau berblog dengan kawan kawan, dalam satu blog pulak tu.
Harapan saya Klinik Cinta akan menjadi satu laman komuniti perkongsian cinta sejati yang paling ohsem di Malaysia ini.

Andaikata penulisan Kontes Review Klinik Cinta ini menyingung mana mana ahli Klinik Cinta, saya sebagai penulis kertasmerah.my ini memohon kemaafan untuk anda. Sekian terima kasih.
Disediakan Oleh :
Akmal Kacak - Arjuna Mencari Cinta Illahi
No Telefon : 03 8000 8000
Kontes Review Klinik Cinta

Comments

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share. Pertama. HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY! Kedua, Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya. Ketiga, Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklanka...

Blog Bergaya di Google dengan Sitelink

Alhamdulilah, tanpa aku sedar blog aku yang tak berapa nak hensem ni dah ada sitelink dari google. hoho.*cewi kalau di tanya penting ke sitelink ni? Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. sumber : http://www.teratakusang.com seperti yang anda lihat di dalam gambar tu, ada gambar abang hensem kan. kalau yang belum tahu itulah gambar dari google+ aku. gambar itu akan muncul setiap kali ada carian ke blog kita. kalau berminat, anda boleh la rujuk google webmaster untuk membuatnya. cuma satu ...